Hadis tersebut menunjukkan saranan Islam kepada umatnya untuk menzahirkan nikmat rezeki dan kemewahan yang dikurniakan Allah. Walaupun begitu, ia perlu dizahirkan secara sederhana, penuh ketakwaan dan tidak berlebih lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan perhiasan yang ada sehingga boleh mengundang fitnah dan mengakibatkan dosa, khususnya apabila dizahirkan kepada umum melalui hantaran media sosial.
Bukan lagi godaan syaitan dan hawa nafsu sahaja, tetapi diuji dengan peperangan yang panjang, penindasan, pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan kediaman dan harta benda yang boleh dikatakan sebagai satu penjajahan moden terhadap rakyat Palestin. Apa yang mereka hadapi adalah lebih dasyat dan teruk.
Sebagai masyarakat Malaysia yang menyambut Aidilfitri selama sebulan, kita sering terjebak dalam perangkap perbelanjaan berlebihan semasa sambutan perayaan ini. Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menguruskan kewangan kita dengan bijaksana.
Di dalam menyambut hari raya, wujud isu pulang beraya di kampung siapa yang boleh menyebabkan salah faham dalam kalangan pasangan suami isteri dan ahli keluarga. Seringkali kita dengar di awal bulan puasa sudah bermulalah perbincangan hendak pulang beraya di mana. Kampung suami atau kampung isteri? Sekiranya perbincangan tidak berjalan dengan baik, tidak pelik apabila suami mungkin akan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan manakala isteri akan beralah. Persoalannya adalah perlu untuk para isteri terus beralah dan merajuk hati?
Tarikh 1 Syawal disambut setiap tahun dengan penuh meriah demi meraikan kemenangan umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan meraikan kemenangan dalam melawan musuh nombor satu – hawa nafsu. Jihad melawan nafsu ini dibantu dengan senjata-senjata ibadat yang hebat, terutamanya puasa – dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama kurang lebih 30 hari.