18 March 2025

Sukarelawan APIUM galak sifat membaca murid prasekolah

Featured

Untuk semua

Oleh Muzalwana Abdul Talib Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi...

Of transparency and compliance

By Suria Zainuddin As of 1st March 2025, all individuals...

Our stories

By Zuraini Md Ali and Nurul Alia Ahamad Since its...

Tundukkan

Oleh Mohd Anuar Ramli, Muhamad Nabil Saiful Anuar Mata merupakan...

Hidupkan kebersamaan

Oleh Nur Faezah Musthapar Bulan Ramadan sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap...

Share

Sekumpulan sukarelawan dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) telah meluangkan masa bersama lebih 100 orang murid dari beberapa prasekolah di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Slot bercerita yang disampaikan oleh sukarelawan menerima sambutan yang meriah dari para peserta

Sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan ini telah mendekati murid-murid prasekolah di Tadika Islam Al-Mujahideen, Petaling Jaya; Pasti An-Nurhidayah, Lembah Pantai, Kuala Lumpur; dan Tadika Little Caliphs Pantai Dalam, Kuala Lumpur, melalui program yang dinamai ‘Mari Membaca Sayang’.

“Program ini secara khususnya ingin menyediakan platform yang sesuai untuk mahasiswa mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah, terutamanya dalam membantu meningkatkan daya kognitif dan psikomotor kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti membaca dan bercerita,” kata Dr. Nur Shahidah Pa’ad, pensyarah kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, yang juga merupakan penasihat program.

‘Mari Membaca Sayang’ yang diadakan selama lima hari ini telah diadakan di Ruwaq al-Akademiyyah, Universiti Malaya (UM). “Selain cuba menerapkan minat suka membaca di kalangan kanak-kanak, program ini juga memberi ruang kepada mahasiswa untuk menunjukkan sisi kreativiti mereka melalui hiasan ruang untuk pembelajaran prasekolah, dan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian. Secara tidak langsung, program ini diharapkan mampu membina sifat sukarelawan di kalangan mahasiswa,” kata Dr. Nur Shahidah lagi.

Menariknya, slot membaca dan bercerita yang dilaksanakan sepenuhnya oleh sukarelawan ini bukan sahaja tertumpu kepada kemampuan mengeja atau mengenal huruf, tetapi juga memahami setiap kandungan mesej yang disampaikan di dalam cerita yang dikongsi. Kanak-kanak yang hadir juga turut bermain beberapa permainan secara berkumpulan bagi menggalakkan pembangunan kognitif melalui kaedah audio visual.

“Penganjuran program ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang sedang menggiatkan kempen ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030. Selain itu, sebagai salah sebuah negara yang menandatangani Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kita seharusnya komited dalam menjaga kepentingan membaca untuk kanak-kanak. Perkara ini telah dinyatakan secara khusus di bawah aspek hak dan keperluan kanak-kanak di seluruh dunia, tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman, atau perbezaan sosioekonomi. Antara isi konvensyen yang digariskan adalah fokus kepada aspek perkembangan kanak-kanak dan pembangunan potensi mereka secara menyeluruh, termasuklah hak mendapat pendidikan, bermain, dan menyuarakan pendapat,” kata Datin Prof. Dr. Raihanah Abdullah, Pengarah APIUM yang ditemui ketika perasmian program.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Dr. Nur Shahidah Pa’ad di shaaz2301@um.edu.my