1 April 2023

Kisah minggu ketigabelas

Featured

Asmawati Muhamad

“Namun tahukah kita bahawa Rasulullah SAW sendiri sudah pun bercakap mengenai perkara ini sewaktu zaman Baginda? Misalnya, berkait dengan SDG ke-6, Air Bersih dan Sanitasi, ada sepotong hadis yang menceritakan bagaimana Baginda menegur seorang sahabat supaya tidak membazirkan air ketika berwuduk [1].

Jaminan kemampanan ekonomi negara menerusi Wakaf Madani

Institusi wakaf dilihat terus relevan dari semasa ke semasa di negara kita. Bermula dengan kesedaran berwakaf masyarakat di zaman silam, kini wakaf telah berada di hati kita semua.

Tidak salah berbelanja tapi…

Mendapat kurniaan berpuasa Ramadan adalah satu nikmat yang wajib disyukuri. Bulan yang dimuliakan dengan lailatulqadr dan bulan Al-Quran ini perlu dihayati dengan akhlak dan adab yang mulia bagi menjemput keberkatan dan kerahmatan Allah.

Izzati dan Hayati

Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga amal ibadat kita ini diterima oleh Allah SWT, dan setiap hajat dikabulkanNya. Kami juga mendoakan semoga setiap daripada kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan mampu membawa perubahan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Ramadan dan keberkatan rezeki

Oleh: Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Mencari rezeki adalah menjadi...

Share

Sehari sebelum warga kampus mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pasukan kami sempat menjengah Fakulti Kejuruteraan untuk merakamkan suasana kampus.

Menyedari sesi pengajian sudah menginjak masuk minggu ke-13, kami menjangka tentu pelajar yang masih berada di kampus sudah mula mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Kami pun terus melangkah ke Infineon Corner di Menara Kejuruteraan, lokasi utama pelajar berkumpul untuk mengulangkaji bersama-sama. Di situ kami bertemu sekumpulan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan kimia yang sedang khusyuk mengulangkaji.

“Macam nilah kami study bang. Sama-sama menyiapkan tugasan tutorial, atau cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas,” kata Faris Khoruddin mewakili rakan-rakannya ketika ditanya mengenai kaedah mengulangkaji pelajarannya.

“Selain itu kami juga juga membandingkan nota yang dihasilkan, terutamanya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak dan sukar difahami,” kata Ammar Wafiy Rosli sambil membetulkan cermin matanya.

“Walaupun sukar, tapi kami yakin mampu menamatkan pengajian kami pada tahun ini dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai di dalam industri,” kata Muhammad Husaini Mohd. Nizam bila ditanya mengenai perancangannya setelah menamatkan pengajian kelak.

Nurul Farahin Badaruddin yang dilihat mengulangkaji berseorangan di meja berasingan, rupanya rakan sekelas Faris, Ammar, dan Husaini. “Saya lebih selesa mengulangkaji bersendirian. Tapi bagus juga mereka bertiga ada di sini; boleh saya bertanya soalan jika perlu,” kata penghuni Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah ini sambil tersenyum.

👦 (Dari kiri ke kanan: Faris, Ammar, Husaini)

“Sori bang, kami nak cepat ni. Kelas dah nak start,” kata Muhammad Danial Aiman Mohamad Amadin ketika kami menegurnya yang sedang berjalan tergesa-gesa bersama dua rakan sejurusannya dari tahun pertama pengajian kejuruteraan mekanikal, melintasi ruang lobi Menara Kejuruteraan.

“Tapi gambar ni akan digunakan untuk media sosial rasmi UM,” kata jurugambar kami, mencelah.

“Oh, kalau begitu bolehlah. Bagi saya hensem tau,” katanya disambut dengan deraian tawa oleh dua sahabatnya, Muhammad Aliff Umar Mohd Redza dan Akhmal Faris Nor Ezam.

Sedang jurugambar kami bersedia untuk mengetik gambar, tiba-tiba Danial bersuara: “Sekejap bang.”

Dengan terkocoh-kocoh, Danial mengambil pen dari begnya dan diselit di celah telinga kirinya.

“Barulah nampak macam student engineering,” katanya bersahaja.

👦 (Dari kiri ke kanan: Danial, Aliff, Ikhmal)

Selamat menduduki peperiksaan semester 1, sesi 2022/2023 kepada semua pelajar Universiti Malaya. Good luck!

📸 Photos by Mohd. Fadhli Yong @mohdfadhliyong for CCC (2023).