22 July 2024

Perkasakan dirimu, wahai wanita

Featured

Kenal pasti faktornya

Statistik mengenai buli siber di Malaysia menunjukkan masalah ini semakin serius, terutama dalam kalangan remaja. Menurut kajian Ipsos, Malaysia berada di tempat kedua di Asia selepas India dalam isu buli siber dalam kalangan belia.

Bringing back their smiles

O.L.D.I.E is more than just a health project—it’s a movement towards a better quality of life for our aging population.

Menyelami intipati budaya Temuan di Ulu Chemong

Program ini berjaya memberi pendedahan dan pemahaman yang mendalam tentang budaya dan gaya hidup orang asli Temuan dalam kalangan mahasiswa UM.

Bursa leading the way

The Zakat Index is a market capitalization-weighted index that tracks the performance of the largest 200 companies on the Main Market of Bursa Malaysia.

The ice cream of life

I challenge all of us to be more like ice cream. Let’s store our energy wisely, stay true to our unique ‘flavour’, and when called upon, let’s give it our all – whether it’s a small scoop or a whole tub of effort.

Share

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2024 pada semua kaum wanita. Ketahuilah bahawa anda semua adalah wanita hebat. Perkataan wanita itu sendiri membawa maksud yang sangat mendalam kerana peranan wanita sebagai tonggak dalam pembangunan negara. Peribadi seorang wanita yang penuh kelembutan dan keayuan tidak bermakna gagal dalam menjalankan tugas sebagai ibu, rakan sekerja, isteri dan pelbagai lagi peranan yang dimainkan.

Ketegasan yang dimiliki oleh wanita itu sendiri turut dikagumi kaum lelaki. Peribahasa, tangan yang menghayun buaian dapat mengoncang dunia melihat bagaimana seorang wanita itu berjaya memperkasakan diri untuk turut sama berdiri sama tinggi atau lebih tinggi dari gender yang berlawanan. Wanita turut membuktikan mereka layak untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang yang diceburi, walaupun pada awalnya kurang keyakinan atau perlu mencari kekuatan dalam mengasah keupayaan yang ada dalam diri. Itulah antara ciri-ciri wanita hebat.

Seringkali didengari wanita dihadapkan dengan isu dan cabaran dalam membesarkan keluarga, menyeimbangkan di antara kerja dan keluarga, keperitan hidup dan keganasan rumah tangga, kurang dalam memberikan tumpuan kepada kesihatan diri dan penjagaan kendiri serta ketidaksamarataan dalam kerjaya.

Pemerkasaan wanita penting dalam memastikan negara terus diterajui oleh wanita yang menyumbang secara signifikan untuk pembangunan negara. Rancangan Malaysia ke-12 turut memberi penekanan ke arah memperkasa peranan wanita bagi membolehkan mereka bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Jadi apa itu pemerkasaan? Kata dasar adalah perkataan perkasa yang membawa maksud keberanian, kehebatan, kegagahan dan kekuatan. Oleh itu wanita perlu terus diperkasa melalui empat teknik yang mampu menguatkan kesejahteraan psikologi apabila berdepan dengan isu dan cabaran.

Teknik pertama adalah mempunyai kuasa atas sesuatu (power over). Ini membantu wanita untuk sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk mengubah apa yang mereka inginkan kepada sesuatu yang positif. Seterusnya, para wanita perlu memperkasakan diri untuk bertindak (power to act) dan tidak hanya duduk diam dan biarkan diri ditindas. Tindakan diambil perlulah sesuatu yang positif dan membolehkan mereka menjalankan kehidupan yang lebih sejahtera.

Selain itu, wanita juga perlu mempunyai rangkaian sosial atau hubungan yang kukuh dengan rakan atau masyarakat (power with). Ini adalah kerana, sokongan sosial amat diperlukan dalam menghadapi apa sahaja rintangan dan masalah. Akhir sekali, wanita digalakkan untuk meneruskan dalam mencari ilmu pengetahuan (power within) kerana ini memberikan kekuatan dalaman dan pemikiran yang rasional sekiranya berdepan dengan masalah. Solusi dan langkah terbaik yang perlu diambil juga boleh dihasilkan.

Wanita yang rasional, pandai menguruskan emosi dan bijak dalam pengurusan kehidupan seharian dapat membuat keputusan yang baik dalam segala tindakan. Walaupun wanita sering dianggap lemah, kini kata-kata tersebut tidak lagi boleh digunapakai, kerana telah terbukti wanita telah berjaya dalam segala sektor dan mampu untuk lebih ke hadapan selaras dengan tema hari wanita di Malaysia tahun 2024, Wanita Dijulang Negara Gemilang.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa, 2024.


Penulis merupakan Timbalan Dekan (Ijazah Dasar) di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau boleh dihubungi di azy_mn@um.edu.my