Kebiasaannya di mana-mana majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya, jamuan sudah pastinya dipenuhi pinggan, cawan, sudu dan garfu plastik yang disediakan untuk para tetamu menjamah hidangan. Selain memberi kemudahan kepada pihak tetamu dan tuan rumah, penggunaan barangan plastik sekali guna sebenarnya memberi kemudahan kepada pihak penyedia makanan dari aspek logistik dan kos penyediaan.
Walaupun perayaan Aidilfitri telah pun berlalu pada 10 April yang lalu, namun di Malaysia, jemputan rumah terbuka sempena perayaan tersebut masih giat dijalankan sepanjang bulan Syawal.
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Madani yang bertamadun tinggi, kita perlu menganyam perpaduan kita dengan berhati-hati seperti mana kita menganyam ketupat yang berbentuk empat segi. Dan setiap penjurunya mestilah mewakili empat asas perpaduan negara: Agama, Raja, Bangsa, dan Bahasa.
Raikanlah kemuliaan Syawal dalam batasan yang dibenarkan syarak agar Syawal yang diraikan mendatangkan keberkatan dengan menambah kesihatan dan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, mendapat keampunan, serta dimasukkan dalam syurga Allah SWT.
Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka umat Islam seluruh dunia akan beralih kepada puasa enam di bulan Syawal. Ini kerana puasa ini mempunyai kelebihan yang amat banyak sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud