4 October 2024

Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff

Featured

Antara tuntutan kekeluargaan dan ketetapan fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah...

Seimbangkan keduanya, mahasiswaku

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan...

ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad...

Influencer, I am

By Halima Saadiah Education has long been the foundation for...

Hanya al-Quran penyelamatmu

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran...

Share

“Percaya atau tidak, saya sebenarnya seorang yang pemalu semasa bergelar mahasiswa UM dahulu. Saya tidak berapa pandai bergaul dengan pelajar lain sebenarnya, maklumlah kerana kita ni anak petani,” katanya memulakan sesi perbualan kami tempoh hari, sejurus penganugerahan Tokoh Maal Hijrah 1444H Peringkat Wilayah Persekutuan.

Mengetahui kepetahannya berkata-kata dan melontarkan hujah, dan pada masa yang sama mengemudi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPPUM) di zaman mudanya dahulu, pendedahan ini sama sekali tidak kami percayai.

Menyedari kami tersenyum sinis sesama sendiri, Dato’ Prof. Dr. Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff pantas menyambung, “Namun, tidak dinafikan penghijrahan secara peribadi juga berlaku kepada semua orang, termasuklah saya sendiri. Untuk saya, ada empat hijrah peribadi yang saya kira signifikan dalam pembentukan seorang Zulkifli yang anda lihat pada hari ini,” katanya sambil tersenyum.

Meneruskan penerangannya, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkongsi mengenai hijrah pertamanya ketika mula-mula bergelar pensyarah dahulu, di mana beliau berjaya memperkenalkan enviromen Islamik di dalam urusan audit dalaman universiti, ketika menjadi sebahagian daripada Unit Pengurusan dan Jaminan Kualiti (QAMU).

“Hijrah kedua saya berlaku semasa saya bertugas sebagai Pengarah Akademi Pengajian Islam UM (APIUM), di mana saya melaksanakan inisiatif pengantarabangsaan secara agresif, berkat galakan dari Naib Canselor ketika itu, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon. Pelbagai kolaborasi ini telah meningkatkan jumlah penerbitan makalah di dalam jurnal antarabangsa berwasit, dan hasilnya berjaya meletakkan APIUM di mata dunia,” kata alumni jurusan Usuluddin ini dengan bangga.

Sambil matanya melirik ke arah tafsir al-Qur’an yang tersusun rapi di rak buku bersebelahan mejanya, Prof. Zulkifli menambah: “Hijrah ketiga dan keempat peribadi saya adalah berkaitan dengan penyelidikan saya mengenai kitab suci al-Qur’an ini sendiri. Melalui Pusat Penyelidikan al-Qur’an (CQR), saya berhasil menarik minat pelajar antarabangsa untuk mula datang dan menyambung pengajian di APIUM.

Manakala melalui Institut Pengajian Al-Qur’an (IPAQ) yang saya asaskan pula, saya mula mendekati masyarakat hingga ke pedalaman Sabah dalam jihad saya membasmi buta huruf Qur’an. Melalui kaedah yang dibangunkan, seorang yang langsung tidak mengenali huruf al-Qur’an, akan mampu membaca al-Qur’an dalam masa 28 jam kursus sahaja,” terangnya lagi.

Menariknya, antara usaha kerjasama CQR adalah bersama penyelidik Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membangunkan kaedah pengajaran al-Qur’an untuk anak-anak autistik dan pekak.

black and gold floral tube
Penyelidikannya mengenai al-Quran telah membuahkan pelbagai kerjasama dengan pelbagai pihak (Gambar ihsan Unsplash)

“Rasanya sudah cukup maklumat untuk buat buku biografi saya ni,” kata Prof. Zulkifli, tersenyum memandang kami.

“Pastikan diletakkan mutiara kata Arab ini di mukasurat pertama ya: ‘Setiap insan yang mempunyai penglihatan mampu melihat cahaya, namun tanpa cahaya, tiada insan yang dapat melihat walaupun mempunyai penglihatan’,” kata tokoh agamawan ini.

“Jom kita minum fresh orange; saya belanja. Haus pula saya ditemuramah sambil pura-pura membaca buku tafsir begini,” katanya bersahaja.

Menoleh ke arah Latimin Keman, jurufoto kami yang akan pencen pada tahun hadapan, dia bertanya:

“Oh ya, kamu sudah khatam Qur’an berapa kali, ya?”

Interview by Mohd. Julian Borhanuddin. Photos by Latimin Keman.