11 November 2026

Kampung Kerinchiku

Featured

Execution

Budget 2027 can help small businesses survive. But can...

Growing up

When report cards become medical reports By Matthuri Palanee In many...

World-class

Give schools room to breathe. Only then can our...

Kemudahan

Pengangkutan awam di universiti bukan lagi pilihan, tetapi keperluan Oleh...

Mulia

Mengembalikan akhlak dalam masyarakat digital Oleh Mohd Shahrizal Bin Faizal Kemajuan...

Share

Anda mungkin tahu yang Kampung Kerinchi atau juga dikenali dengan Bangsar South, yang sangat hampir dengan Universiti Malaya, asalnya dinamai Kampung Abdullah yang kemudian bertukar kepada nama Kampung Kerinchi.

Namun tahukah anda siapa yang membuka kampung ini pada asalnya, dan apakah kaitannya dengan Kabupaten Kerinci di Provinsi Jambi, Sumatera, Indonesia?

Menurut Prof. Dr. Hanafi Hussin, Dekan Fakulti Seni Kreatif UM, Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur ini sememangnya dibuka oleh orang-orang Kerinci yang berasal dari Sumatera, sekitar penghujung kurun ke-18. “Ketika itu Tanah Melayu sudah mula menerima kehadiran penghijrah dari kawasan serantau bagi memenuhi keperluan pekerja untuk pelbagai sektor sosioekonomi,” katanya.

Menariknya, hubungan di antara generasi mereka yang merantau ke negara ini dengan komuniti asal orang Kerinci di Sumatera, tidak pernah terputus sehingga hari ini. “Keakraban ini secara langsung telah menjadi alat terpenting dalam usaha mereka memelihara adat dan budaya orang Kerinci ini agar tidak hilang ditelan arus zaman,” tambah mantan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM ini lagi.

“Setiap minggu kanak-kanak dan anak-anak muda serta orang tua mereka di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, akan menyertai latihan kebudayaan dan kesenian khususnya tarian dan muzik orang Kerinci, yang dikendalikan sepenuhnya oleh kumpulan pewaris Kerinci yang berasal dari Tanjung Tanah, Kerinci, Indonesia. Mereka dalam usaha mendaftarkan perkumpulan ini dengan nama Persatuan Tiga Luhak Tanjung Tanah di Malaysia.

Selain bagi tujuan persediaan untuk mana-mana majlis keraian, aktiviti sebegini sebenarnya adalah kaedah asas bagi sesebuah komuniti melestarikan budaya mereka,” kata Prof. Hanafi sambil menunjukkan foto-foto yang diambilnya ketika menyertai program budaya bersama masyarakat Kampung Kerinchi, baru-baru ini.

Sebagai institusi pengajian tinggi yang paling hampir dengan mereka, tentunya banyak yang boleh UM perolehi dengan mendekati komuniti yang dikenali mesra ini.

Seraya menutup telefonnya, Prof. Hanafi tiba-tiba memberi cadangan yang sukar untuk kami tolak: “Ada pasport? Jom ikut saya ke festival budaya mereka di Sumatera pada bulan November nanti.”

Kerinci, kau tunggu aku datang!

📸 Profile photos from CCO. Other photos from personal collections of Prof. Dr. Hanafi Hussin.

Previous article
Next article