13 September 2026

Yong Adilah Shamsul Harumain

Featured

Missing you

From Malaysia to China, with a plate of poori By...

Merasai

Peranan empati dan sokongan psikososial terhadap keluarga mangsa depani...

Baharu

Menelusuri makna kemerdekaan dalam era AI Oleh Dr. Maisarah Hasbullah,...

Biological

Could prawn shells become part of the solution to...

Berdua

Kahwin boleh, tapi mampukah membina keluarga? Oleh Dr. Sharmila Thinagar “Bila...

Share

Dr. Yong Adilah merupakan penyelidik dalam bidang Perancangan Bandar di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

Projek penyelidikannya yang terkini adalah mewujudkan program Wira Anzen di sekolah-sekolah rendah. Wira Anzen boleh diibaratkan sebagai sebuah lagi elemen ikon murid cemerlang (selain pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, dan lain-lain), tetapi memfokuskan kepada isu keselamatan fizikal dan mental.

Wira-wira ini akan membantu sekolah memberikan pendedahan dan input mengenai keselamatan dalam bandar, dan menjalankan program menangani masalah buli dan vandalisme, melalui teknik-teknik intervensi unik yang diinspirasi dari sekolah-sekolah di Jepun.

Projek yang turut melibatkan Dr. Nur Farhana Azmi dan Dr. Sr. Zafirah Al Sadat Zyed ini telah pun diuji lari di beberapa sekolah di sekitar Lembah Klang dan menerima respon positif dari guru dan ibu bapa. Pihak NGO keselamatan kanak-kanak pun turut menjadi rakan strategik projek ini.

Hubungi Dr. Yong Adilah di adilah_shamsul@um.edu.my untuk berbincang lanjut mengenai projek ini, ya?

📸 Profile photos by Mohd. Yani Alias for PPP