9 October 2025

Klinik pergigian bergerak UM santuni anak yatim Rumah Kasih Ulu Inas

Featured

Growing ESG

By Dalilawati Zainal ESG is no longer just about compliance....

Tidak muncul

Oleh Nor Nazrina Mohamad Nazry Ceritanya begini, pada pagi Selasa...

Getting them ready

By Dayana Jalaludin and Zubir Azhar We now live in...

Seindah alunannya

Oleh Muhammad Ridha Ali Huddin Alunan bacaan al-Quran pastinya membuatkan...

Klinik pergigian bergerak UM santuni anak yatim Rumah Kasih Ulu Inas

Pada 23 September 2025, buat julung kalinya, Jabatan Pergigian...

Share

Pada 23 September 2025, buat julung kalinya, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat yang diberi nama – ODOCS: Outpost Dentist for Community Service. Rumah Kasih Ulu Inas, Johol telah dipilih untuk program pertama ODOCS dengan matlamat menyantuni dan memberikan perkhidmatan rawatan pergigian secara percuma kepada anak-anak yatim Rumah Kasih Ulu Inas menerusi inisiatif Klinik Pergigian Bergerak Universiti Malaya.

Program yang berfokuskan kepada aspek kesihatan pergigian ini telah menawarkan rawatan secara percuma kepada 16 orang anak yatim, melibatkan rawatan seperti tampalan, penskaleran dan cabutan. Semua rawatan dijalankan menggunakan kemudahan lengkap Bas Klinik Pergigian Bergerak Universiti Malaya, yang berfungsi sebagai klinik pergigian mudah alih serba moden.

Program ODOCS menyasarkan komuniti yang memiliki akses terhad kepada kemudahan kesihatan pergigian, dengan tujuan untuk memberikan rawatan asas pergigian secara percuma, pendidikan kesihatan mulut serta menjalinkan hubungan yang lebih erat antara organisasi dan komuniti sasaran, di samping menekankan aspek kebajikan dan tanggungjawab sosial.

Bas Klinik Pergigian Bergerak Universiti Malaya merupakan hasil sumbangan bersama daripada Wakaf Selangor, Association of Islamic Banking and Financial Institution Malaysia (AIBIM), Bank Muamalat, Yayasan Wakaf serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) atas usaha mantan dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Profesor Dr. Zamri Radzi.

Menurut Pengarah Program, Dr. Mohd Azmi Abdul Razak, program ODOCS diwujudkan untuk memberi rawatan asas pergigian kepada komuniti terpinggir, terutamanya mereka di kawasan pedalaman.

“Kami mahu membawa perkhidmatan kesihatan mulut terus kepada mereka yang memerlukan, bukan hanya pendidikan kesihatan pergigian dan pemeriksaan rutin semata-mata tetapi rawatan pergigian asas, khususnya yang memerlukan rawatan segera. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami sebagai institusi yang berbakti kepada masyarakat,” ujarnya.

Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak pengurusan Rumah Kasih Ulu Inas. Pengetuanya, Dato’ Hj. Mutallif Che Mat menyifatkan kehadiran pasukan pergigian dari Universiti Malaya sebagai satu usaha murni yang amat dihargai.

“Anak-anak di sini sebenarnya sukar untuk mendapatkan rawatan pergigian. Selain lawatan tahunan doktor gigi ke sekolah, mereka tiada akses tetap kepada rawatan. Jika berlaku masalah gigi, mereka perlu ke klinik di daerah Rembau, kira-kira 45 minit dari sini. Maka, usaha Klinik Bergerak UM ini sangat dihargai. Kami amat berharap program ODOCS dapat datang ke Rumah Kasih lagi pada masa akan datang,” katanya penuh harapan.

Program ini melibatkan penyertaan doktor gigi dari Jabatan Pergigian Restoratif bersama-sama pembantu pembedahan pergigian, pembantu perawatan kesihatan, kru teknikal dan juga pemandu bas. Komitmen serta sokongan padu daripada Dekan, Ketua Jabatan Restoratif serta ahli Fakulti Pergigian Universiti Malaya telah membuatkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Senyuman keriangan dan penghargaan yang diterima daripada anak-anak yatim yang menerima rawatan menjadi pembakar semangat untuk misi seterusnya di masa akan datang.


Maklumat lanjut mengenai program boleh didapati melalui Dr. Mohd Amirul Fahmi Che Mohd Fadzilah, Pensyarah Pergigian di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya di amirulfahmi@um.edu.my

Previous article
Next article