8 February 2023

Membina bandar mesra kanak-kanak

Featured

Kisah minggu ketigabelas

Sehari sebelum warga kampus mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pasukan kami sempat menjengah Fakulti Kejuruteraan untuk merakamkan suasana kampus.

Memperkasakan ta’aruf, tafahum dan tasamuh dalam Masyarakat MADANI di Malaysia

Masyarakat majmuk terbentuk di Malaysia melalui sejarah yang panjang. Ia merupakan ciri keunikan tempatan kerana kejayaan menghasilkan miniatur Asia yang mempunyai komposisi pelbagai bangsa utama Asia seperti Melayu, Cina dan India. Takdir sejarah ini perlu diterima dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Let’s craft an ideal 21st century city out of KL

Kuala Lumpur, the capital of Malaysia, has a rich history dating back to the late 1800s. It began as a small tin-mining settlement in the 1850s and was granted city status in 1972. During the late 19th and early 20th centuries, Kuala Lumpur developed rapidly as a centre of tin mining and trade, leading to increased immigration and economic growth.

Normalisasi sembang lucah: Mengemis perhatian murahan

Walau bagaimanapun, banyak unsur gurauan atau lawak jenaka dewasa ini yang berbaur lucah atau mempunyai maksud tersirat dilihat semakin berleluasa dan parah.

Ibu bapa pendamping tumbesaran anak-anak zaman digital

Teknologi telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, terdapat juga kesan negatif ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja.

Share

Oleh: Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain

Kehidupan sebagai seorang ibu di bandar Utsunomiya, Jepun telah mengajar saya maksud sebenar sebuah bandar yang selamat dan mesra kanak-kanak. Bandar Utsunomiya terletak di dalam daerah Tochigi yang terletak di sebelah utara kota metropolitan Tokyo. Sungguh pun bandar Utsunomiya bukan sebuah bandar yang besar, infrastruktur serta fasiliti di dalam bandar Utsunomiya adalah sama seperti yang terdapat di kota metropolitan Tokyo. Setiap pagi, kanak-kanak yang perlu ke sekolah akan bangun seawal jam 6.00 pagi dan bersedia di hadapan rumah untuk bersama-sama sekumpulan kanak-kanak lain dari kawasan kejiranan perumahan yang sama untuk berjalan bersama-sama ke sekolah.

Mereka akan beratur di dalam satu barisan diketuai dengan pelajar yang paling tua dan seterusnya pelajar yang muda. Perjalanan kanak-kanak ini adalah di dalam kumpulan yang kecil dan kemudiannya akan bergabung menjadi satu kumpulan yang besar apabila tiba berhampiran dengan kawasan sekolah. Rata-rata kanak-kanak yang bersekolah di kawasan tersebut tinggal lebih kurang 500 meter sehingga 1 km sahaja dari sekolah. Terdapat kanak-kanak yang masih dihantar oleh kenderaan ibu bapa jika terlewat atau lokasi rumah yang terlalu jauh dari sekolah, namun bilangannya tidak begitu ramai. Tidak kira musim salji, musim panas atau musim hujan, anak-anak ini akan tetap menunggu di hadapan rumah, berjalan bersama-sama mengikut masa dan kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan unit sekolah di bawah pihak berkuasa tempatan.

aerial view of green grass field and trees during daytime
Kedudukan kemudahan yang dekat dengan kediaman membolehkan persekitaran selamat diwujudkan. Gambar hiasaan dari Unsplash

Pemilihan laluan dan kumpulan pula adalah berdasarkan lokasi sekolah, laluan pejalan kaki yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak sekolah. Di setiap persimpangan, guru sekolah atau wakil ibu bapa akan mengambil giliran membantu mengawasi anak-anak melintasi jalanraya terutamanya di simpang jalan utama yang sibuk. Sistem pengawasan dan jadual telah diedarkan kepada setiap ibu bapa dan guru di awal tahun persekolahan supaya ibu bapa boleh merancang jadual cuti atau kerja masing-masing dan dapat memainkan peranan di dalam memantau aktiviti pergerakan anak-anak berjalan ke sekolah secara bergilir dengan ibu bapa yang lain.

Konsep dan perancangan berjalan kaki ke sekolah tersebut telah diadakan sejak dari awal lagi yang merupakan suatu perancangan yang penting bagi pihak sekolah dan pihak berkuasa tempatan dalam mengelakkan kesesakan jalan raya di waktu puncak pagi dan juga kesesakan di hadapan dan berhampiran sekolah seperti mana yang sering berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia. Sistem yang teratur ini juga telah dirancang bukan sahaja disebabkan oleh masalah dan keperluan pengurusan trafik malahan bagi tujuan pembangunan insan dan sahsiah anak-anak yang berjalan kaki di sekolah, melatih konsep berdikari dan menanam sifat berusaha di dalam diri anak-anak. Sungguhpun begitu, adakah sistem ini boleh di wujudkan kerana bandar tersebut adalah 100% selamat? Kes kemalangan jalan raya masih berlaku dan kes kehilangan kanak-kanak masih kedengaran di Jepun kerana tiada satu sistem yang benar sempurna di dunia ini.

Banyak yang boleh saya pelajari daripada pengalaman tinggal di Jepun dan budaya berdikari dan berjalan kaki ke sekolah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan malahan membantu anak-anak di Jepun memahami konsep keselamatan apabila ketiadaan ibu bapa dan apabila berada di luar rumah. Amat penting, untuk menerapkan kemahiran keselamatan di luar rumah dan di jalan raya di kalangan kanak-kanak, kerana sikap ini sudah tentunya mempengaruhi sikap kanak-kanak tersebut apabila dewasa kelak. Budaya menghormati pemandu lain di atas jalan raya dan mengikut undang-undang di jalanraya dapat disemat dan dilatih sejak dari kanak-kanak lagi. Oleh kerana tiada satu sistem yang sempurna, usaha untuk mengekang isu kemalangan dengan pemanduan merbahaya dan kecuaian akan menjadi lebih mudah dikekang berbanding dengan ketiadaan kemahiran langsung sejak dari kecil.

Kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati orang lain di atas jalan raya akan membantu mengekang perbuatan seperti menggunakan laluan kecemasan untuk memotong kenderaan lain di jalanraya, memandu laju di jalanraya dan juga melanggar lampu isyarat merah. Malah, isu seperti yang sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan adalah kemalangan melibatkan kanak-kanak sekolah yang melintasi jalan raya berupaya dielakkan. Tidak dapat saya tekankan dengan lebih jelas lagi bahawa kepentingan kemahiran melintas jalan di kalangan kanak-kanak di Malaysia yang harus diterapkan dan diajar oleh ibu bapa, guru-guru dan seluruhnya.

girl in green jacket standing on water
Jalan yang selamat membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa halangan. Gambar hiasan dari Unsplash

Di samping itu, bandar mesra kanak-kanak juga harus mempunyai ruang kawasan khusus yang bukan sahaja mencukupi mengikut garis panduan perancangan tetapi mudah akses dan selamat untuk mereka bermain walaupun tanpa kehadiran ibu bapa. Ini termasuklah dari segi lokasi yang mudah dilihat oleh orang ramai. Lokasi taman permainan haruslah dirancang agar tidak boleh berada di lokasi tanah yang tiada nilai, tersorok dan terlampau kecil untuk rumah dan hanya mementingkan keuntungan pembangunan fizikal semata-mata. Pengalaman hidup di Jepun telah membantu saya memahami konsep bandar mesra kanak-kanak.

Bandar yang mesra kanak-kanak juga bermaksud sebuah bandar yang mesra dan selamat untuk orang dewasa. Perkembangan kognitif yang sihat dalam kanak-kanak adalah penting sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dan anak-anak perlu mempunyai keyakinan diri untuk berasa selamat dengan persekitaran mereka. Bandar yang benar-benar mesra kanak-kanak harus melihat keseluruhan fabrik bandar sebagai sebuah kanvas yang membolehkan kanak-kanak bergerak dengan selamat dan gembira.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di adilah_shamsul@um.edu.my