25 May 2026

Tradisi legasi

Featured

Profitable

Why the pharmaceutical industryโ€™s future hinges on translating science...

Unclean

Why true energy security means breaking free from the...

Our way

Why science diplomacy finally needs its own map By Professor...

Lifetime

A tale of two shocks By Professor Dato Dr Ahmad...

Crystal clear

Why water is no longer a resource but a...

Share

Debat Piala TNC Universiti Malaya platform memperkasa pemikiran kritis mahasiswa

Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) telah Berjaya menganjurkan Debat Piala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bagi sesi 2025/2026 sebagai salah satu inisiatif berimpak tinggi dalam memperkukuh budaya intelektual, pemikiran kritis, kemahiran berkomunikasi serta diskusi ilmiah secara sihat dalam kalangan mahasiswa. Penganjuran debat ini turut bertujuan mencungkil bakat dan melahirkan pelapis baharu yang berpotensi mewakili Universiti Malaya ke pertandingan debat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Program ini dilaksanakan dalam tiga kategori Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab yang mana telah berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai kolej kediaman dan juga cawangan lain Universiti Malaya menjadikan ia sebagai medan wacana ilmiah yang berprestij di peringkat universiti.

Program ini telah berlangsung pada 3 hingga 4 Januari 2026, dengan pusingan awal dilaksanakan di sekitar Kompleks Ambang Asuhan Jepun dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, manakala peringkat akhir bagi kategori Bahasa Melayu serta Majlis Penutupan telah diadakan di Auditorium Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya.

Dalam pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, pasukan daripada Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (ASTAR) telah berjaya menewaskan pasukan daripada Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (ROYAL) apabila usul โ€œDemi menjamin kerelevanan Universiti Malaya, Dewan ini menggesa agar struktur kurikulum major dan minor dikembalikan semulaโ€ diterima oleh empat daripada tujuh dewan. Saudara Faris Rezky daripada perwakilan pembangkang telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir dalam persidangan tersebut.

Bagi kategori Bahasa Inggeris, pasukan dari Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (ASTAR) turut muncul sebagai juara manakala kategori Bahasa Arab dimenangi oleh pasukan ALPHA. Pendebat terbaik bagi setiap kategori turut diumumkan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan individu dalam pertandingan ini.

Majlis Penutupan program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Zamri bin Radzi, yang turut menzahirkan rasa bangga terhadap penganjuran program yang berlangsung dengan gilang-gemilang serta berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa budaya debat dan pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaya.


Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati melalui Muhammad Aimar Adam Roshidi, Koordinator Seksyen Kesukarelawanan dan Khidmat Komuniti, Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya di aimaradam@um.edu.my

Previous article
Next article