3 October 2023

Chinnamah Anthony

Featured

Abdull Zainol

Dan pada Februari tahun ini, Pembantu Tadbir N22 Fakulti Pergigian ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2022 bagi Anugerah Khas Khidmat Bakti untuk staf bukan akademik.

The debate debacle

There is thus a need to maintain the quality of debate competitions nationwide because it is a platform that creates capable and intelligent young leaders with skills that translate to the workplace and the capacity to make positive changes to the nation.

Tidak berlambak, jika pandang ke depan

Kepakaran dan ikhtisas pendidikan sebenarnya turut diperlukan dalam semua sektor kerjaya, selagi mana elemen pembangunan manusia itu diperlukan; baik di sektor perladangan, pembuatan, perkhidmatan, dan lain-lain.

Mashitah Ab. Razak

“Saya yakin, dengan momentum ini, satu hari nanti ULK bakal bergelar johan SUKMUM dan FESENI pada tahun yang sama, sebagaimana yang telah dilakukan oleh KK12 pada sesi 2018/2019,” kata penggemar laksa ini, sambil tersenyum manis.

Agihan keuntungan bersasar perlu jadi keutamaan TH

Oleh: Dr Mohamed Hadi Abdul Hamid, Dr Mohd Zaidi...

Share

Siapa sangka ibu kepada empat orang cahaya mata ini sudah berkhidmat sejak 1979 di Universiti Malaya!

Puan Chinnamah Anthony yang berasal dari Kajang, Selangor menghabiskan lebih empat dekad hidupnya di UM dengan bertugas sebagai sebahagian daripada pasukan pembersihan di pelbagai lokasi.

Bermula dengan Pusat Bahasa (kini Fakulti Bahasa dan Linguistik), beliau kemudiannya ke Fakulti Undang-undang, Pusat Asasi Sains (merangkumi bangunan Rumah Universiti), dan kini di Bangunan Canseleri. Bersama-sama dengan lebih kurang 10 orang rakannya, mereka bertanggungjawab memastikan tandas, tangga, dan ruang persekitaran pejabat di Bangunan Canseleri sentiasa bersih dan tersusun rapi.

“Saya bangga kerana bertugas di universiti terbaik negara ini. Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi, dan tiada anak-anak saya yang melanjutkan pengajian di sini, saya tetap gembira kerana khidmat saya dan rakan-rakanlah yang memastikan semua orang dapat belajar dan bekerja dengan selesa,” katanya lagi.

Setiap hari, kumpulan ini akan bersama-sama menikmati juadah makan tengahari di bilik pantri aras bawah, Bangunan Canseleri. “Kami bawa bekal setiap hari untuk dimakan bersama. Lebih meriah dan enak bila makan beramai-ramai begini, terutamanya bila ada yang membawa kari ikan dan sambal ikan bilis,” tambahnya, sambil menjeling ke arah rakannya yang tersipu malu di sebelah.

Bakal bersara pada tahun 2023, Puan Chinnamah ada sedikit pesanan kepada semua warga UM: “Tak kira apa status dan jawatan kita; baik pelajar, pensyarah, pegawai, mahu pun staf sokongan, universiti ini mampu untuk terus cemerlang jika setiap daripada kita sentiasa yakin dengan kebolehan masing-masing, dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga tugas yang dilakukan. Janganlah suka mencari salah orang lain, sebaliknya kita sama-sama saling bantu membantu.”

Semasa gambarnya diambil, tiba-tiba Puan Chinnamah bertanya, “Encik, boleh bagi pantunkah?”

“Eh, mestilah boleh,” jawab Mohd. Fazli Zainordin, si jurufoto.

“Dengar ya. Pantun saya ini macam: ‘Biar tak ada gigi, janji kita happy!’” selorohnya sambil tersenyum memandang ke arah kamera yang tidak henti berketik merakam aksi bersahajanya.

📸 Photos by Mohd. Fazli Zainordin for CCO