2 February 2023

Work Life Balance punca waktu kerja anjal popular dalam kalangan pekerja wanita

Featured

Kisah minggu ketigabelas

Sehari sebelum warga kampus mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pasukan kami sempat menjengah Fakulti Kejuruteraan untuk merakamkan suasana kampus.

Memperkasakan ta’aruf, tafahum dan tasamuh dalam Masyarakat MADANI di Malaysia

Masyarakat majmuk terbentuk di Malaysia melalui sejarah yang panjang. Ia merupakan ciri keunikan tempatan kerana kejayaan menghasilkan miniatur Asia yang mempunyai komposisi pelbagai bangsa utama Asia seperti Melayu, Cina dan India. Takdir sejarah ini perlu diterima dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Let’s craft an ideal 21st century city out of KL

Kuala Lumpur, the capital of Malaysia, has a rich history dating back to the late 1800s. It began as a small tin-mining settlement in the 1850s and was granted city status in 1972. During the late 19th and early 20th centuries, Kuala Lumpur developed rapidly as a centre of tin mining and trade, leading to increased immigration and economic growth.

Normalisasi sembang lucah: Mengemis perhatian murahan

Walau bagaimanapun, banyak unsur gurauan atau lawak jenaka dewasa ini yang berbaur lucah atau mempunyai maksud tersirat dilihat semakin berleluasa dan parah.

Ibu bapa pendamping tumbesaran anak-anak zaman digital

Teknologi telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, terdapat juga kesan negatif ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja.

Share

Oleh: Prof. Madya Dr. Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi

Menuntut ilmu merupakan kewajipan kepada semua orang tidak kira lelaki dan wanita (Riwayat Bukhari). Justeru, ilmu tersebut perlu dimanfaatkan di alam pekerjaan. Tuntutan majikan dan rumahtangga amat mencabar minda dan mental ramai pekerja wanita. Justeru, work life balance merupakan idaman para wanita yang mahu berjaya dalam pekerjaan dan rumahtangga. Dengan keseimbangan ini, para wanita dapat bebas daripada tekanan yang menyekat mereka dari memberi sumbangan yang terbaik kepada majikan dan keluarga.

Dewasa ini didapati angka wanita belajar di universiti meningkat lebih ramai daripada lelaki. Ini mungkin disebabkan oleh sikap wanita yang rajin, sabar dan gigih. Sejak kecil, mereka diasuh dengan kerja rumah seperti membantu ibu memasak, mengemas, melipat kain dan menjaga adik-adik.

3 women sitting on chair
Jumlah wanita melebihi lelaki di banyak sektor. Gambar hiasan dari Unsplash.

Walaupun ramai wanita yang berpendidikan tinggi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, angka wanita bekerja adalah kurang (55.6%) daripada lelaki (80.9%). Ini mungkin disebabkan oleh pekerja wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih berat iaitu menjaga anak-anak yang masih kecil. Wanita juga menghadapi masalah kesihatan dan emosi dalam memberi tumpuan terhadap pekerjaan ketika mereka mengandung. Tambahan pula, cuti bersalin yang panjang menyebabkan majikan sering mengatakan wanita sebagai tidak komited dalam pekerjaan mereka dan ini menyebabkan perkembangan kerjaya mereka terganggu.

Justeru, pekerja wanita memerlukan kesimbangan antara pekerjaan dan rumahtangga yang dikenali sebagai work life balance. Pekerja wanita mengalami masalah dan kesukaran dalam mengimbangi peranan mereka sebagai ibu, isteri, pekerja dan anak pada masa yang sama. Dengan work life balance, konflik peranan ini dapat diminimakan. Ini penting agar mereka dapat memberikan tumpuan yang sama baik kepada majikan dan rumahtangga mereka.

Wanita menghadapi masalah dalam keseimbangan antara kerja dan kehidupan disebabkan wanita terbeban dengan kerja rumah dan menjaga anak-anak yang masih kecil atau menjaga ibu-bapa yang sakit. Tambahan pula, pasangan mereka juga turut bekerja dan memerlukan mereka memberi tumpuan lebih kepada pekerjaan mereka. Sekiranya suami mereka merupakan bread-winner yang paling menyumbang kepada perbelanjaan di rumah, kebiasaanya, pekerja wanita akan mengalah untuk berhenti kerja. Kos penjagaan anak yang mahal dan jurang pendapatan menjadi faktor mengapa ramai pekerja wanita berhenti kerja dan duduk di rumah.

Waktu kerja anjal merupakan satu bentuk kerja fleksibel yang paling popular dalam kalangan pekerja wanita di mana mereka boleh memilih masa tertentu untuk hadir di pejabat. Ia dilaksanakan oleh sektor awam dan juga swasta. Selain daripada itu, bekerja dari rumah, berkongsi kerja dan pemampatan kerja mingguan juga merupakan antara bentuk kerja fleksibel yang boleh diperkenalkan dan dilaksanakan oleh majikan.

Dengan pengenalan dan perlaksanaan waktu kerja anjal, pekerja wanita tidak merasa tertekan untuk hadir bekerja dan mereka merasa seronok untuk bekerja. Justeru, mereka akan bermotivasi dan bekerja dengan lebih tekun dan gigih. Tambahan pula, anak-anak mereka tidak akan merasa kehilangan ibu mereka. Kesibukan lalu-lintas juga merupakan masalah yang dihadapi oleh pekerja wanita yang menyebabkan masa mereka banyak dihabiskan di jalan raya. Ini berlaku terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Justeru, dengan waktu kerja anjal ini, pekerja wanita dapat melaksanakan dan menyelesaikan tugas mereka di rumah sebelum dan selepas mereka ke pejabat. Mereka juga dapat menghantar anak mereka ke sekolah malah dapat ke bank atau ke supermarket membeli barangan dapur dan barangan keperluan.

Tambahan pula, syarikat antarabangsa seperti Shell terutamanya jabatan perniagaan global dan pasukan global sangat peka dengan waktu kerja anjal kerana mereka memerlukan pekerja yang dapat berurusan dengan ibu-pejabat di Amerika ataupun Eropah yang berlainan zon masa.

woman in black and white striped long sleeve shirt carrying baby in blue onesie
Waktu kerja anjal membolehkan wanita meneruskan kerjaya walaupun dengan tanggungjawab berkeluarga. Gambar hiasan dari Unsplash.

Waktu kerja anjal ini didokong oleh Akta Kerja (Pindaan) 2022 yang mengurangkan waktu kerja wanita daripada 48 jam kepada 45 jam. Dengan pengurangan ini, pekerja wanita akan menjadi lebih produktif dan kualiti kerja akan meningkat. Mereka juga akan kurang mengambil kerja lebih masa, cuti sakit dan dapat memberi tumpuan kepada pekerjaan dengan lebih baik. Pendek kata, ketidakhadiran pekerja wanita akan berkurangan dan pengekalan pekerja wanita akan meningkat.

Tidak hairanlah mengapa work life balance merupakan pilihan wanita bekerjaya. Menerusi waktu kerja anjal, pekerja wanita dapat bebas daripada tekanan dan dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Pekerja wanita merupakan modal insan dan aset kepada organisasi. Ini kerana tanpa mereka, organisasi tidak akan menjadi pelbagai. Kepelbagaian adalah penting dalam percambahan minda di organisasi dan pembuatan keputusan yang terbaik. Ini penting bagi kedayasaingan organisasi sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di amieazmi@um.edu.my