11 May 2024

Inisiatif AI kerajaan penuhi tuntutan maqasid syariah

Featured

Benarkah mereka tidak dididik secukupnya?

Perbandingan yang telah dibuat oleh Bank Dunia juga agak menggemparkan apabila murid-murid di Malaysia menghabiskan masa yang lebih lama berbanding dengan negara serantau tetapi kualiti dan penguasaan murid tidak setara dengan masa yang dihabiskan disekolah.

Menyelamat makanan demi masa hadapan

Harapan saya adalah lebih ramai lagi mahasiswa UM dapat meluangkan masa untuk melakukan program sukarelawan seperti ini kerana ia bukan hanya membantu pemegang taruh yang terlibat secara langsung, malah turut membina sahsiah diri yang baik demi menghasilkan graduan holistik pada masa hadapan

Language learning recipe for our multiculturalism

By embracing linguistic diversity and indirectly promoting multilingualism, we can then help build a more interconnected, and harmonious Madani society for generations to come.

Hormati autoriti, elak pecah belah

Mutakhir ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan masih bertelagah isu lama yang diulangsiar saban hari seperti isu khilafiyyah dengan tema bid’ah, dan isu semasa seperti boikot dan serangan Iran ke atas Israel.

Ketupat dan asas perpaduan kita

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Madani yang bertamadun tinggi, kita perlu menganyam perpaduan kita dengan berhati-hati seperti mana kita menganyam ketupat yang berbentuk empat segi. Dan setiap penjurunya mestilah mewakili empat asas perpaduan negara: Agama, Raja, Bangsa, dan Bahasa.

Share

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha

Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI telah memberi impak yang besar kepada seluruh kehidupan manusia secara global untuk mula mempelajari dan mengenalpasti kepentingan AI dalam kehidupan.

Penggunaan teknologi AI yang mula berkembang sejak penyebaran wabak COVID-19 telah memberi impak kesedaran kepada semua masyarakat tentang kepentingan mendalami ilmu kecerdasan buatan yang telah mula digunakan dalam bidang pendidikan melalui pembelajaran secara atas talian, perubatan dan perniagaan dalam talian. Tanpa disedari, penggunaan AI telah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia mula membuka minda masyarakat untuk melihat aspek positif yang boleh didapati hasil daripada penggunaan AI dalam pelbagai bidang kehidupan.

AI Untuk Rakyat atau AI For Rakyat merupakan sebuah platform yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia yang boleh dicapai melalui pautan www.ai.gov.my. Ia merupakan sebuah platform untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang pendidikan dan kerjaya untuk mendalami, memahami dan mempelajari ilmu berkaitan AI secara umum dengan menggunakan pendekatan bahasa, visual, imej dan contoh yang sangat mudah untuk difahami atau ‘user friendly’. Apa yang menariknya, platform AI Untuk Rakyat yang dibahagikan kepada kategori AI Aware dan AI Appreciate telah menyediakan maklumat yang bersifat ringkas dan padat untuk membolehkan pembaca memahami bahawa aktiviti harian manusia seperti penggunaan aplikasi WhatsApp, Google Map, Waze, Facebook, Spotify, Netflix, pembelian barangan dan makanan secara online secara tidak langsung telah melibatkan penggunaan AI. Malah aplikasi keagamaan seperti dalam agama Islam, teknologi AI telah menyediakan maklumat yang lengkap berkaitan dengan waktu solat untuk seluruh dunia, pengiraan zakat dan penentuan arah kiblat.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan teknologi kecerdasan buatan telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dengan menzahirkan kebimbangan terhadap aspek negatif terhadap penggunaan aplikasi AI tanpa batasan khususnya dalam kalangan remaja. Sikap skeptikal dan salah faham sesetengah masyarakat yang beranggapan bahawa teknologi AI berupaya mengawal kehidupan manusia, mengawal bumi dan mengambil alih pekerjaan manusia merupakan antara maklumat yang boleh didapati dan difahami di dalam platform AI Untuk Rakyat.

Perlu difahami bahawa perkembangan dunia teknologi yang sangat progresif pada masa kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, sama ada kita bersedia untuk menghadapinya atau tidak. Perkembangan teknologi AI pada hakikatnya adalah sejajar dengan tuntutan Islam yang telah menggalakkan umat Islam untuk menuntut ilmu sebagaimana firman Allah dalam Surah al-‘Alaq (96:1-5) yang merupakan ayat pertama yang diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad tentang kepentingan untuk menuntut ilmu. Ayat tersebut merupakan saranan penting untuk kita terus mendalami ilmu yang semakin berkembang sejajar dengan perkembangan masa dan zaman. Ilmu berkaitan kecerdasan buatan atau AI yang tidak pernah wujud sewaktu wahyu Allah diturunkan bukan bersifat bida’ah untuk dipelajari, bahkan ia merupakan Hajiyyat atau keperluan yang selari dengan Maqasid al-Syari’ah untuk meningkatkan tahap intelek manusia pada tahap tertinggi dalam menjadi khalifah Allah yang berpengetahuan.

Ilmu berkaitan sains dan teknologi seperti Teori Penciptaan Bumi atau Big Bang Theory, ilmu Biologi tentang penciptaan manusia, kegelapan dalam laut dan cakerawala merupakan antara contoh ilmu sains yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Malah penceritaan Allah terhadap kisah Nabi Daud yang telah dibekalkan dengan ilmu teknologi pembuatan baju besi dalam surah al-Anbiya’ (21:80), sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?” Ayat tersebut memberi ilustrasi terhadap teknologi pembuatan baju besi pada waktu tersebut yang dianggap mustahil dan sukar apatah lagi untuk melembutkan besi menjadi pakaian pertahanan, tetapi ia telah diilhamkan oleh Allah kepada Nabi Daud untuk melakukannya dengan sempurna. Ayat tersebut merupakan indikator kepada kepentingan menuntut ilmu yang berasaskan teknologi dan membawa kemaslahatan kepada manusia.

Walaupun AI merupakan satu teknologi dan cabang ilmu yang baru kepada sesetengah masyarakat, ia perlu diterima dengan hati terbuka dan perlu melengkapkan diri dengan ilmu AI secara komprehensif. Pendekatan Maqasid al-Syari’ah yang meletakkan ilmu sebagai kriteria penting (dharuriyyat) dalam setiap individu dan masyarakat merupakan jaminan Allah untuk mengangkat tinggi martabat dan generasi yang berilmu. Perkembangan AI yang menjadikan “machine with human intelligence, and can mimic human intelligence”merupakan fenomena teknologi globalisasi yang perlu dibiasakan kehadirannya dalam kehidupan kita. Persoalan seperti adakah manusia boleh meneruskan hidup tanpa teknologi AI? Jawapanya, manusia masih boleh meneruskan hidup seperti biasa tanpa teknologi AI kerana ia bukan merupakan Dharuriyyat (kepentingan) dalam Maqasid al-Syari’ah. Teknologi AI secara khususnya telah menjadikan bidang komunukasi, pendidikan dan kerjaya menjadi lebih mudah dan terurus. Oleh itu ia diklasifikasikan sebagai Hajiyyat atau keperluan untuk memudahkan urusan kehidupan manusia.

Justeru itu dengan wujudnya platform AI Untuk Rakyat ia merupakan pemangkin untuk seluruh rakyat Malaysia mempelajari ilmu AI yang semakin berkembang dan memerlukan kemahiran ilmu, etika dan kebijaksanaan dalam mengendalikannya. Penulisan ini diakhiri dengan kata-kata hikmah berkaitan kepentingan menuntut ilmu daripada Ibn al-Mubarak RA dan Imam al-Shafi’I RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?” dan, “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat.”


Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di ariyanti@um.edu.my