7 September 2026

Menyulami

Featured

Browses

The joy of not looking By Ng Kwan Hoong On a...

Menyulami

Mahasiswa Universiti Malaya perkasa literasi kewangan pelajar SM Sains...

Sacrifices

Who cares for the caregivers? By Dr. Sharmila Thinagar At 6.30...

Pengganti

Apabila jawapan semakin mudah, apa lagi yang perlu dipelajari? Oleh...

Equitable

When everyone has a voice, who gets heard? By Asrul...

Share

Mahasiswa Universiti Malaya perkasa literasi kewangan pelajar SM Sains Selangor

Isu pengurusan kewangan dalam kalangan generasi muda semakin mendapat perhatian apabila ramai belia dilaporkan berdepan masalah hutang dan kurang kesedaran tentang kepentingan pengurusan wang sejak usia muda.

Menyedari hakikat tersebut, sekumpulan mahasiswa daripada Faculty of Business and Economics (FBEc) Ambassadors, Universiti Malaya tampil menganjurkan program โ€œSmart Money Quest: Financial Literacy and Mathematical Decision-Makingโ€ di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang melibatkan seramai 117 pelajar Tingkatan 3 itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Service Learning Malaysia โ€“ University for Society (SULAM) dengan kerjasama Kluster Komuniti, FBEc Ambassador.

Berbeza dengan pendekatan ceramah konvensional, program ini menggabungkan elemen literasi kewangan dengan pembelajaran Matematik Pengguna secara interaktif dan berasaskan pengalaman sebenar. Para pelajar didedahkan kepada konsep simpanan, pelaburan, kredit dan hutang melalui simulasi kewangan serta aktiviti explorace yang menyeronokkan.

Menurut Zakwan Zubaidi, Pengarah Projek Smart Money Quest 2026, program ini bertujuan membantu pelajar memahami bagaimana konsep matematik yang dipelajari di dalam kelas sebenarnya mempunyai hubungan langsung dengan kehidupan seharian dan keputusan kewangan masa depan.

โ€œRamai pelajar melihat matematik sebagai sekadar nombor dan formula. Melalui program ini, kami mahu mereka faham bahawa matematik sebenarnya membantu mereka membuat keputusan kewangan yang bijak dalam kehidupan sebenar,โ€ katanya.

Peserta didedahkan dengan sesi perkongsian berkaitan pengurusan kewangan dan Matematik Pengguna yang menyentuh topik simpanan, pelaburan, kredit serta hutang.

Selain itu, peserta kemudiannya didedahkan dengan aktiviti explorace bertemakan โ€œRoad to Financial Freedomโ€, di mana setiap kumpulan diberikan sejumlah wang simulasi dan perlu membuat keputusan kewangan sepanjang permainan berlangsung. Pelbagai cabaran disediakan di setiap stesen termasuk pengiraan simpanan, pelaburan, pinjaman dan penggunaan kad kredit.

Pendekatan gamifikasi tersebut berjaya menarik minat pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu melakukan pengiraan matematik, malah perlu berfikir secara kritikal untuk memastikan kumpulan mereka memperoleh baki kewangan tertinggi pada akhir permainan.

Amsyar Sahdan, 15 yang merupakan salah seorang peserta menyifatkan program tersebut sebagai menarik kerana dapat membantu mereka memahami kepentingan membuat keputusan kewangan yang betul sejak usia muda.

โ€œSebelum ini saya fikir beli secara ansuran lebih murah sebab bayar sedikit-sedikit. Tapi hari ini saya faham sebenarnya jumlah bayaran boleh jadi lebih tinggi,โ€ katanya.

Selain meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan pelajar sekolah, program itu turut memberi peluang kepada mahasiswa Universiti Malaya mengaplikasikan ilmu akademik dalam konteks masyarakat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti.

Besar harapan agar program seumpama itu dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah pada masa akan datang bagi melahirkan generasi muda yang lebih celik kewangan dan mampu membuat keputusan ekonomi secara rasional.


Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Profesor Madya Dr. Noor Sharoja Sapiei, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya di noorsharoja@um.edu.my

Previous article