PPAS dan UM bergabung bina ruang intelektual komuniti
PPAS merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam komuniti Malaysia, terutamanya warga Selangor di mana, di mana ianya merupakan perpustakaan awam yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat untuk mendapatkan bahan bacaan serta rujukan, ruang perbincangan, aktiviti yang bersifat intelektual serta banyak lagi. Di bawah penubuhan PPAS ini, terdapat Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Cawangan atau Pekan serta Perpustakaan Desa. Setiap satunya terdiri dari hierarki kemudahannya masing-masing.

Bagi memanfaatkan kemudahan fasiliti yang telah disediakan ini, satu inisiatif bersama kumpulan seliaan projek tahun akhir untuk berada di satu ruang yang sama bagi menulis tesis, menyediakan manuskrip artikel serta menganalisis dapatan kajian menggunakan pilihan perisian masing-masing. Selain itu, aktiviti hujung minggu ini juga dilihat sebagai inisiatif di luar ruang lingkup kampus dengan cara memberi suasana yang baru untuk para pelajar menyelesaikan projek tahun akhir mereka.
Inisiatif ini diberi nama โWriting-Outingโ, telah diadakan bersama para pelajar di bawah seliaan Dr. Amirah dan Dr. Syabeera bertempat di Perpustakaan Daerah Gombak (PPAS Gombak). Inisiatif ini telah memudahkan para pelajar untuk bertanyakan sebarang persoalan berkaitan projek tahun akhir secara terus kerana berada di dalam ruang lingkungan yang sama bersama penyelia masing-masing. Perbincangan secara dua hala ini akan dapat membantu dalam menjana idea-idea baru secara langsung.
Inisiatif “Writing-Outing” yang dijalankan telah menerima maklum balas yang sangat positif daripada para pelajar. Mereka menyifatkan inisiatif ini sebagai platform terbaik untuk meningkatkan produktiviti dalam suasana yang lebih santai. Rata-rata pelajar melahirkan rasa puas hati terhadap pemilihan lokasi yang kondusif, yang bukan sahaja membantu mereka mengatasi fasa “burnout”, malah menyuntik semangat baharu untuk menyelesaikan projek tahun akhir dan penulisan artikel.
Selain itu, para pelajar menghargai peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penyelia dan rakan sebaya, sekali gus membolehkan proses perkongsian idea serta bimbingan akademik berlaku dengan lebih efektif. Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sekadar satu aktiviti penulisan, malah menjadi perantara utama dalam memperkukuh hubungan silaturahim dan memastikan masa hujung minggu dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah.
Suasana kondusif yang tersedia di PPAS Gombak seperti ruang yang berhawa dingin, surau yang selesa, kafeteria dengan pelbagai pilihan menu, serta ruang rehat yang santai. Selain itu, kemudahan capaian internet yang tinggi membolehkan para pelajar mendapatkan maklumat serta menulis dengan suasana yang produktif. Bahan bacaan yang tersedia juga dapat membantu para pelajar mendapatkan rujukan tambahan yang bersesuaian mengikut keperluan kajian.
Kemudahan serta fasiliti yang disediakan bukan sahaja terhad kepada pelajar di peringkat universiti, malahan ruang untuk kanak-kanak juga menjadi salah satu tarikan yang berada di PPAS Gombak ini. Pelbagai kemudahan yang tersedia ini membolehkan PPAS berperanan sebagai satu ruang lingkup selamat bagi keseluruhan ahli masyarakat dari latar belakang dan peringkat umur.
Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Dr. Amirah Sariyati Binti Mohd Yahya dan Dr. Nur Syabeera Begum Nasir Ahmad dari Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di amirahsariyati93@um.edu.my