17 March 2025

Mesej perpaduan melalui nyanyian bahasa Mandarin

Featured

Dia

Oleh Mohd Anuar Ramli Perempuan merupakan makhluk yang istimewa, diciptakan...

His (trade) war

By Goh Lim Thye The Trump administration’s trade war with...

Menyantuni mereka

Dalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk...

Our symbol

By Sheila Ramalingam In a landmark decision that intertwines national...

Eco-Guide cultivates environmental awareness

As environmental concerns continue to grow globally, fostering sustainability...

Share

Seorang dari setiap enam orang di muka bumi ini adalah penutur bahasa Mandarin. Dengan jumlah sebanyak ini, kebolehan bertutur bahasa ini hampir boleh dijadikan keperluan asas untuk kejayaan seseorang. Ini adalah kerana faktor komunikasi dan jaringan sering dijadikan prasyarat untuk penentuan kejayaan sesebuah usaha. Penguasaan bahasa sering dikaitkan dengan pemahaman budaya bangsa asal penutur bahasa tersebut, dan ini juga telah diiktiraf sebagai faktor penentuan kejayaan individu.

Institut Kong Zi, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini telah menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian lagu bahasa Mandarin, untuk mahasiswa di institusi pengajian tinggi seluruh negara. “Program tahunan yang dinamai ‘Voice of KZIUM’ telah diadakan untuk kali yang kelima, dan sentiasa menerima sambutan yang baik dari mahasiswa pelbagai bangsa. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, penutur bahasa Mandarin berbangsa Cina, dan bukan Cina,” kata Prof. Madya Dr. Noor Zalina Mahmood, Pengarah Institut Kong Zi, ketika hadir merasmikan pertandingan peringkat akhir di UM.

Selain UM, para peserta terdiri dari mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Kesemua mereka perlu melalui pusingan awal sebelum terpilih ke pusingan akhir yang diadakan di Auditorium, Institut Kong Zi UM.

Menurut Dr. Noor Zalina, seramai 20 orang dari setiap kategori telah terpilih untuk mendendangkan lagu pilihan mereka di hadapan juri profesional yang dijemput khas. “Setiap peserta perlu memahami lirik lagu yang dibawa bagi memudahkan mereka menjiwai intipati lagu yang dibawa. Pertandingan ini bukan sekadar untuk menyanyi dan menghafal lirik, tetapi juga akan diadili dari segi vokal, persembahan pentas, sebutan, dan busana,” kata Dr. Noor Zalina lagi.

Pemenang tempat pertama untuk kategori bukan Cina adalah Dianne Michell Masuning dari UiTM Machang, Kelantan. Beverly Issabelle Lee dari UiTM Puncak Alam, Selangor pula di tempat kedua, manakala tempat ketiga oleh Melissa Chew Fui Yen dari UPM. Pemenang kategori Cina pula disandang oleh Khoo Zheng Hao dari UMP, tempat kedua oleh Tan Jieyang dari UM, dan tempat ketiga Cher Siew Xuan, juga dari UM.

“Pertandingan ini secara langsung telah membantu menjayakan misi penubuhan Institut Kong Zi itu sendiri, iaitu melestari bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, terutamanya di kalangan penutur bukan Cina. ‘Voice of KZIUM’ telah terbukti sebagai platform pembelajaran yang dinamik, dan bakal diteruskan pada masa akan datang,” kata Dr. Noor Zalina mengakhiri temubual.

Maklumat lanjut mengenai program ‘Voice of KZIUM’ dan Institut Kong Zi UM boleh didapati melalui Iza Azween Fadzil di izaf@um.edu.my