17 March 2025

Kurangkan risiko kerjaya usahawan gig

Featured

Menyantuni mereka

Dalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk...

Our symbol

By Sheila Ramalingam In a landmark decision that intertwines national...

Dia

Oleh Mohd Anuar Ramli Perempuan merupakan makhluk yang istimewa, diciptakan...

His (trade) war

By Goh Lim Thye The Trump administration’s trade war with...

Eco-Guide cultivates environmental awareness

As environmental concerns continue to grow globally, fostering sustainability...

Share

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili

Senario persekitaran dalam pendidikan dan pembangunan profesional kini berbeza dari sebelumnya akibat dari penularan wabak COVID-19 khususnya dari aspek penyampaian maklumat, latihan secara praktikal dan pasaran pekerjaan. Hal ini kerana penularan wabak COVID-19 memberi kesan sehingga pengangguran dalam kalangan usahawan berlaku dengan meningkat dengan kekangan akses terhad untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebelum ini. Untuk menangani permasalahan ini, usahawan perlu menyesuaikan diri dengan pengintegrasian dunia digital bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang bermakna.

Kerjaya masa kini memerlukan kemahiran digital agar dapat memperoleh pendapatan dan berjaya dalam pekerjaan masa depan. Kemunculan ekonomi digital atau dikenali sebagai ekonomi gig perlu diketengahkan dalam kalangan masyarakat agar dapat mengatasi cabaran dan kekangan pekerjaan serta kelangsungan hidup.

Sektor perkhidmatan (pengangkutan, hospitaliti, makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit, seni dan hiburan, profesional, maklumat, dan komunikasi), sektor pembuatan (pengeluaran produk makanan, pakaian, dan percetakan), sektor pembinaan (pertukangan khas, pembinaan bangunan), dan sektor pertanian semuanya termasuk dalam ekonomi gig Malaysia. Ekonomi gig adalah merupakan cara bekerja masa hadapan yang merujuk bahawa seseorang itu bekerja secara bebas dan dibayar mengikut kerja yang dilakukan.

Ini bermakna mereka memperoleh pendapatan yang lumayan, masa kerja yang lebih fleksibel, keseimbangan kerja-kehidupan seharian, menjadi bos sendiri dan format kerja yang baharu. Ini akan mengalakkan usawahan berniaga secara atas talian dan memperoleh pendapatan secara lumayan.

Untuk mencipta usahawan gig berjaya di kalangan generasi abad ke-21, seseorang individu perlu meningkatkan kepelbagaian berkemahiran untuk berupaya mencipta pekerjaan masa depan. Walaupun ia adalah salah satu alternatif yang semakin biasa untuk menjana wang, usahawan gig masih akan menghadapi kesukaran kerana pendapatan mereka hanya bergantung pada permintaan oleh pelanggan, pekerjaan, atau projek. Selain itu, majoriti usahawan gig tidak mempunyai kontrak pekerjaan standard. Hal ini boleh memberi kesan kepada kebajikan dan jaringan keselamatan sosial mereka.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu melaksanakan pelbagai program dan insentif untuk mengurangkan risiko dan kesan krisis ekonomi dalam kalangan golongan ini. Ini agar dapat membantu lebih ramai lagi usahawan khususnya dalam kalangan graduan untuk menceburi bidang ini agar dapat mengurangi kadar pengangguran malah dapat menyumbang dalam peningkatan produktiviti negara.

Penulis merupakan Ketua, Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di siti_hajar@um.edu.my