21 July 2024

Masih terlalu awal

Featured

Bringing back their smiles

O.L.D.I.E is more than just a health project—it’s a movement towards a better quality of life for our aging population.

Menyelami intipati budaya Temuan di Ulu Chemong

Program ini berjaya memberi pendedahan dan pemahaman yang mendalam tentang budaya dan gaya hidup orang asli Temuan dalam kalangan mahasiswa UM.

Bursa leading the way

The Zakat Index is a market capitalization-weighted index that tracks the performance of the largest 200 companies on the Main Market of Bursa Malaysia.

The ice cream of life

I challenge all of us to be more like ice cream. Let’s store our energy wisely, stay true to our unique ‘flavour’, and when called upon, let’s give it our all – whether it’s a small scoop or a whole tub of effort.

Oral wellbeing for street kids of Chow Kit

In an effort to improve healthcare equity, students from...

Share

Oleh: Dr. Safiah Omar

Pelbagai reaksi diterima dari pelbagai pihak mengenai keputusan Kerajaan dalam menukar pelan subsidi diesel kepada sasaran pengguna yang layak. Ada pihak mengatakan perkara ini boleh menyebabkan kenaikan harga barang keperluan seperti komoditi di masa hadapan.

Ada juga yang memberikan reaksi positif dengan memberi jangkaan pertambahan kemasukan pelaburan asing kerana penyasaran subsidi ini membuktikan komitmen negara dalam usaha membaik pulih keadaan ekonomi negara.

Namun perkara ini masih baru dan kesan kepada ekonomi negara masih lagi tidak dapat dilihat secara tepat. Pandangan dari sudut kitaran kewangan ekonomi sesebuah negara, faktor kenaikan ekonomi terhasil dari rantaian perbelanjaan dan pendapatan pengguna. Peningkatan transaksi perbelanjaan dan pendapatan ini pula bergantung kepada faktor persekitaran ekonomi termasuk kadar cukai, faedah simpanan, keadaan permintaan dan kesediaan pasaran, dan ketersediaan pakej rangsangan perbelanjaan.

Secara am, kadar perbelanjaan penduduk dalam negara bergantung kepada ketersediaan pendapatan boleh guna (disposable income) iaitu baki pendapatan setelah ditolak segala pembayaran hutang, simpanan, dan pelaburan. Terdapat beberapa kesan penting perlu diperhatikan dengan tindakan subsidi diesel bersasar. Antaranya bagaimana perubahan kitaran rantaian bekalan perniagaan berkaitan dapat menjamin kos pembuatan serta perkhidmatan di kekalkan atau boleh dikurangkan.

Jika penyasaran subsidi tersebut adalah tepat pada keperluan rantaian bekalan ini, maka sudah tentu pengurangan kos boleh terjana. Walaubagaimanapun, jika penyasaran subsidi tersebut lemah dari segi sasaran kepada keperluan tertentu, kadar kos dalam rantaian pemasaran boleh menyebabkan kenaikan harga yang perlu ditanggung oleh pengguna.

Sekiranya terdapat kenaikan kos di mana-mana rantaian bekalan perniagaan, harga barang atau perkhidmatan akan terkesan kepada rantaian akhir iaitu pada harga jualan kepada pengguna. Merujuk kembali kepada kitaran ekonomi dan faktor perbelanjaan pengguna, kenaikan harga akan menyebabkan pengurangan kuasa membeli secara langsung menurunkan kadar kitaran ekonomi negara. Dalam rantaian bekalan perniagaan, terutama proses yang menggunakan diesel seperti pengangkutan dan penjanaan tenaga dikhuatiri terkesan dengan kenaikan kos pembuatan atau perkhidmatan mereka.

Walaupun masih awal untuk diberikan kesimpulan kesan sebenar, jangkaan ini masih perlu diperhatikan secara lebih terperinci supaya sasaran subsidi diesel ini mampu mengelakkan kenaikan sebarang kos perniagaan.


Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya