20 April 2024

Cabaran mahasiswa dan persediaan graduan era digital

Featured

Hajar ingin bawa anak muda jadi solusi kepada isu masyarakat setempat

Berpegang teguh dengan ungkapan ‘negara adalah cerminan rakyatnya’, Hajar mendedikasikan usaha dan tenaganya di dalam Parlimen Belia untuk mengintegrasi dan mensinergikan usaha-usaha strategik yang diilhamkan di institusi pendidikan untuk direalisasikan di peringkat komuniti.

Chocolates, anyone?

Let us all embrace life’s surprises and gifts with open arms, preferably with a box of chocolates in hand!

Hakikat kemenangan sebenar Aidilfitri

Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di negara yang madani, aman dan sentosa, dengan menikmati juadah mewah, berpakaian indah dan bergelak ketawa, jangan sesekali kita alpa dan melupakan nasib yang menimpa saudara seagama kita di luar sana, yang masih lagi menderita kebuluran akibat peperangan.

Jaga adab Aidilfitrimu

Alangkah bertuahnya umat Islam kerana diganjari pahala beribadah apabila menyambut hari raya. Ia salah satu keseronokan yang diberi pahala di sisi Allah SWT apabila betul adabnya dan bersesuaian dengan sunnah Rasullullah SAW.

Ubi kayu is not the answer

Rather than viewing rising costs as insurmountable barriers, we should seek alternative ways to fulfil our actual desires and aspirations. Perhaps it could mean hosting potluck lunches and dinners with friends, where each person brings a dish (or leftovers?) to share. Or perhaps it involves exploring outdoor picnics in the park, or preparing prep-meals for the whole week in the fridge.

Share

Era digital dikatakan membawa bersamanya cabaran yang tidak pernah dihadapi oleh era lain sebelumnya. Kepantasan penyampaian maklumat, dan kemudahan dalam melaksanakan pelbagai aspek kehidupan secara atas talian, telah menghadirkan pelbagai cabaran dan peluang kepada tamadun manusia ketika ini.

Walaupun komputer elektronik sudah pun mula digunakan sejak tahun 1940an, dengan sistem komputer ENIAC di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, namun impaknya kepada masyarakat belum dirasai sehinggalah peningkatan populariti komputer peribadi sekitar 1970an.

Internet juga sudah pun dicipta pada 1980an, hasil penyelidikan ketenteraan mengenai rangkaian komputer, namun impaknya kepada kehidupan seharian manusia hanya benar-benar dirasai di awal kurun ke-21. Perkembangan ini antara lainnya dibantu dengan kemunculan telefon pintar, dan kemajuan teknologi komunikasi yang membolehkan hampir segenap urusan aspek kehidupan kita dijadikan lebih pantas dan mudah. Apa sahaja boleh didapati dan diuruskan di telapak tangan masing-masing, pada bila-bila masa.

Adakah revolusi komunikasi yang memberi kesan kepada cara manusia berhubung ini sesuatu yang bermanfaat atau memudarat, terutamanya kepada golongan pelajar dan mahasiswa? Apakah yang boleh dilakukan oleh mahasiswa untuk mempersiapkan dirinya menghadapi era digital ini? Apakah benar masa depan mereka lebih muram, terutamanya apabila ditambah dengan malapetaka pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia?

Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri, 46, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, dan juga Pengetua, Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM) mengakui cabaran untuk generasi milenial ini tidak boleh dipandang ringan. “Namun pada masa yang sama, terdapat banyak lagi ruang untuk mahasiswa terokai bagi mempersiapkan mereka untk masa hadapan yang penuh dengan ketidaktentuan.

Peluang untuk berinteraksi dan belajar secara langsung dengan pelbagai lapisan pengguna internet, dari saintis peringkat dunia, sehinggalah rakan sebaya dari negara yang beribu batu jauhnya, semuanya dapat dilakukan. Perkongsian idea dan perbincangan dapat dilakukan dalam masa sebenar (real-time), tanpa mengira sempadan geopolitik dan kekangan masa,” katanya.

Walaupun demikian, Dr. Nahrizul Adib mengingatkan mahasiswa agar tidak terlalu terburu-buru dalam mengejar sebarang cita-cita dan kemahuan, dek kepantasan sistem komunikasi ini. “Sebagai seorang belia, jadikan tempoh masa di kampus untuk mempersiapkan diri menjadi seorang dewasa yang bakal menjadi ahli masyarakat kelak. Asah bakat, dan gilap sahsiah diri melalui interaksi yang positif, selain tidak lupa memenuhi tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa,” katanya lagi.

Media sosial, yang diakui menjadi sebahagian dari kehidupan mahasiswa, seharusnya digunakan sebagai medium yang membantu pembangunan diri, dan bukannya tempat untuk melarikan diri dari tanggungjawab dan realiti kehidupan. “Persekitaran ekosistem pembelajaran mahasiswa di era digital ini diakui lebih ‘berat’ berbanding sebelumnya, terutamanya dengan penggunaan online learning yang meluas disebabkan oleh pandemik COVID-19. Mahasiswa, tidak dapat tidak, perlu tangkas menerima perubahan, dan melatih diri untuk menjadi kuat dengan tekanan dan cabaran bentuk baharu di era digital ini,” kata Dr. Nahrizul Adib lagi.

Mengakhiri temubual, beliau menyarankan beberapa panduan yang boleh digunakan mahasiswa untuk menangani cabaran-cabaran bergelar mahasiswa di era digital ini. Antaranya, mahasiswa perlu mempunyai visi dan cita-cita yang jelas. “Apabila mempunyai sudut pandang yang jelas mengenai kejayaan yang diingini, seseorang mahasiswa tidak akan mudah terganggu dengan pelbagai tarikan yang ditawarkan oleh aplikasi di peranti masing-masing.”

“Visi ini juga akan menjadikan mahasiswa itu lebih berdisiplin dengan masa, dan tidak menghabiskannya untuk perkara yang tidak mendokong penghasilan cita-citanya kelak. Akhir sekali, latih diri untuk faham mengenai keperluan dalam berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap yang dilakukan, jika ingin mendapatkan sesuatu. Bak kata pepatah Melayu, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang,” ujarnya.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, Azizul Azrin Mahmor, 45, pula sependapat yang graduan seharusnya tangkas mencipta dan mengambil peluang sedia ada, termasuklah yang disediakan kerajaan. “Walaupun mungkin agak tertekan dengan keperluan untuk melengkapkan diri mengharungi dunia pekerjaan, graduan seharusnya tidak mengambil mudah terhadap insentif peningkatan kebolehpasaran, seperti Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (Penjana KPT-CAP). Usaha ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan kaya dengan kemahiran yang diperlukan, dan mengurangkan pengangguran,” katanya.

Majikan kini tidak lagi memandang kecemerlangan akademik semata-mata dalam membuat pemilihan, tetapi juga melihat kepada nilai tambah yang ada pada diri graduan dari segi pengetahuan dan kemahiran tertentu. Menurutnya lagi, graduan perlu terus komited dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran digital, selari dengan kehendak industri era digital dan Revolusi Industri 4.0.

“Majikan yang memiliki pekerja yang mahir dalam bidang digital sudah tentu mempunyai kelebihan dalam meneruskan kelangsungan perniagaan terutama ketika pandemik. Ketika banyak syarikat yang gulung tikar kerana tiada permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, perubahan besar yang dilaksanakan ke atas kaedah dan mekanisme pengurusan dan pemasaran berlandaskan digital mampu menjana pendapatan yang baik dan berterusan.

“Jelas kini selain kemahiran berkomunikasi, kemahiran digital adalah merupakan satu bentuk kemahiran insaniah yang perlu ada di dalam resume graduan. Dan tidak menjadi kejanggalan andai iklan pekerjaan pada masa kini menuntut kemahiran digital sebagai elemen nombor satu yang wajib ada pada setiap calon,” kata En. Azizul Azrin lagi.

Antara kemahiran digital yang dicadangkan termasuklah pemasaran digital, pengaturcaraan, menulis copywriting, pembangunan perisian dan perundingan pemasaran digital. “Graduan yang memiliki kemahiran ini bukan sahaja mempunyai kelebihan dalam mendapatkan pekerjaan, malah ada antara mereka yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan menubuhkan syarikat yang bersifat global dan kekal bersaing dalam industri.

“Graduan yang dilengkapi dengan kemahiran digital dilihat berbeza dengan mereka yang tidak diberi pendedahan. Pandangan mereka tentunya lebih luas dan dilihat lebih cenderung untuk membangunkan syarikat sendiri daripada bekerja dengan orang lain. Sedikit sebanyak ini bakal menyelesaikan masalah pengangguran yang melanda negara,” katanya mengakhiri temubual.

Penulisan ini telah dihantar kepada Harian Metro untuk pertimbangan.