25 May 2026

Sunnah meluaskan rezeki

Featured

Unclean

Why true energy security means breaking free from the...

Our way

Why science diplomacy finally needs its own map By Professor...

Lifetime

A tale of two shocks By Professor Dato Dr Ahmad...

Crystal clear

Why water is no longer a resource but a...

Unnecessary

Why your companyโ€™s ESG report might be a beautiful...

Share

Oleh Mahyudin Daud

Meluaskan rezeki kepada ahli keluarga dan anak-anak pada Hari Asyura merupakan satu sunnah nabawiyyah yang mulia. Ia telah disokong oleh para hafiz (ulama hadith terkemuka), diamalkan oleh para fuqaha (ahli fekah) dari pelbagai mazhab, dan menjadi tradisi umat Islam di pelbagai tempat dan zaman.

Amalan ini datang daripada Nabi Muhammad SAW melalui hadith yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat, antaranya Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Masโ€™ud, Abu Hurayrah, Abu Saโ€™id al-Khudri dan Abdullah bin โ€˜Umar RA.

Antara riwayat yang paling kuat ialah hadith Jabir bin Abdullah RA di mana al-Hafiz Abu โ€˜Umar Ibn โ€˜Abd al-Barr meriwayatkan dalam kitab al-Istidhkar daripada Shuโ€™bah, dari Abu al-Zubair, daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW bersabda: โ€œSesiapa yang meluaskan rezeki kepada dirinya dan keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.โ€

Jabir berkata: โ€œKami telah mencubanya dan mendapati ia benar.โ€ Abu al-Zubair dan Shuโ€™bah juga berkata perkara yang sama.

Al-Hafiz Ibn al-Qattan dalam Fadhail โ€˜Arafah menilai sanad hadith ini sebagai hasan, manakala al-Hafiz al-โ€™Iraqi menyatakan ia adalah sahih mengikut syarat Imam Muslim.

Amalan ini juga diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab dan Jabir bin Abdullah serta daripada beberapa tabiโ€™in dan ulama hadith seperti Muhammad bin al-Muntashir, anaknya Ibrahim, Abu al-Zubair, Shuโ€™bah bin al-Hajjaj, Yahya bin Saโ€™id, dan Sufyan bin โ€˜Uyaynah.

Dalam al-Istidhkar, Umar bin al-Khattab RA berkata: โ€œSesiapa yang meluaskan rezeki kepada keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun.โ€

Yahya bin Saโ€™id berkata bahawa: โ€œKami mencubanya dan mendapati ia benar.โ€

Sufyan bin โ€˜Uyaynah pula berkata: โ€œKami telah mengamalkannya selama hampir 50 tahun, dan kami tidak dapati melainkan keluasan rezeki.โ€

Para ulama hadith seperti al-Bayhaqi, Abu Musa al-Madini, Ibn al-Nasir, al-โ€™Iraqi, Ibn Hajar, al-Sakhawi dan al-Suyuti telah menguatkan hadith ini. Walaupun ada sebahagian sanadnya yang lemah, namun apabila dikumpulkan ia menjadi kuat dan boleh diamalkan, sebagaimana dinyatakan oleh al-Bayhaqi dalam Shuโ€™ab al-Iman.

Abu Musa al-Madini juga mengklasifikasikan hadith ini sebagai hasan, seperti yang disebut oleh Ibn al-Mulaqqin dalam karyanya al-Tawdih. Al-Suyuti pula dengan tegas menyatakan dalam al-Durar al-Muntathirah bahawa hadith ini sahih dan sabit.

Beberapa ulama malah telah menulis risalah khas untuk mengumpulkan sanad dan memperkuatkan amalan ini, antaranya al-โ€™Iraqi dalam Risalah al-Tawsiโ€™ah โ€˜ala al-โ€™Iyal, al-Suyuti dalam Fadl al-Tawsiโ€™ah fi Yawm Asyura dan Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dalam Hadiyyah al-Sughra.

Pendapat mazhab fiqh tentang meluaskan rezeki pada Hari Asyura

Keempat-empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Syafiโ€™i, Hanbali) bersepakat tentang sunatnya meluaskan rezeki kepada keluarga pada Hari Asyura, tanpa sebarang khilaf.

Al-โ€™Ayni (mazhab Hanafi) berkata dalam Nukhbat al-Afkar: โ€œSecara keseluruhannya, ia adalah hari yang agung dan mulia di sisi para nabi dan perbelanjaan pada hari ini akan digantikan oleh Allah.โ€

Ibn โ€˜Abidin (Hanafi) menyatakan dalam Radd al-Muhtar: โ€œYa, hadith tentang meluaskan rezeki adalah sahih sebagaimana dikatakan oleh al-Suyuti dalam al-Durar.โ€

Ibn al-โ€™Arabi (Maliki) menyebut dalam al-Masalik: โ€œPerbelanjaan dan keluasan rezeki pada hari ini akan digantikan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda, jika dilakukan kerana Allah.โ€

Al-Sawi (Maliki) dalam Hasyiah al-Sharh al-Saghir: โ€œDisunatkan untuk meluaskan rezeki kepada keluarga dan sanak saudara pada Hari Asyura.โ€

Sulaiman al-Jamal (Syafiโ€™i) dalam Hasyiah Fath al-Wahhab: โ€œDisunatkan meluaskan rezeki kepada keluarga dan bersedekah kepada fakir miskin tanpa berlebih-lebihan; jika tidak mampu, cukup meluaskan akhlak dan menahan daripada kezaliman.โ€

Ibn Muflih (Hanbali) dalam al-Mubdiโ€™: โ€œFaedah: Disarankan meluaskan rezeki kepada keluarga pada hari ini.โ€

Kesimpulan

Berdasarkan semua yang telah disebutkan ini, meluaskan rezeki kepada ahli keluarga pada Hari Asyura adalah sunnah yang sabit daripada Nabi SAW dan daripada para al-salaf al-salih. Ia telah disahkan oleh para fuqaha dalam keempat-empat mazhab dan diamalkan oleh majoriti umat Islam sejak dahulu hingga kini.

Ini peluang terbaik untuk kaum Muslimin di Malaysia mengejar kelebihan amalan ini, di samping menambahkan keakraban dan kasih sayang sesama ahli keluarga.


Dr. Mahyudin Daud ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Bachok, Kelantan, dan boleh dihubungi di muhyi@um.edu.my