17 April 2026

Semangat

Featured

Prospecting

Landfill miningโ€™s promise and pitfalls By Professor Dato Dr Ahmad...

Successful

Why Sarawakโ€™s quiet pragmatism outshines the federal blueprintโ€™s echoes By...

Away

Data will keep people out of our hospitalsโ€”and thatโ€™s...

Leading

Good intentions aren't enough for good governance By Professor Dato...

Manis

UM kembalikan senyuman kanak-kanak orang asli Pos Kuala Mu Oleh...

Share

237 pasangan berentap 14 jam dalam sukan karom beregu Piala TNC HEP UM

Kejohanan Karom Beregu Piala TNC HEP Universiti Malaya yang berlangsung pada 11 Januari 2026 telah mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya menghimpunkan 237 pasangan peserta daripada pelbagai negeri di Malaysia merentasi pelbagai lapisan umur. Penganjuran dari jam 10 pagi hingga 12 malam ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sengit, malah membuktikan bahawa sukan tradisional yang berasal dari Asia Selatan ini masih kekal relevan, selain mampu menjadi platform penyatuan dalam kalangan masyarakat.

Kejohanan ini dianjurkan oleh pasukan Misi Kemanusiaan Tempatan Borneo (MKTB) yang merupakan sebuah projek sukarelawan di bawah Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) dengan kerjasama Persatuan Karom Universiti Malaya yang bertempat di Dewan Al-Malik Faisal, Kolej Kediaman Ke-13. Penyertaan yang diterima amat memberangsangkan apabila bukan sahaja disertai pelajar universiti, malah turut menarik penyertaan peserta awam daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pertandingan yang berlangsung sepanjang hari Ahad itu telah menyaksikan persaingan yang sangat kompetitif, terutamanya bagi merebut hadiah utama wang tunai sebanyak RM2000. Setelah melalui beberapa pusingan sengit dan perlawanan penentuan yang mendebarkan sehingga ke malam, gelaran Juara Keseluruhan akhirnya dimenangi oleh pasukan Kelab Karom Datoโ€™ Zul Wisma, sekali gus merangkul hadiah utama.

Kejohanan ini berjaya membuktikan bahawa karom bukan sekadar permainan tradisional, malah merupakan sukan strategik yang menyeronokkan, mencabar minda dan mampu menyatukan pelbagai lapisan komuniti. Penganjuran berskala besar ini juga menjadi langkah penting dalam memastikan sukan karom terus relevan dan tidak dilupakan arus pemodenan.

Kejohanan ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menceriakan suasana program. Sepanjang acara berlangsung, pengunjung dapat menikmati jualan makanan dan minuman seperti lemon ais, teh tarik, makanan ringan serta sate ayam dan daging. Selain itu, permainan mini seperti Bubble Mania dan Gel Blaster turut menjadi tarikan dan menerima sambutan menggalakkan. Inisiatif sampingan ini bukan sahaja menambah kemeriahan, malah secara tidak langsung membantu pengumpulan dana untuk penganjur utama MKTB serta membuka ruang keusahawanan kepada para pelajar.

Secara keseluruhan, kejohanan ini jelas menunjukkan bahawa dengan perancangan yang rapi, sokongan institusi dan sambutan masyarakat, sukan tradisional seperti karom mampu diangkat menjadi acara yang berprestij, memberi impak, dan terus berkembang pada masa hadapan.


Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) merupakan penganjur program ini dan boleh dihubungi di sukarelawan@um.edu.my untuk maklumat lanjut.

Previous article
Next article