4 October 2024

Ng Siew Cheok

Featured

Antara tuntutan kekeluargaan dan ketetapan fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah...

Seimbangkan keduanya, mahasiswaku

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan...

Influencer, I am

By Halima Saadiah Education has long been the foundation for...

ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad...

Hanya al-Quran penyelamatmu

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran...

Share

Lantaran saiz badannya yang kecil ketika bersekolah, Dr. Ng Siew Cheok telah memilih sukan catur sebagai sukan pilihan untuk aktiviti ko-kurikulumnya. “Saya tidak mengambil masa yang panjang untuk mempelajari peraturannya, dan apabila saya mula mengalahkan rakan-rakan sekelas, saya semakin seronok bermain catur,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM).

selective focus photography of chess pieces

“Saya mula berjinak-jinak dengan permainan catur ketika berumur tujuh tahun. Jadi, bila saya mampu mengalahkan pemain lain yang jauh lebih tua dan berpengalaman daripada saya, ia seolah-olah memberi suntikan motivasi yang sangat kuat untuk saya pergi lebih jauh lagi,” tambah Dr. Ng lagi sambil matanya mengerling ke arah set papan catur yang tersusun rapi di almari makmalnya.

Dr. Ng merupakan Pensyarah Kanan di UM, dan berkepakaran dalam bidang analisis isyarat fisiologi tubuh, yang meliputi isyarat otak (electroencephalography, atau EEG), jantung (electrocardiography, atau ECG), dan otot (electromyography, atau EMG). “Penyelidikan saya memerlukan seseorang itu fokus, kerana proses pengumpulan dan analisis data fisiologi ini memerlukan masa yang panjang. Jadi, latihan saya sebagai pemain catur sangat membantu,” katanya.

Atas kemahiran dan pengalamannya dalam permainan catur, Dr. Ng Siew Cheok telah dilantik sebagai jurulatih pasukan catur UM. “Selain membantu mereka secara langsung mempersiapkan diri untuk menghadapi lawan di pertandingan yang disertai, peluang menjadi jurulatih ini juga secara tidak langsung memberikan saya kepuasan yang tersendiri. Saya gembira kerana berpeluang melihat pelajar-pelajar UM ini menggilap potensi yang ada ke peringkat tertinggi, sehingga ada yang memperolehi rating setaraf pemain profesional antarabangsa,” kata peminat nasi lemak dan teh tarik ini dengan bangga.

Ditanya jika penyelidikannya dan rakan-rakan penyelidiknya di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM mampu menghasilkan sebuah robot pemain catur yang handal, anak kelahiran Johor ini hanya tersenyum dan berkata,

“Tiada yang mustahil.”

p/s: Untuk pemain catur yang inginkan kelainan apabila memulakan permainan, Dr. Ng mengongsikan set langkah pembukaan yang digemarinya: ‘Ruy Lopez’ jika putih, ‘Sicilian Defence’ jika hitam. Selamat mencuba!

📸 Profile photos by Mohd. Yani Alias for PPP. Chess photo by Randy Fath on Unsplash

Previous article
Next article