9 February 2026

Dayana, Syahmina dan Izdham

Featured

Healthier

We need smarter ways to keep people out of...

The right way

Corporate crime without economic sabotage: Why Malaysia is now...

Damaging

Slowing down the fast fashion crisis By Audrey Kang Nian,...

Kekal berjuang

Mengalah bukan menyerah kalah Oleh Nur Shahidah Pa'ad Dalam kehidupan yang...

Timely interventions

Smart audits and data analytics can combat public sector...

Share

Pagi itu kami terserempak dengan tiga sekawan ini yang sibuk mengusung tripod ke hulu dan ke hilir di Fakulti Kejuruteraan. Mereka kelihatan seperti bersedia untuk merakamkan sesuatu, lantas kami terus menegur:

“Nak rakam apa ni, dik?”

“Oh, kami ingin rakam video untuk tugasan kursus. Kami perlu rakam perbualan kami dalam Bahasa Mandarin, dan sedang cari lokasi yang sesuai untuk rakaman. Maklumlah rakam guna telefon pintar saja, jadi perlukan suasana yang senyap,” terang Nadhiratul Dayana Zaharuddin panjang lebar. Gadis dari Pahang ini kelihatan persis seorang pengarah atau penerbit filem dengan gayanya memegang erat tablet di sisinya.

Nadhiratul Dayana Zaharuddin

Mereka bertiga merupakan pelajar tahun kedua jurusan kejuruteraan awam, dan sedang menyempurnakan tugasan untuk kursus elektif yang diambil. Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar kejuruteraan, dan mereka dibenarkan untuk memilih mana-mana kursus yang diingini dari fakulti lain.

“Kami pilih untuk mempelajari bahasa Mandarin sebagai kursus elektif kerana ingin mencabar diri sendiri. Selain itu, kami juga ingin belajar sesuatu yang praktikal, terutamanya untuk persediaan pasaran kerja pada masa hadapan,” celah Nor Syahmina Fu, anak jati Sabah, yang bercita-cita menubuhkan firma rundingan kejuruteraannya sendiri pada suatu masa nanti.

Nor Syahmina Fu

Ditanya jika sudah fasih berbahasa Mandarin sementelah sudah pun memasuki minggu ke-13 Semester 1 sesi 2022/2023 ini, mereka bertiga hanya melihat sesama sendiri seraya tertawa.

Mewakili rakan-rakannya, Muhammad Izdham Ishak memberitahu yang mereka masih perlu memperbanyakkan latihan. “Maaf bang. Kami masih perlu banyak berlatih lagi. Terutamanya bercakap dengan rakan-rakan berbangsa Cina,” katanya sambil tersenyum dan membetulkan topi yang dipakainya.

Muhammad Izdham Ishak

Sebelum beredar setelah tamat merakamkan aksi mereka sebagai koleksi kami untuk suasana kehidupan kampus, Izdham tiba-tiba bertanya: “Abang tahu macam mana nak ucap Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Mandarin?”

“Eh, mestilah tahu. Gong Xi Fa Cai, kan?”

“Betul tu betul. Tapi maksud ayat ini adalah ‘Tahniah dan semoga anda bertambah makmur’. Kalau nak lengkap, abang kena sebut:

Xin Nian Kuai Ler, Gong Xi Fa Cai!”

Selamat Tahun Baru Cina dan menduduki peperiksaan akhir Semester 1, Sesi 2022/2023 diucapkan kepada semua pelajar Universiti Malaya.

📸 Photos by Mohd. Fadhli Yong @mohdfadhliyong for CCC (2023)