22 June 2026

Firdaus dan Mat Nazri

Featured

Exposed

How a distant skirmish is squeezing the world’s rubber By...

Crucial

The first five minutes before help arrives By Dr Hafyzuddin...

Now

Why we must stop idling on biofuel By Professor Dato...

One

Leave room to be surprised By Nahrizul Adib Kadri Around this...

Bersedia

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era...

Share

Sedang kami asyik mengambil gambar-gambar suasana di dalam dewan peperiksaan petang itu, tiba-tiba bahu jurugambar kami dicuit.

“Abang tak boleh ambil gambar di sini,” kata Muhamad Firdaus Roslan, 39, dengan nada yang tegas dan renungan yang tajam.

“Tapi, tapi,” tergagap-gagap jawapan yang keluar dari mulut jurugambar kami, sejurus melihat tubuh sasa Mat Nazri Mat Nasir, 48, yang turut berdiri di sebelah Firdaus. Kedua-dua mereka memakai vest hijau bertulis ‘Pembantu Peperiksaan’.

Bergegas kami berjalan menuju pintu keluar Dewan 3, sejurus Firdaus membuat isyarat tangan untuk keluar bersamanya.

Sampai sahaja di ruang legar dewan, kedua-dua Firdaus dan Mat Nazri mula ketawa berdekah-dekah, seolah-olah mentertawakan kami.

Kami kehairanan dan melihat sesama sendiri, kebingungan.

“Janganlah serius sangat, bang. Kerja kat universiti terbaik negara ni kita kena ‘chill’ dan sentiasa sokong satu sama lain. Contohnya bila UM bagi peluang staf untuk jadi Pembantu Peperiksaan buat kali pertama semester ini, kami berdua dari Fakulti Kejuruteraan terus letakkan nama tanpa fikir panjang,” terang Mat Nazri setelah akhirnya berhenti ketawa.

Sambil mengangguk, Firdaus menambah: “Kita sama-sama-sama bantu lancarkan musim peperiksaan pelajar-pelajar kita. Betul tak?” tanya anak jati Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur ini kepada rakan karibnya.

“Betullah tu. Maafkan kami kalau terlebih gurau tadi, ya bang? Tentulah boleh ambil gambar di dalam dewan tadi, asalkan tak mengganggu fokus mereka menjawab soalan,” kata Mat Nazri sambil tersenyum.

Kepada semua mahasiswa Universiti Malaya yang sudah menamatkan peperiksaan semester 1, 2022/2023:

Selamat bercuti dan see you soon in Semester 2!

📸 Gambar oleh Latimin Keman untuk CCC (2023).