23 September 2026

Adibi Rahiman Mohd. Nor

Featured

Closer

Have we really been listening? By Dr. Wan Afiqah Anis...

Carrying

The things we cannot see By Nahrizul Adib Kadri A few...

Mekar

Membawa semangat muhibah kita ke China Oleh Norhafiza Roslan Jarak yang...

Books

The blue shirt I never wore By Ng Kwan Hoong As...

For them

Protecting the paradise we sell By Redza Zakaria, Dr. Mohd...

Share

Dr. Adibi Rahiman Mohd. Nor merupakan penyelidik rumpai laut yang aktif di Malaysia dan luar negara. Sejak bertugas di Jabatan Perikanan pada 2000an, beliau diberi tanggungjawab menyelia industri rumpai laut di Malaysia, terutamanya di Semporna, Sabah yang sudah pun memulakan industri ini sejak tahun 1978.

Walau bagaimanapun Dr. Adibi melihat terdapat potensi untuk menambahbaik industri, terutamanya dari aspek piawaian penanaman dan penerokaan produk hiliran baru.

Rumpai laut, selain mempunyai khasiat anti-oksidan dan serat sebagai sumber pemakanan alternatif yang sihat, juga mengandungi carrageenan yang banyak digunakan sebagai pengawet makanan dan pembuatan kosmetik. Industri ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk diteroka, baik upstream atau downstream.

Hasil penyelidikannya setakat ini bersama pengusaha di Muar, Johor dan Kelantan telah berjaya menaikkan nilai komersial rumpai laut ini kepada RM100 sekilogram, berbanding RM1 sekilogram sebelum ini. Beliau yang turut dikenali sebagai Dr. C+Weed di media sosial kini mempunyai produk rumpai lautnya sendiri yang dijenamakan sebagai Saraiy (boleh beli di sini: https://nuok.orderla.my/saraiy).

Dr. Adibi juga dalam perancangan kerjasama bersama JKR untuk geran PPRN bagi memajukan proses pengeringan rumpai laut.

DR. ADIBI RAHIMAN BIN MD NOR
Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya
adibi@um.edu.my
https://facebook.com/DRCWEED/