26 May 2026

Memperkasa ilmu tajwid di SMKA Segamat

Featured

Weaponized

Why oil wars will never yield victory By Professor Dato...

Profitable

Why the pharmaceutical industryโ€™s future hinges on translating science...

Unclean

Why true energy security means breaking free from the...

Our way

Why science diplomacy finally needs its own map By Professor...

Lifetime

A tale of two shocks By Professor Dato Dr Ahmad...

Share

Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, Johor telah melaksanakan satu program motivasi dan ilmiah bertemakan The Light Within: Glow Journey baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu menghimpunkan seramai 101 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun, dengan penglibatan aktif daripada 42 mahasiswa dan mahasiswi Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Service Learning Malaysiaโ€“University for Society (SULAM), yang mengintegrasikan pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti dan turut disokong oleh Yayasan Restu.

Menurut penasihat program, Profesor Madya Dr Selamat Amir, objektif utama program ini adalah untuk memperkasa penguasaan ilmu tajwid secara praktikal, serta memupuk hubungan akrab antara generasi muda dan al-Quran.

โ€œAntara objektif utama ialah memberi kefahaman tentang keindahan dan peranan al-Quran sebagai panduan hidup, di samping membina keyakinan pelajar dalam pembacaan yang fasih dan tepat. Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk sahsiah pelajar agar menjadi insan yang berdaya saing dan progresif dalam cabaran semasa,โ€ katanya.

Pelbagai modul telah dilaksanakan sepanjang program, termasuk aktiviti interaktif dengan ayat-ayat al-Quran, latihan tajwid dan makhraj, serta aktiviti kerjasama berkumpulan berteraskan nilai-nilai Islam. Pendekatan ini turut menekankan pembentukan jati diri melalui interaksi sosial yang sihat dan pengukuhan ukhuwah.

Sementara itu, wakil SMKA Segamat, Ustaz Muhammad Alif Jamali, menyambut baik penganjuran ini dan menzahirkan penghargaan kepada pihak UM atas inisiatif bermanfaat tersebut.

โ€œKami amat berbesar hati menerima kunjungan mahasiswa UM yang bukan sahaja memberi ilmu, tetapi juga menjadi teladan kepada pelajar kami. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang cintakan al-Quran dan berakhlak mulia,โ€ katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa program seperti ini memberi pengalaman berharga dan menjadi sumber inspirasi pelajar sekolah dalam membina kekuatan spiritual dan peribadi mereka.


Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Prof Madya Dr Selamat Amir, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), di selamat_amir@um.edu.my