18 April 2026

Global

Featured

Prospecting

Landfill miningโ€™s promise and pitfalls By Professor Dato Dr Ahmad...

Successful

Why Sarawakโ€™s quiet pragmatism outshines the federal blueprintโ€™s echoes By...

Away

Data will keep people out of our hospitalsโ€”and thatโ€™s...

Leading

Good intentions aren't enough for good governance By Professor Dato...

Assumptions

The illusion of coverage By Nur Balqis Zahirah Ali, Ng...

Share

UM perkasa geografi dalam kalangan murid sekolah menerusi MyGeo

Sekitar 30 orang pelajar sekolah menengah dari pelbagai negeri berhimpun di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Gombak pada 4 Januari lalu, masing-masing membawa satu minat yang sama โ€” memahami dunia melalui lensa Geografi. Mereka merupakan peserta peringkat kedua Malaysian Geography Olympiad (MyGeo) 2026, sebuah pertandingan yang menjadi sebahagian daripada laluan ke pentas antarabangsa International Geography Olympiad (iGeo).

Bagi kebanyakan pelajar, penyertaan ini bukan sekadar pertandingan akademik biasa. Ia merupakan satu pengalaman yang menuntut pemerhatian, analisis dan kefahaman mendalam tentang bagaimana manusia, tempat dan persekitaran saling berinteraksi. Dalam konteks ini, Geografi dilihat bukan hanya sebagai subjek yang dipelajari di dalam bilik darjah, tetapi sebagai satu cara untuk membaca dan memahami dunia sebenar.

โ€œGeografi sering dilihat sebagai subjek yang berkait dengan peta dan lokasi semata-mata, sedangkan hakikatnya ia membantu kita memahami hubungan antara manusia, tempat dan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa,โ€ jelas Dr. Amirah Sariyati Mohd Yahya dari Jabatan Geografi, Universiti Malaya.

MyGeo merupakan salah satu daripada beberapa peringkat saringan sebelum pelajar terbaik negara dipilih untuk mewakili Malaysia ke iGeo. Secara keseluruhannya, proses pemilihan ini bermula dengan program Geography Explorer di peringkat sekolah rendah dan menengah, diikuti oleh MyGeo, Selection Camp, dan seterusnya Kem Kebangsaan Olimpiad Geografi yang menentukan empat wakil negara.

Malaysia mula menyertai iGeo pada tahun 2023, dan dalam tempoh yang singkat, telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pasukan terbaik daripada 45 negara yang bertanding. Pencapaian ini mencerminkan potensi besar pelajar tempatan dalam bidang Geografi, serta keberkesanan usaha memperkenalkan platform kompetitif seperti MyGeo di peringkat kebangsaan.

Melalui pertandingan ini, pelajar didedahkan kepada pelbagai bentuk penilaian yang menguji bukan sahaja pengetahuan teori, tetapi juga kemahiran praktikal seperti interpretasi data, pemetaan, serta analisis isu semasa. Pendekatan ini selari dengan keperluan semasa yang menuntut generasi muda berfikir secara kritikal dan mampu mengaitkan ilmu dengan realiti global.

โ€œMelalui pertandingan seperti ini, pelajar bukan sahaja diuji dari segi pengetahuan, tetapi juga dilatih untuk berfikir secara analitikal dan melihat isu dunia sebenar dari pelbagai perspektif,โ€ tambah beliau.

Dalam masa yang sama, pertandingan seperti MyGeo turut membuka ruang kepada pelajar untuk melihat Geografi sebagai bidang yang merentas disiplin. Daripada Geografi Ekonomi dan Politik, hinggalah kepada Geografi Bencana dan Pelancongan, bidang ini menghubungkan elemen sains dan kemanusiaan dalam satu kerangka yang menyeluruh.

Pendedahan awal kepada bidang ini penting dalam membentuk generasi yang lebih peka terhadap isu global seperti perubahan iklim, pembangunan mampan dan ketidaksamaan wilayah. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka potensi kerjaya dalam pelbagai sektor yang berkait rapat dengan analisis ruang dan perancangan masa depan.

Walaupun hanya 30 orang pelajar mengambil bahagian pada peringkat MyGeo tahun ini, usaha seperti ini membawa makna yang lebih besar. Ia bukan sekadar tentang memilih wakil negara, tetapi tentang membina asas minat, keyakinan dan keupayaan dalam kalangan pelajar untuk memahami dunia dengan lebih mendalam.

Dalam jangka panjang, platform seperti ini diharapkan dapat terus memperkukuh kedudukan Geografi sebagai satu bidang yang relevan dan penting, bukan sahaja dalam sistem pendidikan, tetapi juga dalam membentuk masyarakat yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing.

Barangkali, daripada langkah kecil di PPAS Gombak ini, akan lahir generasi baharu yang bukan sahaja mampu membaca peta, tetapi juga memahami dunia yang sedang berubah di sekeliling mereka.


Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Dr. Amirah Sariyati Mohd Yahya, Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya di amirahsariyati93@um.edu.my

Previous article
Next article