4 December 2024

Mohd Rafi Shafie

Featured

Beyond the blessing

By Dr Cherish How As the Year of the Dragon...

Elak terperangkap dengan cinta ekspres

Oleh: Dr. Norsafatul Aznin binti A. Razak Dalam era moden...

Memperkasa mereka

Kesihatan mental remaja adalah salah satu aspek yang penting...

Algorithms of abuse

By Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid Human trafficking is the...

Persoalannya, mampukah?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Islam sangat mementingkan persoalan kepimpinan...

Share

“Muzik dan lagu seharusnya lahir dari jiwa; merealisasi semula perasaan dan detik yang ingin digambarkan oleh si komposer dan si penulis lirik, kepada si pendengar,” kata Encik Mohd. Rafi Shafie, 53, Ahli Muzik B21, ketika ditemui di studio Fakulti Seni Kreatif, baru-baru ini.

“Sejujurnya sepanjang lebih 30 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini, selama itulah saya meladeni jiwa dan perasaan saya dalam menghasilkan Gubahan dan pemuzik undangan dalam rakaman muzik hampir 800 buah lagu,” tambahnya lagi sambil jarinya rancak memetik gitar.

Sebagai individu yang lebih dahulu makan garam di dalam industri, terutamanya penglibatan aktifnya di dalam Persaruan Karyawan Malaysia dan persatuan Recording Performers Malaysia (RPM), Encik Rafi diberi tugas yang agak khusus di FSK, Universiti Malaya. Anak jati Klang ini ditugaskan membantu pensyarah muzik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi instrumen gitar klasik, Gitar Jazz dan cello, di samping membantu pengajaran genre muzik tradisional.

Komposer versatil yang menggunakan nama pentas Rafi Mohd ini turut menghasilkan gubahan muzik untuk artis-artis terkenal tanahair, termasuklah Man Bai, M. Nasir, U.K’s, Jamal Abdillah, Search, Awie, Mawi, Ziana Zain, dan lain-lain lagi. Terkini, beliau merupakan Pengarah Muzik Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun yang diadakan pada 17 dan 18 Jun 2022 di Istana Budaya.

Walaupun berbakat bermain gitar seawal 12 tahun, dan dilengkapi dengan kelulusan Ijazah Sarjana Persembahan Seni dari Akademi Pengajian Melayu UM, figura peramah ini tidak pernah mendabik dada. Malah beliau juga aktif memperjuang kebajikan anak seni belakang tabir, terutamanya melibatkan isu agihan royalti, melalui kegiatannya bersama RPM.

Mengakhiri perbualan, anak seni yang pernah mewakili negara di persembahan filharmonik di Jepun ini bertanya secara retorik: “Tahukah anda yang kord A minor dikatakan ramai orang sebagai kord yang paling menyedihkan dan sayu?” sambil jarinya tidak henti memainkan intro lagu ‘Di Pintu Syurga’ yang pernah dimainkan beliau ketika mengiringi persembahan Dayang Nurfaizah di Anugerah Juara Lagu 29 pada tahun 2014.

Profile photos by Mohd. Haizal Ismail for CCO. U.K’s Reunion photos copyright of Media Mulia Sdn. Bhd. All rights reserved.