20 April 2025

Usah kikir dengan senyuman

Featured

Our very own legacy

By Zuraini Md Ali, Nor Hayati Hussain On World Heritage...

Of hypocrisy and moral crisis

By Haezreena Begum Abdul Hamid The recent statement by the...

Apa lagi ditunggu?

Oleh Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Syawal 1445 H menyaksikan...

Teman mereka

Oleh Yohan Kurniawan Dalam dunia yang penuh dengan suara, warna...

Menitip peluang

Oleh Dalilah Aziz Bagi ramai pelajar yang bercita-cita menjadi akauntan,...

Share

Ungkapan “Senyum itu sedekah”, adalah ungkapan ringkas dan mudah dilafazkan. Namun, tidak semudah dalam merealisasikannya. Berapa ramai orang yang sukar untuk mengukir senyuman, dek kerana beratnya rungutan batinnya, ketidaktenteraman jiwanya atau mungkin tabiatnya, sehingga wajahnya terpancar kerisauan, kesedihan dan ketidaksenangan hati seseorang yang memandangnya.

Sahabat Nabi bernama Abu Dzar al-Ghafari menyatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu”. (HR al-Tirmidhi, no.hadith 1956). Demikian juga Jarir bin Abdullah menceritakan bahawa “Rasulullah tidak pernah melihatku sejak aku masuk Islam, kecuali baginda (dalam keadaan) tersenyum”. (HR al-Bukhari no.hadith 250)

Nah, nikmat manakah lagi yang kita mahu dustakan? Lihatlah kepada insan yang sewajarnya kita contohi dan teladani iaitu Nabi SAW yang senantiasa mempamerkan senyum baginda pada setiap masa dan ketika. Sehingga kita boleh gambarkan bahawa apabila bertemu muka dengan Nabi SAW tidak lain melainkan menampakkan kebahagiaan di wajah baginda dan wajah orang yang memandang baginda.

baby in pink shirt lying on white textile

Jadi, sewajarnya itulah sikap yang sepatutnya ada kepada kita sebagai mencontohi baginda SAW. Usahalah kita memandang senyuman itu sebagai suatu perkara yang remeh, namun sekecil mana pun tindakan dan perbuatan itu, apabila disarankan oleh Nabi SAW pasti ada hikmah yang bermanfaat untuk diri kita. Marilah kita ikuti apa yang disebutkan dalam satu hadith yang lain yang juga daripada Abu Dzar, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah engkau meremehkan kebaikan walaupun sedikit, meskipun hanya dengan bertemu dengan saudaramu dengan wajah berseri.” (HR Muslim, no.hadith 2626)

Justeru, apabila diri kita menampakkan wajah dengan senyum yang manis boleh menjadi penyebab kepada rasa bahagia dan senang bersama dengan orang lain. Seterusnya mengeratkan lagi hubungan dan kasih sayang sesama saudara.