21 September 2024

PPTK’24 semarakkan legasi berpidato di UM

Featured

Reducing the impact of landslides

By Dr Mohd Talha Anees Almost half of Peninsular Malaysia...

Mengukur kemiskinan asnaf dengan tanda aras multidimensi

Oleh: Dr. Muhammad Nooraiman Zailani Isu kemiskinan amat sukar untuk...

Let’s go for smarter healthcare to stop heart attacks

By Assoc. Prof. Dr. Khor Sook Mei Heart attacks remain...

The treasure in non-coding RNAs

By Assoc. Prof. Dr. Lim Yat Yuen For decades, scientists...

He is the epitome of a leader

By Mohammad Tariqur Rahman The leadership qualities of Prophet Muhammad...

Share

Sebuah pertandingan pidato peringkat kebangsaan, di antara pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh negara, Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2024 (PPTK’24) telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan Gemilang Kurshiah, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya, baru-baru ini.

Menurut Prof. Madya Dr. Roshidah Hassan, Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya, PPTK bermula sejarah penganjurannya pada tahun 2015 dan memasuki edisi ke-10 pada tahun ini. “Tujuan penganjuran PPTK’24 adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia dalam lingkungan umur 15 hingga 17 tahun agar mampu mengutarakan idea yang bernas dengan tema ‘Mengutuhkan Nusa Bangsa Berpaksikan Bahasa Melayu’. Memasuki edisi ke-10 penganjurannya, program ini terus mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penaja utama,” katanya.

Menariknya, Ketua Juri Pertandingan Akhir PPTK’24, Dr. Rohaidah Haron berkata, “Tajuk pidato spontan yang menarik dan mencabar membuatkan barisan panel juri kagum dengan kebolehan peserta yang masih muda menghuraikan tajuk dengan sebaik mungkin.”

Dalam Pertandingan Akhir PPTK’24, seramai 15 orang peserta telah berentap untuk merangkul gelaran juara yang terdiri daripada saudari Naeema Natasya Puteri binti Mohd Ghazali dari SMK Pengkalan Chepa, Siti Maisarah binti Ahmad dari SMK Changlun, Alyaa Izzaty binti Rozis dari MRSM Arau, Balqiyatus Sholeha binti Imam Sopingi dari SMK Tunku Syed Idrus, Nur Ain Nuha binti Mohd Norulnizam dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, Faseeh Fardha binti Firdaus dari Sekolah Tun Fatimah, Mohamad Irsyad Iskandar bin Mohamad Rafi dari SMK Abdullah Munshi, Muhammad Afiq Alzam bin Azka dari Penang Free School, Qistina Yusra binti Mohd Ku Shahrom dari SMKA Kuala Selangor, Nurain Najwa binti Zolkifly dari SM Sains Banting, Teh Shu Yin dari SMJK Poi Lam, Nik Nadzif Dhamir bin Nazhin Jazli dari SMK Ismail Petra, Nor Aqeemah dari SMK Tengku Mizan Zainal Abidin dan Nurzahira Naquiyah binti Sulaiman dari SMK Telok Panglima Garang.

Nik Nadzif Dhamir bin Nazhin Jazli dari SMK Ismail Petra telah berjaya muncul sebagai Johan Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2024 dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 800, piala dan cenderamata barang tajaan.

Gelaran Naib Juara telah dianugerahkan kepada Alyaa Izzaty binti Rozis dari MRSM Arau dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 600, piala, sijil dan cenderamata barang tajaan, manakala tempat ketiga dianugerahkan kepada Faseeh Fardha binti Firdaus dari Sekolah Tun Fatimah dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 400, piala, sijil pencapaian dan cenderamata barang tajaan.

Pihak Jawatankuasa PPTK’24 turut mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Y.S.P Industries (M) Sdn. Bhd, Goodmorning Global Sdn. Bhd, BookDoc, Book Cafe dan New Era Enterprises Sdn. Bhd.


Sebarang persoalan dan pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh didapati melalui Shakir Zuhairi Mangsor, Timbalan Pengarah Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2024 di pptk24@gmail.com