8 February 2023

Geng Gunung

Featured

Kisah minggu ketigabelas

Sehari sebelum warga kampus mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pasukan kami sempat menjengah Fakulti Kejuruteraan untuk merakamkan suasana kampus.

Memperkasakan ta’aruf, tafahum dan tasamuh dalam Masyarakat MADANI di Malaysia

Masyarakat majmuk terbentuk di Malaysia melalui sejarah yang panjang. Ia merupakan ciri keunikan tempatan kerana kejayaan menghasilkan miniatur Asia yang mempunyai komposisi pelbagai bangsa utama Asia seperti Melayu, Cina dan India. Takdir sejarah ini perlu diterima dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Let’s craft an ideal 21st century city out of KL

Kuala Lumpur, the capital of Malaysia, has a rich history dating back to the late 1800s. It began as a small tin-mining settlement in the 1850s and was granted city status in 1972. During the late 19th and early 20th centuries, Kuala Lumpur developed rapidly as a centre of tin mining and trade, leading to increased immigration and economic growth.

Normalisasi sembang lucah: Mengemis perhatian murahan

Walau bagaimanapun, banyak unsur gurauan atau lawak jenaka dewasa ini yang berbaur lucah atau mempunyai maksud tersirat dilihat semakin berleluasa dan parah.

Ibu bapa pendamping tumbesaran anak-anak zaman digital

Teknologi telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, terdapat juga kesan negatif ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja.

Share

Siapa sangka tangga di Bangunan Canseleri itu mampu dijadikan lokasi latihan mendaki hingga ke Everest Base Camp di kaki Gunung Everest berketinggian 5,364m?

Namun itulah yang dilakukan oleh Nor Azlina Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya hampir setiap hari pada 2015 semasa persiapannya menakluk puncak Gunung Kinabalu di Sabah. Beliau dan ‘geng gunung’nya tidak berhenti di situ, malah turut berjaya tiba ke puncak Gunung Rinjani, Indonesia pada 2016, Annapurna Base Camp, Nepal (2017), dan Kyanjin Ri Peak, Nepal (2018). “Kami sebenarnya bercadang untuk mengulangi pendakian ke Everest Base Camp pada 2020, kerana pendakian pertama kami pada 2018 itu terkandas di Kathmandu dan tidak dapat diteruskan kerana masalah cuaca. Namun disebabkan pandemik COVID-19, niat itu terpaksa kami simpan dahulu. Namun perancangan tetap kami buat untuk menakluki EBC satu hari nanti,” kata wanita Parit Buntar, Perak yang sudah bertugas selama 14 tahun di UM ini, dengan penuh semangat.

Nor Azlina Abdullah

Rakan karib Nor Azlina, Nathrah Hanim Hussein sering ‘dipersalahkan’ sebagai individu yang bertanggungjawab ‘meracuni’ rakan-rakan untuk menjadi seorang pendaki. Setiausaha Pejabat kepada Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Kejuruteraan ini juga memulakan kembali aktiviti mendakinya pada 2015, ketika bersama-sama Nor Azlina menjejak puncak Kinabalu. “Saya sebenarnya mula mendaki dari zaman sekolah. Saya berhenti mendaki atas kekangan kerja dan seterusnya berkahwin dan mendapat anak. Saya sedikit tercabar apabila diketawakan keluarga mertua ketika menyuarakan hasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu. Selepas saya buktikan kejayaan menjejak kaki di puncak Kinabalu, saya tidak menoleh ke belakang lagi, dan meneruskan minat ini sehingga sekarang.” kata Nathrah dari Kedah yang sudah berjaya menakluki EBC pada 2019. Nathrah Hanim juga aktif dengan pasukan rintis yang bertanggungjawab membuka beberapa laluan denai di kawasan pergunungan Malaysia.

Nathrah Hanim Hussein

Seorang lagi ahli ‘geng gunung’ UM ialah Juliana Jundah Ivanhoe, Setiausaha Pejabat di Fakulti Seni Kreatif yang berpengalaman mendaki puncak Kinabalu (via Ferrata) hinggalah antaranya Gunung Apo, Filipina dan trek Kilimanjaro, Afrika. “Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ialah apabila terpaksa ‘membina’ tandas sendiri dalam perjalanan menuju ke setiap check point atau puncak,” kata wanita Sarawak yang ceria ini. “Mendaki gunung ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, pastikan kita percaya kepada diri sendiri untuk mencapai matlamat yang dibina,” kata Juliana lagi.

Juliana Jundah Ivanhoe

Anak jati Bota Kiri, Perak, Norhisham Mohamed Halim pada asalnya memulakan kehidupan aktifnya melalui aktiviti larian. Bermula dengan acara larian santai 5km pada 2011, sehinggalah ke larian marathon sejauh 42km, dirinya masih tercari-cari lagi istilah kepuasan dalam melakukan aktiviti lasak. Bersama isterinya, Norhisham telah berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu, dan bermulalah deretan ekspedisi menggapai puncak-puncak gunung di dalam dan luar negara seterusnya kembali menakluk puncak Gunung Kinabalu beberapa kali. “Ramai beranggapan yang aktiviti mendaki gunung ini memerlukan kos yang tinggi dan tubuh badan yang sangat-sangat sihat seperti atlet sukan lasak. Sebenarnya yang lebih penting adalah mental yang kuat, perancangan yang teliti, semangat kerja berpasukan, dan fikiran yang terbuka bagi menimba pengalaman baru di tempat orang,” kata Pembantu Tadbir Kanan di Fakulti Alam Bina ini.

Norhisham Mohamed Halim

“Benda ni bila dah mula, susah nak stop!” ujar Norhisham spontan mengakhiri temu bual sambil diiyakan oleh kesemua ‘geng gunung’ UM ini.

📸 Profile photos by Mohd. Yani Alias for PPP. Other photos from personal collections. Original idea by Siti Khairiha Ibrahim.