21 September 2024

Jangan bersedih jika tidak cemerlang SPM

Featured

Reducing the impact of landslides

By Dr Mohd Talha Anees Almost half of Peninsular Malaysia...

Let’s go for smarter healthcare to stop heart attacks

By Assoc. Prof. Dr. Khor Sook Mei Heart attacks remain...

Mengukur kemiskinan asnaf dengan tanda aras multidimensi

Oleh: Dr. Muhammad Nooraiman Zailani Isu kemiskinan amat sukar untuk...

The treasure in non-coding RNAs

By Assoc. Prof. Dr. Lim Yat Yuen For decades, scientists...

He is the epitome of a leader

By Mohammad Tariqur Rahman The leadership qualities of Prophet Muhammad...

Share

Oleh: Dr. Mohd. Nazri Abdul Rahman

Sebaik keputusan SPM diumumkan, pelbagai reaksi tergambar pada setiap wajah anak-anak SPM. Ada yang gembira suka keriangan dengan pencapaian gred yang cemerlang. Usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang setimpal. Namun tidak kurang juga yang duka, sedih dan hilang kata-kata, setelah apa yang diusahakan tidak seperti yang diharapkan. Sesungguhnya, kegagalan lebih memeritkan bagi setiap anak-anak SPM ini. Ini kerana SPM merupakan Langkah pertama bagi seoarang murid sekolah keluar daripada sistem persekolahan formal / wajib di Malaysia. Justeru kegagalan ini memberi tamparan hebat bagai anak-anak ini untuk mencari arah tuju selepas SPM. Bagaimana membantu anak-anak ini untuk bangun dengan bergaya dan terus menyusun langkah untuk mengapai cita-cita.

red apple fruit on four pyle books
Keputusan SPM bukan penghujung pendidikan formal kita – Gambar hiasan Unsplash

Mungkin bagi sesetengah pelajar, mereka sangat jelas dengan laluan kerjaya setelah SPM namun sebahagian besar anak-anak SPM ini sangat berharap sokongan, bantuan dan bimbingan ibu bapa, guru dan komuniti untuk merencanakan Langkah buat mereka selepas SPM. Yang pasti ibu bapa yang menyedari potensi dan kelebihan anak-anak mereka pastinya telah mengatur pelbagai alternatif laluan kerjaya bagi anaknya. Walau bagaimanapun, tidak semua mempunyai peluang, ruang untuk mengakses maklumat ini bagi meneruskan kesinambungan pembelajaran anak-anaknya. Maka, panduan buat pelajar dan ibu bapa khususnya anak-anak lepasan SPM yang baru mendapat keputusan peperiksaan SPM. Sama ada cemerlang mahupun tidak, setiap anak-anak SPM mempunyai ruang dan peluang untuk menentukan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Terdapat pebagai saluran hala tuju pendidikan selepas SPM. Anak-anak SPM perlu mendapatkan maklumat yang lengkap dan jelas bagi setiap laluan kerjaya tersebut.

Persoalannya, mampukah anak-anak SPM yang gagal atau tidak cemerlang ini untuk meneruskan impian dan cita-citanya? Sudahlah keputusan SPM gagal, anak-anak SPM ini juga tidak mempunyai sebarang Skil Life Long Learning untuk kesinambungan pendidikannya. Adakah anak-anak SPM ini akan terus ketinggalan atau terpaksa melupakan impian dan cita-cita mereka? Usah risau dan jangan bersedih, bangkit dengan penuh bergaya. Ibu bapa jangan cepat berputus asa dan menyerah kalah, sebaliknya mengambil Tindakan proaktif untuk sama-sama dengan berbincang dan mula mencari jalan terbaik untuk masuk ke dalam bidang yang diminati oleh anak-anak atau memperkembangkan kemahiran diri anak-anak menerusi laluan pembelajaran yang ada.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, mampukan anak-anak SPM ini untuk bangkit dan terus mara ke hadapan dalam laluan kerjaya pilihannya? Disini dikongsikan tiga tindakan yang boleh disandarkan sebagai pilihan bagi anak-anak yang cemerlang mahu pun yang gagal.

Hala tuju pilihan pendidikan selepas SPM boleh disandarkan kepada tiga pilihan utama seperti berikut:

a. Meneruskan Pengajian dalam bidang pengajian yang diminati. Anak-anak SPM yang bercita-cita meneruskan hala tuju pendidikan dalam bidang akademik boleh mempertimbangkan keputusan SPM dengan kelayakan bagi setiap saluran berikut:

i. Tingkatan Enam – ini antara saluran pilihan utama sebahagian besar anak-anak SPM yang tidak mampu menyambung pelajaran ke tempat lain atau ingin berjimat belanja memesuki Foundation atau diploma. Atau ingin memperrbaiki keputusan SPM sebelum mereka memohon kerja dengan kerajaan. Habiskan pegajian selama 2 tahun, mereka dan terus memasuki university untuk mengikuti pengajian ijazah.

ii. Pengajian Asasi, Matrikulasi atau Diploma – Pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, pastinya akan berusaha untuk memasuki program asasi atau matrikulasi. Manakala sebahagian besar pelajar yang berpencapaian sederhana atau kurang akan memilih untuk membuat diploma. Menerusi Program Diploma, anak-anak SPM akan mula meneroka bidang yang diminati dan seterusnya meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam bidang tersebut. Tambahan pula Program Diploma seperti belajar di university dan pilihannya lebih terbuka dan meluang untuk memastikan anak-anak SPM meneruskan cita-cita dan impiannya.

iii. A-Level – anak-anak SPM yang berpencapaian cemerlang selalunya akan memilih Haluan pendidikan ini kerana ia adalah persediaan terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

woman standing between library book shelves
Tentukan bidang yang diminati untuk menyambung pengajian – Gambar hiasan Unsplash

b. Jangan cepat berputus asa sekiranya anda gagal untuk menempatkan diri anda dalam bidang akademik, mungkin anak-anak SPM ini mempunyai kepandaian dan kemahiran dan bidang teknikal. Hari ini terdapat pelbagai Haluan Pendidikan Selepas SPM dalam Bidang Teknikal dan Latihan Kemahiran. Menyambung plejaran dalam program Teknikal dan Latihan kemahiran adalah pilihan terbaik buat pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran. Dapatakan maklumat sebanyak mungkin peluang-peluang pembelajaran di Politeknik; Intistusi Pendidikan Mara; Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan; Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia; TVET Mara; Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian; Kolej Komuniti; Latihan Kemahiran GIATMARA;

c. Hari ini sebahagian besar anak-anak SPM khususnya yang menghadapi kekakangan ekonomi dan desakan hidup, mula memilih untuk bekerja dengan kerajaan menerusi permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan memilih jawatan-jawatan yang berkelayakan SPM. Seterusnya mereka akan menyambung pengajian Jarak Jauh atau menerusi Sistem pendidikan Terbuka yang memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh Diploma, Ijazah malahan ada yang terus menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan PhD. Mungkin laluan ini mempunyai kekangan, cabaran dan halangan yang pelbagai iaitu bekerja sambil belajar, namun, dalam sistem Perkhidmatan Awam, mereka boleh meningkatkan status jawatan mahupun gred dengan ijazah yang mereka peroleh.

love to learn pencil signage on wall near walking man
Terus belajar walau di mana anda berada – Gambar hiasan Unsplash

Justeru, anak-anak SPM, jangan bersedih kerana anda mampu mengapai cita-cita anda dengan pelbagai pilihan yang ada dalam Haluan pendidikan selepas SPM di Malaysia. Pilihan ini semakin popular dalam kalangan anak-anak SPM hari ini memandangkan saingan dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Anak-anak SPM, kalau gagal kali ini, bangkit dan cuba sekali lagi (Duduki semula SPM) baiki mata pelajaran yang diperlukan sebagai kelayakan untuk mengikuti pengajian dalam bidang tertentu. Jika tidak, mengapa tidak anda memberanikan diri untuk berkerja sambal belajar, dapatakan pengalaman dan pada masa yang sama fahami keperlua bidang ayang anda minati untuk meneruskan pengajian. Kemudian masuklah kelas hujung minggu atau malam di kolej atau kolej universiti untuk meneruskan cita-cita anda. Tips yang paling baik pada masa selepas mendapat keputusan SPM ini adalah baca buku-buku dalam bidang anda minati, tanyalah orang yang telah berjaya dalam bidang tersebut kemudian ikut lalauan tersebut. Kadang-kala, lalauan itu mungkin jauh sedikit tetapi ia tetap sampai ke destinasinya. Selamat maju jaya!

Penulis merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di mohdnazri_ar@um.edu.my