2 February 2023

Membentuk peribadi kanak-kanak orang asal Sabah melalui kreativiti manik

Featured

Kisah minggu ketigabelas

Sehari sebelum warga kampus mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pasukan kami sempat menjengah Fakulti Kejuruteraan untuk merakamkan suasana kampus.

Memperkasakan ta’aruf, tafahum dan tasamuh dalam Masyarakat MADANI di Malaysia

Masyarakat majmuk terbentuk di Malaysia melalui sejarah yang panjang. Ia merupakan ciri keunikan tempatan kerana kejayaan menghasilkan miniatur Asia yang mempunyai komposisi pelbagai bangsa utama Asia seperti Melayu, Cina dan India. Takdir sejarah ini perlu diterima dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Let’s craft an ideal 21st century city out of KL

Kuala Lumpur, the capital of Malaysia, has a rich history dating back to the late 1800s. It began as a small tin-mining settlement in the 1850s and was granted city status in 1972. During the late 19th and early 20th centuries, Kuala Lumpur developed rapidly as a centre of tin mining and trade, leading to increased immigration and economic growth.

Normalisasi sembang lucah: Mengemis perhatian murahan

Walau bagaimanapun, banyak unsur gurauan atau lawak jenaka dewasa ini yang berbaur lucah atau mempunyai maksud tersirat dilihat semakin berleluasa dan parah.

Ibu bapa pendamping tumbesaran anak-anak zaman digital

Teknologi telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, terdapat juga kesan negatif ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja.

Share

Masyarakat Sabah terkenal dengan kepelbagaian seni tradisi pelbagai etnik yang unik dan mempunyai nilai yang tersendiri. Era Revolusi Industri 4.0 kini, menyaksikan beberapa seni kreatif tradisi masyarakat khususnya seni kraftangan hiasan manik kian terhakis dan semakin dilupakan. Seni tradisi ini sesuai untuk diketengahkan dan dilestarikan sebagai warisan tradisi yang perlu dipertahankan khususnya kepada generasi muda hari ini menerusi pendidikan.

Cabaran besar pendidikan hari ini tidak terhad kepada memberikan kualiti pendidikan tetapi juga usaha untuk melestarikan warisan tradisi masyarakat yang perlu dipertahankan dan diwarisi oleh generasi masa depan. Justeru, seni manik merupakan kraftangan tradisi masyarakat Sabah yang mengetengahkan pelbagai variasi bentuk, corak dan motif yang menjunjung aspirasi, pemikiran dan citra masyarakat. Seni manik mempunyai falsafah budaya tradisi masyarakat yang tersendiri dan unik dalam menyeimbangkan modal insan dalam era Revolusi Industri 4.0. Contohnya, Pinakol merupakan hiasan gubahan manik yang dipasang pada pakaian masyarakat Rungus. Gubahan manik pinakol ini diwariskan secara turun temurun dalam masyarakat Rungus. Justeru, seni kraf manik ini bukan hanya sebagai warisan pusaka tetapi juga lambang objek budaya yang bermakna dalam kehidupan sesebuah masyarakat Sabah. Hakikat yang ramai generasi hari ini tidak ketahui bahawa hasil kerja tangan manik, warna, reka bentuk serta corak yang ditampilkan membezakan setiap etnik di Sabah. Lambang serta identiti masyarakat di Sabah dipaparkan menerusi motif dan reka corak yang manik yang dipaparkan melalui barang keraftangan mahupun pakaian.

Sehubungan itu, sebagai alternatif meneroka keunikan seni kraftangan manik etnik Sabah, pensyarah Kanan Universiti Malaya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman telah membangunkan satu Modul Tuninipot Literasi-Kreatif dalam pengembangan bakat kreativiti kanak-kanak menerusi seni tradisi masyarakat berasaskan manik suaian. Usaha ini bagi memupuk nilai budaya tradisi masyarakat dan mengembalikan legasi tradisi kraftangan manik dalam kalangan kanak-kanak generasi digital. Program ini dibawah bantuan Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Cawangan Sabah dan Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent, Tuaran Sabah.

Pelaksanaan projek ini melibatkan kanak-kanak di Tadika Perpaduan KRT Lohan, Kundasang dan Prasekolah IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Seramai 25 orang kanak-kanak dan 4 orang guru terlibat. Modul Tuninipot Literasi-Kreatif mengetengahkan pendekatan awal membaca menerusi seni tradisi masyarakat Orang Asal Sabah. Penggunaan manik ubahsuaian sebagai medium untuk kemahiran awal mambaca di mana kanak-kanak diperkenalkan dengan huruf dan suku kata melalui aktiviti seni kraftangan manik. Uniknya, modul ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari seni kreatif kraftangan manik sebagai aktiviti pembelajaran awal literasi. Tujuan utama pelaksanaan modul ini antara lain untuk mengekalkan sumber tradisi masyarakat dan mengoptimunkan sumber tradisi masyarakat sebagai bahan pembelajaran secara formal.

Menurut Guru Prasekolah IPG Kampus Kent, Tuaran, Muhammad Eddy Piut, aktiviti seni kratftangan manik ini membolehkan murid-muridnya mempelajari seni kraftangan tradisi manik yang kian dipinggirkan oleh generasi muda masa kini.

“Saya sendiri tidak tahu tentang reka corak serta warna yang mempunyai lambang warisan tersendiri setiap etnik Sabah menerusi kratangan manik. Namun setelah mengikuti bengkel panduan guru, saya dah mampu untuk mengajar seni kraftangan kreatif Manik dan memberi gambaran jelas tentang penceritaan yang terdapat disebalik reka corak serta motif yang dihasilkan kepada murid-murid,” katanya.

Bagi Cikgu Norbadariah Julubin, guru Tadika Perpaduan KRT Lohan, pula berkata: “Terdapat banyak seni rekaan manik ubahsuaian di pasaran hari ini, yang membezakannya cerita masyarakat disebalik setiap bentuk, motif dan warna dalam setiap rekaan tersebut. Menerusi aktiviti ini, saya berpeluang untuk memperkenalkan reka corak serta cerita disebaliknya kepada murid saya selain memperkenalkannya dengan huruf serta suku kata yang dibentuk semasa menjalankan aktiviti seni kraftangan manik. Tak sangka pulak, hari ini saya dapat berkongsi cerita yang pernah disampaikan nenek bersama murid-murid saya tentang reka corak manik serta warna pilihan bagi setiap etnik di Sabah”.

Penggunaan modul ini selain dapat meningkatkan kemahiran awal membaca, ia juga memperkenalkan seni kraftangan tradisi manik etnik Sabah kepada kanak-kanak. Ini menjadi daya tarikan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah setiap hari.

“Projek ini memberi impak postitif kepada kanak-kanak bukan saja untuk belajar awal membaca tetapi juga untuk mengenali senini kreativiti tradisi masyarakat. Hari ini tak ramai daripada kita yang tahu dan pandai seni kraftangan manik. Menerusi modul ini kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari dan mengalami pengalaman menghasilkan hiasan manik masyarakat Sabah. Maka, kelangsungan seni kraftangan tradisi warisan bangsa dapat diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi dalam bentuk pendidikan formal” kata Dr Mohd Nazri Abdul Rahman.

Selain itu, pelaksanaan program ini juga memberi perspektif baru dalam pendidikan awal kanak-kanak bila mana kemahiran asas seni kraftangan manik tradisi masyarakat Sabah digabungjalinkan dengan kemahiran awal mambaca.

Generasi hari ini mungkin tak kenal seni manik kreativiti masyarakat runggus misalnya seperti motif Inompuling (serampang ikan), Inugarang (Cicak atau biawak kecil), Vinusak (Bunga-bunga hutan) atau Lijawan (paku-pakis) tetapi melalui aktiviti seni kreatif manik ini, kanak-kanak secara langsung didedahkan dengan maklumat ini dan ini seterusnya dapat mengembalikan semula seni kraftangan tradisi masyarakat Orang Asal Sabah yang kian terhakis dalam kalangan generasi mudah hari ini. Program ini seterusnya dapat melestarikan budaya dan identiti negara bangsa dalam kalangan generasi muda hari ini dan masa hadapan.

Projek Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah melalui Tadika Perpaduan di Daerah Ranau-Kundasang dan Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran telah menggiatkan usaha untuk menyebarluaskan penggunaan modul ini di beberapa tadika terpilih di sekitar Ranau-Kundasang.

Pelaksanaan modul ini diharap dapat mengembalikan seni kraftangan manik sebagai tradisi masyarakat. Ini kerana, ia bukan hanya membolehkan kanak-kanak memperkembangkan kemahiran asas kraftangan berdasarkan kebitaraan komuniti tetapi juga berupaya mengembalikan seni kraftangan tradisi masyarakat Orang Asal Sabah yang semakin terhakis kesan arus pemodenan dan teknologi digital. Pengabungjalinan aktiviti seni kreatif tradisi masyarakat dalam bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah khususnya di peringkat awal kanak-kanak ini dilihat dapat mengimbangkan penularan elemen budaya luar dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti setempat. Seterusnya, memastikan seni budaya tradisi masyarakat Orang Asal Sabah terus tersemai dalam diri kanak-kanak dan membentuk keperibadian kanak-kanak.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Dr. Mohd. Nazri Abdul Rahman di mohdnazri_ar@um.edu.my