25 January 2025

Husna dan Vinodthini

Featured

Melurus kekeliruan Rejab

Oleh: Prof. Dr. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali Setiap kali...

For our tomorrow

Eco-Labelling in Malaysia and China: Strategies for environmental conservation...

Beware of them

By Prof. Dr. Siti Nursheena Mohd Zain School holidays in...

Our tour

By: Assoc. Prof. Sr Dr. Zuraini Md Ali Every corner...

Of inequities and injustices

By: Mohd Azhar Ismail, Dr. Mohd Istajib Mokhtar As the...

Share

Gadis dari Besut, Terengganu ini begitu teruja dengan majlis konvokesyennya yang akan diadakan secara fizikal sepenuhnya Disember ini. “Saya rasa sangat bersyukur dan gembira kerana kita semua akhirnya mampu meraikan hari yang penting ini bersama mereka yang tersayang di dewan keramat ini,” kata Husna Hafifah ketika ditemui semasa sesi pengambilan jubah di Bangunan Peperiksaan, baru-baru ini.

Bakal graduan jurusan ekonomi dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi ini sudah pun bekerja sebagai penganalisis data di sebuah firma di Petaling Jaya. “Kepada semua mahasiswa yang masih belum menamatkan pengajian, saya tetap galakkan anda untuk hadir ke Dewan Tunku Canselor bagi sama-sama merasai suasana konvokesyen yang sebenar.

Saya pasti anda akan merasakan aura motivasi yang kuat untuk terus berusaha menamatkan pengajian masing-masing dengan cemerlang kelak,” katanya tersenyum.

Husna

Seorang lagi bakal graduan dari Fakulti Kejuruteraan yang kami sempat temui juga telah pun bekerja, biar pun belum lagi mengikuti Istiadat Konvokesyen. Vinodthini Krishnan, bakal graduan Kejuruteraan Bioperubatan dari Fakulti Kejuruteraan, kini bertugas sebagai seorang ‘Clinical Application Specialist’ di sebuah syarikat swasta di Kelana Jaya, Selangor.

“Saya baru sebulan diterima bekerja. Namun saya bangga, kerana kursus yang saya ambil ini telah mempersiapkan saya untuk memulakan kerjaya saya di dalam industri peranti perubatan. Saya percaya segala ilmu yang saya perolehi semasa di UM, sama ada secara teori atau praktikal, akan menjadi bekal kepada saya membina kerjaya sebagai seorang jurutera bioperubatan yang berjaya,” katanya yang berasal dari Mentakab, Pahang ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa, ahli keluarga, pensyarah, dan semua yang terlibat di sepanjang tempoh pengajian saya di sini.

Tanpa anda semua, kejayaan ini tak akan jadi kenyataan,” kata Vinodthini, terharu.

Vinodthini

……
Kisah ini merupakan siri coretan ringkas dari temubual kami bersama bakal graduan Istiadat Konvokesyen ke-62 pada 5 hingga 13 Disember 2022.

📸 Gambar oleh Mohd. Fazli Zainordin @fazlizainor. Temubual oleh Latimin Keman.