4 October 2024

Mereka yang dewasa juga perlukan sokongan kita

Featured

Antara tuntutan kekeluargaan dan ketetapan fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah...

Seimbangkan keduanya, mahasiswaku

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan...

ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad...

Influencer, I am

By Halima Saadiah Education has long been the foundation for...

Hanya al-Quran penyelamatmu

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran...

Share

Oleh: Dr Zubaidah Zanul Abidin, Prof Madya Dr Nosizana Mohd Salleh, Dr Siti Fauzza Ahmad

Kesedaran tentang cabaran unik yang dihadapi oleh individu dengan autisme dalam penjagaan pergigian semakin meningkat, terutamanya dengan peningkatan usia mereka. Walaupun penekanan yang besar diberikan kepada penjagaan pergigian pediatrik bagi kanak-kanak austisme, terdapat perbezaan yang ketara dalam menangani keperluan pergigian orang dewasa dalam spektrum autisme.

Akibatnya, ramai individu dengan autisme menghadapi kesulitan untuk mendapatkan penjagaan pergigian yang sewajarnya dan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan mulut yang serius. Namun demikian, pelbagai inisiatif sedang dilakukan untuk mengurangkan jurang dan menyediakan rawatan pergigian yang komprehensif bagi orang dewasa dengan autisme.

Sebahagian daripada penjagaan pergigian individu autisme ialah mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berskala daripada doktor gigi. Ini boleh menjadi pengalaman yang menakutkan bagi sesiapa sahaja, tetapi bagi individu autisme dan penjaga mereka, lawatan ke doktor gigi boleh menjadi pengalaman yang sangat mencabar.

Walaupun orang dewasa autisme berkemungkinan telah terdedah kepada rawatan pergigian beberapa kali dalam hidup mereka, ini tidak menjadikan mereka merasa kurang tertekan. Langkah-langkah perlu diambil secara berterusan untuk mengurangkan kebimbangan mereka dan membantu individu autisme mengatasi ketakutan yang dialami dan juga memastikan mereka dalam keadaan selesa sepanjang sesi pemeriksaan dan rawatan dijalankan.

Ada beberapa sebab mengapa individu autisme sering merasa tertekan ketika lawatan ke klinik pergigian, antaranya ialah kerana mereka tidak memahami kepentingan pemeriksaan pergigian ialah untuk memastikan gigi dan gusi mereka dalam keadaan yang sihat. Berbaring di kerusi dengan lampu terang dan peralatan di dalam mulut bukanlah suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka.

Hipersensitiviti adalah perkara biasa di kalangan individu autisme. Bukan saja eadaan klinik pergigian dipenuhi dengan bunyi bising, bau dan lampu yang terang, sensasi instrumen sejuk di dalam mulut boleh menyebabkan ketidakselesaan, bunyi gerudi boleh menyebabkan mereka tertekan atau rasa dan tekstur bahan pergigian mungkin mendatangkan rasa tidak senang kepada individu autisme.

Dalam keadaan sensitivity yang meningkat boleh menyebabkan individu autism sukar untuk berada dekat secara fizikal dengan orang lain. Doktor gigi perlu berada sangat dekat semasa pemeriksaan pergigian dan ini boleh menyebabkan mereka merasa seperti privasi mereka dicerobohi. Selain itu, kesukaran dalam berkomunikasi sering membuatkan doktor gigi sukar untuk memberikan arahan dengan berkesan agar rawatan pergigian yang efektif dapat dijalankan.

Kini, klinik-klinik pergigian terutamanya klinik pakar pergigian penjagaan khas telah memulakan inisiatif bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif sesuai dengan keperluan penjagaan pergigian khas untuk autisme dewasa. Bilik menunggu yang mesra sensori dilengkapi dengan instrument atau alatan yang menenangkan seperti selimut tebal dan pengedap bunyi bagi membantu individu ini bersantai dengan tenang sebelum janji temu mereka.

Selain itu, doktor pakar pergigian penjagaan khas sering mengikuti pelbagai seminar untuk lebih memahami keperluan unik individu dengan autisme dan membangunkan teknik komunikasi yang berkesan. Ini termasuk menggunakan bantuan visual, cerita sosial, dan latihan desensitisasi untuk membantu individu ini bersedia secara mental sebelum rawatan mereka.

Pendekatan lain yang digunakan adalah dengan kerjasama di antara doktor gigi, penjaga, dan individu yang memerlukan rawatan. Dengan bekerja rapat sebagai satu pasukan, setiap individu dapat memberi pandangan yang berkait dengan keutamaan individu, sensitiviti sensori, dan gaya komunikasi dan ini akan membantu dalam merangka rancangan rawatan bagi individu ini dengan lebih baik.

Penjaga memainkan peranan penting dalam kesihatan pergigian orang dewasa dengan autisme dengan memberikan doktor gigi maklumat yang tepat tentang tabiat kebersihan mulut individu, pengambilan diet seharian, atau tabiat-tabiat lain yang berkait rapat dengan kesihatan mulut mereka. Dengan memberikan sokongan dan dorongan semasa rawatan mereka, penjaga dapat membantu mengurangkan keresahan mereka.

Pemerkasaan kepada individu dengan autisme untuk mengambil pendekatan proaktif dalam menjaga kesihatan pergigian mereka sendiri adalah penting untuk kesan jangka panjang. Program pendidikan yang disesuaikan khas untuk individu autisme boleh memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengekalkan tabiat kebersihan mulut yang baik dan menghadiri janji temu pergigian dengan penuh keyakinan.

Selanjutnya, memupuk budaya menerima dan memahami dalam komuniti pergigian dapat memastikan mereka yang terkesan oleh autisme merasa diterima dan dihormati semasa rawatan mereka. Doktor pergigian juga perlu sedar bahawa menerima kepelbagaian sahaja tidak mencukupi tetapi doktorr pergigian perlulah mewujudkan persekitaran di mana semua individu berasa cukup selesa untuk menerima rawatan berkualiti tinggi tanpa mengira siapa mereka.

Kerjasama adalah kunci kejayaan dalam merawat individu dewasa autisme. Kita perlu saling membantu antara satu sama lain, memahami cabaran, dan mencari jalan keluar untuk mengatasinya. Peningkatkan kesihatan mulut individu autisme mungkin berkembang dengan perlahan, tetapi dengan ketekunan, ia boleh membawa kepada hasil yang positif dan faedah yang tidak ternilai.


Kesemua penulis merupakan Pensyarah, Disiplin Prostodontik, Jabatan Restoratif Pergigian, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.