23 June 2024

Eizuandie Mohd. Azmi

Featured

Ragbi kita perlu naturalisasi

Siapa tahu, satu hari nanti mungkin pasukan Bunga Raya juga mampu membuat kejutan sebagaimana dilakukan oleh pasukan naturalisasi UAE (ranking ke-73 dunia) yang mengalahkan Korea Selatan (ranking ke-33 dunia, ke-3 Asia) dengan mata 36 berbalas 32 di ARC 2024?

For you is yours

A human being, irrespective of his or her faith, can be treated justly as long as their human needs are concerned.

Exploring our own Renaissance

The Renaissance, a period of rebirth in arts, science, and culture from 1359 to 1600, was a time when society celebrated versatility. This era saw the emergence of polymaths—individuals who excelled in multiple fields. Leonardo da Vinci, one of the most iconic figures of the Renaissance, epitomised this ideal.

Menghargai seorang bapa

Dalam institusi keluarga, bapa memainkan peranan yang penting. Ibaratnya bapa merupakan nakhoda yang mengemudi bahtera sebuah rumahtangga di samudera institusi keluarga.

Berkorbanlah, demi mendidik hati

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap tahun, umat...

Share

“Diam tak diam, sudah 27 tahun rupanya saya berkhidmat di universiti tertua negara ini,” kata Encik Eizuandie Mohd. Azmi, 47, Pembantu Operasi N11 yang segak bertanjak ketika ditemui baru-baru ini.

Sebahagian besar tempoh perkhidmatannya dihabiskan di Muzium Seni Asia dan Galeri Seni Universiti Malaya, di mana anak jati Teluk Intan (Teluk Anson ketika itu) ini telah mengharungi pelbagai pengalaman yang menarik.

“Walaupun saya sekeluarga telah didedahkan dengan aktiviti seni dari awal oleh arwah adik dan ayah, terutamanya silat, batik, dan gamelan; namun semasa di UM-lah saya berpeluang mendalami kesemua cabang seni ini, di samping mencuba pelbagai aktiviti lain di kampus,” kata ayah penyayang kepada empat cahaya mata ini.

Selain aktif di dalam Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia, Eizuandie, atau Wandi di kalangan rakannya, juga diberi peluang mengajar pelajar antarabangsa asas mencanting dan mewarna batik, dan asas bermain gamelan.

“Paling tidak dapat dilupakan ialah apabila saya diminta untuk mengajar 5 orang pelajar Korea memainkan dua lagu tradisional menggunakan gamelan dalam masa seminggu!” katanya mengimbau kenangan. Lagu-lagu yang dimaksudkan, ‘Lenggang Kangkung’ dan ‘Wau Bulan’ juga merupakan lagu yang sama dipersembahkan Ezuandie dan pasukan gamelan UM semasa menyambut ketibaan Raja Perempuan Thailand di Fakulti Undang-undang UM pada 2012.

Selain bidang seni, yang turut mencakupi minat di dalam nyanyian dan pengacaraan, Eizuandie juga berbakat bermain bolasepak, futsal, dan terkini, footgolf. Bakatnya pernah diiktiraf oleh Pusat Sukan dan Sains Eksesais UM sebagai Jurulatih Terbaik Futsal pada tahun 2009.

Harapannya hanya satu, iaitu terus diberi peluang untuk sama-sama berusaha mengharumkan nama UM dalam bidang seni tradisional. “Keunikan seni Melayu memang tiada tolok bandingnya, dan menjadi tugas kita untuk menonjolkannya kepada dunia.”

“Marilah kita fokus untuk memperbaiki diri sendiri dan sentiasa buat yang terbaik tanpa mengharapkan balasan, kerana dengan cara itu sajalah kita bukan hanya #ServingTheNation, tetapi juga #ImpactingTheWorld,” kata Eizuandie mengakhiri temubual.

Kepada anda yang ingin mempelajari buah kilas hadapan dan belakang Silat Cekak dengan lebih dekat, atau mungkin ingin memilih kasut terbaik untuk bermain futsal, bolehlah menghubungi sosok ini yang baru sahaja memulakan tugas di Fakulti Seni Kreatif di oned@um.edu.my.

📸 Photos by Mohd. Fazli Zainordin / CCO