7 May 2026

Nur Izzati Norazmi

Featured

Merenung

Realiti pahit pesara tanpa perancangan kewangan Oleh Dr. Nurulhuda Ahmad...

Adapting

Why science diplomacy must evolve or perish By Professor Dato...

Aesthetics

Street art is rewriting Kuantan’s story By Associate Professor Dr...

Tenang

Beradab bila berbeza pandangan, usah berlagak pakar Oleh Dr. Nurul...

Evolving

How the NSRF is forcing ESG to grow up By...

Share

“Dari kecil memang saya berminat untuk menggabungkan sains bersama pengajian al-Quran, sunnah serta hadis,” ini yang diungkapkan oleh Nur Izzati Norazmi, pemenang tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 yang diadakan di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru pada 12-17 Jun.

Pelajar jurusan sains gunaan pengajian Islam di Akademi Pengajian Islam UM ini pernah mengambil bahagian di dalam pertandingan yang sama kira-kira 5 tahun yang lalu, namun tidak berjaya menempatkan dirinya di kalangan para pemenang.

“Kali ini, berkat sokongan dan doa ibu bapa, sahabat dan guru-guru, saya telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga kategori hafazan juzuk 1 hingga 10,” kata anak jati Kuala Lumpur ini yang mengambil masa 2 tahun untuk mempersiapkan diri bagi pertandingan ini.

Ketika ditanya mengenai sambutan Aidiladha, Nur Izzati mengongsikan kata-kata emas ini: “Saya pasti pengorbanan setiap daripada kita dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberi akan membuahkan hasil jika disertai dengan niat yang ikhlas dan usaha yang sungguh-sungguh.”

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

📸 Mohd. Fadhli Yong for CCO