4 December 2024

Integrasi digital mampu kembang potensi anak

Featured

Beyond the blessing

By Dr Cherish How As the Year of the Dragon...

Elak terperangkap dengan cinta ekspres

Oleh: Dr. Norsafatul Aznin binti A. Razak Dalam era moden...

Memperkasa mereka

Kesihatan mental remaja adalah salah satu aspek yang penting...

Algorithms of abuse

By Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid Human trafficking is the...

Getting them on

By Ts Elman Mustafa El Bakri As 2024 draws to...

Share

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili

Untuk seiring perkembangan dunia digital, institusi kekeluargaan mesti berubah dan mengamalkan gaya hidup baharu. Keupayaan untuk bekerja dengan lebih berkesan dan menyesuaikan diri dengan peluang dan cabaran baharu boleh mendapat manfaat daripada situasi ini. Ini selaras dengan buku laporan oleh LPPKN (2018) mengenai analisis keadaan penduduk dan keluarga di Malaysia, yang menekankan kepentingan memperkasakan masyarakat dengan kemahiran keibubapaan abad ke-21 dan pengetahuan tentang cara mengurus pencerobohan secara berkesan bagi mengukuhkan keluarga.

Institusi kekeluargaan menjadi asas utama dalam perkembangan seseorang individu kerana menyediakan persekitaran pertama yang mana seseorang itu membina sahsiah keperibadian diri. Institusi kekeluargaan norma baharu dalam membantu mengembangkan kemahiran sosial dan penerapan kesan positif dalam kalangan anak secara khusus. Ini kerana generasi muda yang juga dikenali sebagai Generasi Z menjadi dewasa lebih awal dalam masyarakat yang mana mereka dapat mengakses maklumat dalam talian yang mungkin tidak berkaitan dengan pembesaran mereka. Mereka mudah mengakses sumber terlarang tanpa pengawasan orang dewasa. Oleh itu, kemahiran digital dalam penglibatan emosi dan moral ibu bapa harus dilengkapkan dan bersedia untuk menghadapi kemahiran digital norma baharu.

Dengan penggunaan teknologi dan demi kesejahteraan keluarga, ibu bapa dan anak-anak perlu mempunyai komunikasi dua hala. Hubungan yang baik dan sihat antara ibu bapa dan anak-anak diusahakan. Ibu bapa juga harus menerapkan prinsip moral dan peka tentang gejala negatif penggunaan teknologi digital dengan perlu lebih peka dan menyedari masalah dihadapi oleh anak-anak. Ini kerana pengintegrasian media digital memberikan nilai yang luar biasa kepada komuniti, terutamanya dalam keupayaan untuk berinteraksi dengan ciri yang lebih canggih apabila menggunakan platform seperti Instagram, Facebook, Twitter, WhatsApp dan lain-lain. Pengguna dalam dunia digital mempunyai akses kepada maklumat yang tersebar dengan cepat ke seluruh dunia melalui peranti digital. Penghantaran dalam beberapa ciri teknologi boleh dilakukan dengan mesej elektronik. termasuk penggunaan media sosial yang membolehkan perkongsian maklumat atau idea menghasilkan pangkalan data secara serentak mahupun tidak serentak.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa meningkatkan kesedaran dan menunjukkan contoh yang positif kepada anak-anak dengan harapan mereka dapat menerapkannya dalam kehidupan mereka yang sebenarnya. Dengan penggunaan teknologi digital, ibu bapa boleh membantu dengan menggalakkan anak-anak mengalami perkembangan kecerdasan pelbagai dengan menjalankan beberapa aktiviti menggunakan teknologi digital dengan berkesan.

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Oleh itu, asuhan dalam memperkembang potensi kecerdasan pelbagai dalam kalangan anak-anak wajar dilakukan, di samping didikan dan asuhan berkaitan perkara-perkara yang lain yang juga tidak boleh secara sambil lewa atau diabaikan. Hal ini penting ke arah melahirkan generasi yang boleh mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat seterusnya menjadi modal insan bagi pembangunan negara.

Penulis merupakan Ketua, Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di siti_hajar@um.edu.my