29 March 2024

Jaminan kemampanan ekonomi negara menerusi Wakaf Madani

Featured

Menolak SUKOM 2026 satu keputusan bijak

Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM) 2026, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah mengutuskan delegasi rasmi pada 5 Februari lalu dan menawarkan peluang kepada Malaysia menggantikan Victoria sebagai penganjur temasya sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik.

Zahrah selangkah menghampiri impiannya

“Sejak diperkenalkan kepada bidang hartanah ini oleh bapa, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah kerjaya yang mampu menggilap dan menyerlahkan potensi diri saya yang sebenar untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berjaya dari segi individu, tetapi juga menjadi manfaat kepada komuniti,” terang Fatimatul Zahrah Mohd Zainal memulakan perbualan.

Let’s get them out there

In addition to personal development, travel can also drive innovation and collaboration within the academic community. By facilitating cross-cultural exchange and collaboration, universities can leverage diverse perspectives to tackle complex challenges and drive progress.

Keperluan adaptasi AI di dalam kurikulum pendidikan

Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran.

To host or not to host, that is the question

This bid has spurred conversations about Malaysia’s readiness to re-enter the global sports stage, underlined by the statement, “There is nothing common about the Commonwealth Games.” This phrase sets the tone for an economic examination of the immense challenges and implications of hosting such a distinguished event.

Share

Oleh: Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood

Institusi wakaf dilihat terus relevan dari semasa ke semasa di negara kita. Bermula dengan kesedaran berwakaf masyarakat di zaman silam, kini wakaf telah berada di hati kita semua. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu menyebut perkataan “wakaf” dan maklum ianya ada dan sedang berlangsung di Malaysia tercinta.

Wakaf telah mendapat kepercayaan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan ummah dan negara. Sebutan terkini wakaf telah diperdengarkan kepada rakyat jelata melalui pewujudan Wakaf Madani dengan aset bernilai RM1 bilion ketika Perdana Menteri membentangkan Belanjawan Membangunkan Malaysia Madani 2023 baru-baru ini. Aspirasi Kerajaan adalah supaya instrumen wakaf ini dapat menyumbang 20 peratus dalam pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030. Melaluinya, aset terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan serta pendidikan akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.

Wakaf Madani adalah selaras dengan konsep Malaysia Madani yang bertujuan memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati, yang antara lain dapat direalisasikan melalui perancangan dan strategi pemerkasaan ekonomi yang mampan berteraskan nilai, etika atau akhlak. Penstrukturan semula ekonomi akan dibuat berasaskan tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia MADANI. Perancangan bagi pelaksanaan ini akan turut mengaplikasikan keperluan perundangan serta pewujudan pentadbiran beramanah.

Atas teras di atas, maka pelaksanaan Wakaf Madani wajar dimulakan atas autoriti yang sah menerusi rujukan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Pengurusan yang dibuat boleh melibatkan Majlis-Majlis Agama Islam sendiri ataupun entiti spesifik lain asalkan ianya berlandaskan prinsip syariah, polisi dan undang-undang agar Wakaf Madani kekal berkredibiliti dan dapat diteruskan secara sah dengan menghasilkan pulangan yang mampan dan lestari. Penglibatan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) selaku badan wakaf peringkat persekutuan boleh dilibatkan atas keberhasilan produk-produk wakaf di bawahnya sebelum ini dan yang sedang berjalan kini dengan kerjasama pihak kementerian dan agensi kerajaan, bank-bank, institusi korporat ternama serta Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang dapat memberi manfaat yang tinggi kepada sasaran penerimanya.

Fokus awalan kepada memperkukuhkan bidang-bidang asas kemasyarakatan dan negara berkaitan peribadatan, kesihatan dan pendidikan sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi bagi Wakaf Madani dilihat wajar supaya dapat mengembalikan tahap hidup masyarakat dan negara yang sejahtera serta dihormati.

Fokus juga wajar tidak melupakan golongan usahawan dan peniaga sebagai pelaku utama dalam pembangunan negara. Ramai yang terkesan dengan musibah yang melanda seperti pandemik Covid-19 dan bencana banjir yang antara lain menyaksikan ada yang terpaksa gulung tikar dan selanjutnya menjadi golongan asnaf yang boleh menggugat kesejahteraan hidup dan kehilangan pendapatan negara melalui cukai yang dibayar seperti sebelum ini. Pengukuhan ekonomi mereka nanti yang bakal diperolehi daripada wakaf dan lain-lainnya diharapkan dapat mewujudkan kitaran semula ekonomi yang positif menerusi cukai yang boleh dibayar selain kutipan keagamaan dalam zakat dan infaq termasuklah potensi mereka melaksanakan wakaf pula.

Perancangan pembangunan dan produk-produk wakaf yang dibentuk perlu dirangka dengan berkesan supaya dapat menjana manfaat dan keuntungan berkekalan selaras dengan konsep wakaf itu sendiri. Produk-produk seperti wakaf tunai, saham wakaf, wakaf saham, wakaf musytarak, wakaf perkhidmatan dan kepakaran serta lain-lain lagi boleh distrukturkan dengan pemakaian konsep asas dan lanjutan wakaf mengikut Hukum Syarak, polisi dan undang-undang negara. Penggunaan konsep dan produk transaksi komersil Islam boleh diintegrasikan secara bersepadu bagi memastikan pelaksanaan pembangunan wakaf dapat dibuat dengan lebih berdaya maju dan direalisasikan menerusi pendekatan pelbagai yang menarik.

Pendekatan wakaf irsod juga boleh digunakan oleh Kerajaan dalam penyediaan bajet untuk tujuan tertentu wakaf dalam mempastikan manfaatnya dapat digunakan oleh golongan sasar (mawquf `alaih) yang ditentukan. Selain daripada pengukuhan masyarakat, wakaf juga boleh distrukturkan supaya dapat berperanan sebagai pendapatan kekal negara. Kesemua ini bertunjangkan kedinamikan wakaf dan sifat pengekalannya yang sudah pasti boleh memberi manfaat kepada Malaysia tercinta.

Harapan saya adalah untuk melihat satu hari nanti Malaysia boleh setanding dengan negara lain seperti Turki, Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Oman dan lainnya dalam bidang penghasilan negara berteraskan instrumen wakaf. Malah, tidak mustahil Malaysia akan berjalan seiring dan sepadan dengan kejayaan yang dikecapi di negara Barat menerusi penghasilan endowmen yang bermiripkan wakaf dengan pendapatan dan manfaat yang tinggi dari tahun ke tahun.

Penulis ialah Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di mas68@um.edu.my