21 September 2024

Ahmad Hazmi Saibudin

Featured

Reducing the impact of landslides

By Dr Mohd Talha Anees Almost half of Peninsular Malaysia...

Mengukur kemiskinan asnaf dengan tanda aras multidimensi

Oleh: Dr. Muhammad Nooraiman Zailani Isu kemiskinan amat sukar untuk...

Let’s go for smarter healthcare to stop heart attacks

By Assoc. Prof. Dr. Khor Sook Mei Heart attacks remain...

The treasure in non-coding RNAs

By Assoc. Prof. Dr. Lim Yat Yuen For decades, scientists...

He is the epitome of a leader

By Mohammad Tariqur Rahman The leadership qualities of Prophet Muhammad...

Share

Suasana malam di kampus Universiti Malaya tetap hidup, walaupun di bulan Ramadan. Jika kebiasaannya kuliah diadakan pada sebelah siang, namun untuk pelajar pascaijazah mod kerja kursus, kuliah mereka diadakan di luar waktu pejabat, termasuklah di hujung minggu.

Kami sempat beramah mesra dengan sekumpulan pelajar Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (FPE), baru-baru ini. Selain berbuka puasa bersama, kami juga berpeluang meninjau keadaan mereka di dewan kuliah.

Salah seorang daripada mereka, Ahmad Hazmi Saibudin, setuju untuk ditemubual. “Yalah, bukan selalu masuk media sosial UM kan,” balasnya mesra sambil tersenyum.

Berasal dan menetap di Klang, Selangor, Hazmi berulang alik ke UM setiap Isnin, Rabu, dan Khamis untuk mengikuti kuliahnya di FPE. “Memang rutin hidup saya berubah sejak Oktober 2022, bila saya mendaftar untuk mengikuti program sarjana ini.

Nak kata mencabar, memang mencabar dari segi mental dan fizikal; tapi saya anggap ini sebagai sebahagian daripada usaha saya menuntut ilmu, yang pastinya mempunyai keberkatan tersendiri.

Lagi pun orang kata ‘alah bisa tegal biasa’, jadi perjalanan harian yang jauh itu sudah tak terasa sangat sekarang. Walaupun memang terdapat peningkatan kesesakan jalan raya yang sangat ketara di bulan Ramadan berbanding hari-hari biasa, namun tidak melemahkan semangat saya untuk menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur 3 hari seminggu,” terang anak bongsu di dalam keluarga ini, dengan penuh semangat.

Hazmi yang bertugas sebagai Eksekutif Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ini bercadang untuk menyambung pengajiannya di peringkat kedoktoran, sebaik tamat pengajiannya.

Ditanya jika akan menyambung pengajiannya kelak di UM, Hazmi sekadar tersenyum, dan bertanya, “Mengapa tidak?”

Biar pun anak muda ini baru sahaja berada di dalam semester kedua pengajian, namun kekentalan jiwanya menjadi bukti kejayaan penanaman nilai teras universiti di dalam dirinya. Positif dan yakin dengan kebolehan dirinya untuk menggapai cita-cita, kisah Hazmi ini mungkin ada sesuatu yang boleh kita sama-sama renungi dan pelajari.

Jom ikuti rakaman video ringkas perbualan kami yang disediakan oleh Bahagian Perhubungan Media, Pusat Komunikasi Korporat UM:

📸 Gambar oleh Mohd. Fadhli Yong @mohdfadhliyong untuk CCC (2023). Temuramah di lokasi oleh Maryam Haris Fadzilah.