15 February 2025

Azlan Nizam dan Jia Shin

Featured

Menyantuni mereka di pinggir ibu kota

Pada 29 Disember 2024, Seramai 40 orang pelajar dari...

Beyond these walls

By Dr Noralina Omar It was raining that afternoon. The...

Bila dia ‘halal’

Oleh: Prof. Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin Vape atau...

For our future

By: Lee Wai Guan, Dr. Mohd Istajib Mokhtar Imagine a...

Permata Kinabalu perkasakan mereka

Oleh: Muhammad Taftazany Abd Rahman Dalam era globalisasi yang pesat...

Share

Azlan Nizam Ismail dan Ng Jia Shin dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-62.

Azlan Nizam Ismail, graduan Akademi Pengajian Islam yang berasal dari Sabah berkata, antara cabaran yang dihadapi sepanjang waktu pengajian beliau adalah semasa Covid-19 melanda dan terpaksa pulang ke Sabah dan menghadapi kesukaran akses internet dan juga elektrik semasa menjawab soalan peperiksaan.

“Istiadat Konvokesyen kali ini merupakan kali pertama saya dapat membawa keluarga saya datang ke semenanjung dan kedua ibu bapa saya dapat lihat sendiri kampus di mana tempat saya menimba ilmu, saya sangat terharu dan gembira keluarga saya bersama-sama saya pada hari ini,” Azlan Nizam berkata.

Ng Jia Shin, graduan Fakulti Sains merupakan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja berkata bagi pelajar-pelajar yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dapat meneruskan dan menamatkan pelajaran dengan cemerlang, teruskan usaha sehingga dapat menjejakkan kaki ke Dewan Tunku Canselor ini.

Anugerah Pelajaran DiRaja merupakan penganugerahan hadiah sebagai dorongan kepada pelajar supaya sentiasa meningkatkan prestasi pembelajaran selaras dengan hasrat Majlis Raja-Raka Malaysia yang mementingkan mutu pembelajaran di mana ianya memerlukan persaingan sengit dalam era globalisasi yang kini mencabar. Dua anugerah ini akan dihadiahkan setiap tahun berbentuk wang tunai, pingat emas dan sijil penghargaan.

Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Mastura Mohamad Yusoff
Pegawai Perhubungan Media,
Bahagian Media, Pusat Komunikasi Korporat
masturayusoff@um.edu.my

Previous article
Next article