1 December 2023

Alif, Melissa dan Nazrin

Featured

It’s never too late to have braces!

By: Dr. Yasmin Kamarudin, Assoc. Prof. Dr. Saritha Sivarajan Let’s...

It’s not okay for your gum to bleed

Pay attention to the signals your body is telling you. It is not okay to have gum bleeding every now and then. Make that visit to the dentist, so they will examine you and provide the necessary treatment to control your gum bleeding problem.

Will there ever be the next Oxfords, Harvards?

Every nation has their own strength and limitations from socio-economic and geo-political background. Like in any other sectors, advancing strategies for universities should then also be based on their own strength rather than following what others are doing elsewhere.

Bersolidaritilah, walau di mana kita berada

Serangan Israel ke atas Palestin merupakan tragedi kemanusiaan yang...

Be on the lookout for your teeth during festive and holiday seasons

By: Assoc. Prof. Dr. Nor Azlida Mohd. Nor Malaysia’s festive...

Share

Tiga sekawan dari jurusan kejuruteraan kimia ini kelihatan teruja ketika ditemui semasa sesi pengambilan jubah Istiadat Konvokesyen ke-62, baru-baru ini.

Nazrin

Nazrin Stamina Ramli bersyukur kerana bakal menamatkan pengajiannya secara rasmi Disember ini. “Saya sangat hargai masa saya semasa di sini. Di UM-lah saya grew to be a better person; terutamanya apabila berpeluang join pelbagai jenis projek di kolej dan fakulti,” katanya, yang kini masih mencari peluang pekerjaan.

“Istiadat Konvokesyen ini bakal menjadi memori yang amat berharga dalam hidup saya dan keluarga, dan akan diingati sampai bila-bila,” kata Nazrin, sambil diiakan oleh dua orang rakannya, Alif dan Melissa.

Melissa

“UM juga mendewasakan saya. Ada banyak pengalaman baik dan buruk saya lalui di sini,” kata Melissa Khor Yen Tyng, yang manis berbaju kebaya.

Anak jati Pulau Pinang ini menambah: “Majlis ini juga bakal menjadi memori indah untuk keluarga saya, kerana salah seorang pakcik saya juga merupakan alumni UM. Datuk dan nenek saya sudah tak sabar nak hadiri konvokesyen saya!”

“Nanti masa konvo pakai kebaya juga ke?” tanya jurugambar kami, mengusik.

“Belum tahu lagi. Kena dapatkan persetujuan ibu saya dahulu,” kata Melissa, yang baru saja berjaya mendapatkan lesen menyelam skubanya, seraya tersenyum.

Alif

Walaupun bakal bergelar graduan pada tahun ini, namun Alif Imran Abdul Hamid tidak dapat menghadiri Istiadat Konvokesyen atas nasihat doktornya. “Saya bakal menjalani satu lagi pembedahan pada 30 November ini. Dan saya difahamkan tempoh pemulihan pula mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan. Jadi doktor tak benarkan saya hadir kerana tidak mahu saya menanggung risiko komplikasi dari pembedahan,” terang Alif lagi

Mungkin dapat meneka yang kami mula menunjukkan rasa simpati, Alif pantas menambah: “Tapi abang jangan risau, saya OK je. Bukan rezeki saya untuk menghadiri majlis ini dengan rakan-rakan saya.

Saya lebih bersyukur dan berterima kasih kepada mereka semua, kerana dengan sokongan dari merekalah yang banyak membantu saya menamatkan pengajian saya. Tanpa mereka, belum tentu saya mampu menamatkan degree saya ini, kerana saya terpaksa melanjutkan tempoh pengajian selama setahun selepas terlibat dengan kemalangan pada tahun 2018 dan melalui banyak pembedahan dan pemulihan,” terang Alif yang berasal dari Kuantan, Pahang ini, panjang lebar.

Terharu mendengar jawapan Alif, Nazrin pun memeluk bahu Alif, dan Melissa di sebelahnya turut tersenyum dan mencelah:

“Kita kawan sampai bila-bila, OK?”

……
Kisah ini merupakan siri coretan ringkas dari temubual kami bersama bakal graduan Istiadat Konvokesyen ke-62 pada 5 hingga 13 Disember 2022.

📸 Photos by Mohd. Fadhli Yong @mohdfadhliyong. Interview by Latimin Keman.

Previous article
Next article