15 April 2024

Kemurungan: musuh dalam diam?

Featured

Malaysia yang bagaimana akan kita tinggalkan kepada mereka?

Barangkali timbul persoalan pada benak sesetengah insan, cukup Muslimkah kita ini apabila mampu menunjukkan kemarahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan agama sendiri?

Is it not a trial for us too?

Yet, our brothers and sisters in Palestine, the esteemed land of the prophets and the Night of Ascension of Prophet Muhammad to the heavens, as described in the Quran: “Glory be to the One Who took His servant Muhammad by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque whose surroundings We have blessed, so that We may show him some of Our signs” (Surah al-Isra, 17: 1), deserve our solidarity.

15 tip berhari raya penuh adab dan etika

Tarikh 1 Syawal disambut setiap tahun dengan penuh meriah demi meraikan kemenangan umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan meraikan kemenangan dalam melawan musuh nombor satu – hawa nafsu. Jihad melawan nafsu ini dibantu dengan senjata-senjata ibadat yang hebat, terutamanya puasa – dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama kurang lebih 30 hari.

Berilah kepada mereka yang benar-benar berhak

Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain.

Jadikan Ramadan refleksi perpaduan masyarakat majmuk Madinah

Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh umat Islam saban tahun lantaran begitu banyak keistimewaan dan kemuliaan yang dijanjikan bersamanya. Namun, tidak semua dari kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan seterusnya. Barangkali tahun ini adalah peluang terakhir untuk kita nikmati keindahan bulan Ramadan. Justeru, sebagai umat Islam kita mestilah memanfaatkan sebaik mungkin bulan Ramadan dengan memperbanyakkan dan menggandakan amalan kebaikan.

Share

Oleh: Dr Rozita Wahab

Kemurungan ialah salah satu masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dan menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Menurut pernyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara puratanya, terdapat kira-kira 3.8 peratus daripada populasi dunia mengalami masalah kemurungan pada setiap tahun, dimana 5.0 peratus daripadanya melibatkan individu dewasa. Berdasarkan data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 pula, terdapat hampir setengah juta rakyat, iaitu kira-kira 2.3 peratus penduduk dewasa di Malaysia mengalami gejala kemurungan. Walau bagaimanapun, golongan pakar percaya bahawa masih banyak kes kemurungan atau masalah kesihatan mental secara amnya yang tidak didiagnosis dan tidak dirawat pada masa ini.

Kemurungan atau depresi adalah satu jenis masalah kesihatan yang menyebabkan perubahan negatif kepada tiga aspek utama psikologi seseorang individu iaitu mental, emosi, dan juga tingkahlaku. Perubahan-perubahan ini boleh dilihat dan disedari oleh diri sendiri atau individu-individu rapat yang berada di persekitaran kita berdasarkan gejala-gejala tertentu.

Apabila seseorang mengalami masalah kemurungan, antara gejala mental yang boleh dikesan adalah individu tersebut mula memikirkan perkara-perkara negatif seperti memikirkan bahawa dirinya tidak berguna dan tidak bermakna kepada orang lain. Gejala emosi pula adalah apabila seseorang individu menjadi lebih mudah untuk berasa ‘irritated’ atau ‘jengkel’ dengan satu-satu perkara, sering mengalami perasaan sedih yang berpanjangan atau secara tiba-tiba, serta berasa putus asa dengan hal-hal dalam kehidupan. Selain itu, kemurungan juga boleh menyebabkan gejala fizikal seperti keletihan yang berpanjangan, tahap tenaga yang menurun, serta perubahan selera makan dan pola tidur.

Seterusnya, daripada sudut tingkah laku, individu yang mengalami gejala kemurungan juga menjadi lebih cenderung untuk menyendiri, kehilangan minat untuk melakukan aktiviti yang biasanya menjadi kegemaran, serta berkecenderungan untuk merosakkan atau menyakitkan diri sendiri, dengan mengambil ubat-ubat terlarang, dadah atau alkohol secara berlebihan. Bagi kes yang lebih ekstrem, individu yang mengalami masalah kemurungan juga berkecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, serta berkemungkinan untuk melakukan cubaan bunuh diri.

Masalah kemurungan mampu terjadi kepada seseorang individu disebabkan oleh pelbagai faktor, yang boleh diperjelaskan melalui dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah faktor biologi dan faktor luaran pula adalah faktor persekitaran seseorang individu. Faktor biologi adalah faktor genetik atau keturunan. Terdapat banyak kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh ahli akademik dan golongan pakar menjelaskan bahawa sejarah masalah kemurungan dalam keluarga boleh meningkatkan risiko bagi seseorang individu untuk berhadapan dengan masalah kesihatan mental yang sama. Selain itu, faktor dalaman juga merujuk kepada perubahan atau gangguan hormon yang berlaku di dalam badan seseorang individu.

Antara contoh faktor persekitaran pula adalah pengalaman sukar yang terjadi dalam kehidupan seseorang individu, seperti kehilangan atau kematian orang tersayang. Selain itu, antara faktor lain adalah apabila berlakunya perubahan rutin hidup yang drastik, yang membuatkan seseorang sukar menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan perubahan tersebut. Contohnya adalah ketika negara dilanda pandemik Covid-19 yang menyebabkan seluruh ahli masyarakat diarahkan untuk menjalani perintah berkurung. Bagi golongan ‘ekstrovert’ yang gemar melakukan aktiviti luar dan perlu sentiasa berhubung dengan orang lain, tempoh ini merupakan satu fasa dan pengalaman yang sulit bagi mereka. Seterusnya, masalah kemurungan juga boleh terjadi disebabkan trauma atau musibah yang terjadi dalam hidup seperti contohnya kemalangan, atau serangan fizikal mahupun seksual. Selain itu, antara faktor lain yang boleh membawa kepada masalah kemurungan adalah stres atau tekanan yang melampau. Contohnya adalah seperti tekanan di tempat kerja, masalah perhubungan dengan orang-orang di persekitaran, kehilangan pekerjaan, atau penderaan dalam rumah tangga. Selain faktor-faktor yang dijelaskan ini, terdapat banyak lagi faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan seseorang individu terdedah kepada masalah kemurungan. Malah, setiap individu adalah unik dan berbeza. Tahap ketahanan dan kekuatan mental dan emosi setiap individu juga adalah berbeza. Oleh itu, faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah kemurungan seseorang individu juga adalah pelbagai dan tidak sama.

Jika melihat kepada rawatan, masalah kemurungan ini adalah satu masalah kesihatan yang boleh dikawal dan diubati. Antara kaedah perubatan bagi masalah kemurangan adalah melalui pengambilan ubat-ubatan, menjalani sesi terapi bersama golongan profesional yang berkelayakan, serta dengan cara penjagaan kesihatan melalui pemakanan dan juga riadah. Kaedah rawatan terbaik yang boleh dilakukan oleh individu yang menghadapi masalah kemurungan adalah berdasarkan nasihat dan panduan yang betul daripada golongan profesional.

Bagi seseorang individu yang mengalami gejala-gejala kemurungan, terdapat beberapa langkah penting yang perlu dilakukan oleh mereka. Langkah pertama adalah individu tersebut perlu menerima hakikat bahawa dia berkemungkinan menghadapi masalah kemurungan. Individu yang bergejala tidak boleh menidakkan gejala-gejala yang dialaminya, hidup dalam fasa ‘penafian’, atau terus berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan lanjut. Langkah pertama ini adalah sangat penting kerana ia akan menjadi titik awal kepada langkah-langkah seterusnya. Antara punca yang mungkin menyebabkan seseorang individu tidak mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah kemurungan adalah disebabkan bimbang tentang stigma masyarakat atau tidak mempunyai pengetahuan berkaitan perkara ini.

Seterusnya, apabila individu tersebut menerima hakikat tentang gejala-gejala yang dialami, langkah kedua adalah dengan mendapatkan pertolongan daripada pihak-pihak tertentu, bermula daripada bantuan sokongan sosial daripada individu terdekat di persekitaran mereka dan diikuti dengan bantuan daripada golongan profesional. Bantuan ini adalah amat penting kerana individu yang mempunyai gejala kemurungan memerlukan sistem sokongan sosial yang baik sepanjang tempoh mereka melawan penyakit ini, terutamanya bagi kes-kes kemurungan yang berada di tahap kritikal. Bantuan golongan profesional pula penting untuk memastikan pesakit mendapatkan rawatan yang berkesan dan sentiasa berada dalam pemantauan.

Langkah seterusnya, jika individu tersebut disahkan menghadapi masalah kemurungan oleh golongan pakar, mereka perlu patuh dalam mengikuti segala rawatan yang dicadangkan oleh golongan profesional, seperti menjalani terapi serta mengambil semua ubat-ubatan yang dibekalkan. Langkah-langkah ini bukan sahaja penting kepada individu yang mengalami masalah kemurungan tetapi turut signifikan kepada individu rapat yang berada di persekitaran yang ingin membantu pesakit.

Secara kesimpulannya, kemurungan boleh menjadi “musuh dalam diam” hanya apabila kewujudan masalah ini ‘dinafikan’ atau tidak disedari, diabaikan atau dipandang ringan, dan tidak dirujuk kepada golongan profesional. Walau bagaimanapun, jika gejala kemurungan ini disedari awal dan seterusnya didiagnosis, masalah kemurungan akan menjadi “musuh nyata” yang boleh dikawal dan dirawat. Justeru itu, adalah amat penting bagi setiap ahli masyarakat untuk sentiasa peka, peduli, dan prihatin dengan segala perubahan mental, emosi dan tingkah laku diri sendiri serta perubahan yang berlaku kepada individu-individu yang berada di persekitaran kita. Keprihatan setiap ahli masyarakat berkaitan isu kesihatan mental sebegini bukan sekadar mampu membentuk masyarakat yang sejahtera tetapi mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di rozita_wahab@um.edu.my