21 September 2024

Mohd. Khairol Azhar Ahmad Khairuddin

Featured

Reducing the impact of landslides

By Dr Mohd Talha Anees Almost half of Peninsular Malaysia...

Let’s go for smarter healthcare to stop heart attacks

By Assoc. Prof. Dr. Khor Sook Mei Heart attacks remain...

Mengukur kemiskinan asnaf dengan tanda aras multidimensi

Oleh: Dr. Muhammad Nooraiman Zailani Isu kemiskinan amat sukar untuk...

The treasure in non-coding RNAs

By Assoc. Prof. Dr. Lim Yat Yuen For decades, scientists...

He is the epitome of a leader

By Mohammad Tariqur Rahman The leadership qualities of Prophet Muhammad...

Share

Setiap tahun, detik 12 tengah malam pada 31 Disember sentiasa ditunggu-tunggu oleh ramai warga Universiti Malaya. Mengapa?

Ya, kerana tepat pada waktu itulah nombor tahun semasa di lokasi paling fotogenik di kampus UM ini ditukar oleh staf Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) kepada tahun yang baru.

Staf yang dimaksudkan ialah Mohd. Khairol Azhar Ahmad Khairuddin, Pembantu Kemahiran H19, dengan dibantu oleh rakan-rakannya dari Bahagian Sivil, JPPHB.

Anak jati Petaling Jaya, Selangor ini telah dipertanggungjawabkan menukar nombor keramat ini sejak mula bertugas di UM pada 2017.

“Sebelum ini, saya cuma ikut membantu staf yang bertugas, iaitu Encik Kalai. Tapi selepas beliau bersara, sayalah yang bertanggungjawab sepenuhnya, dengan dibantu oleh rakan-rakan lain. Macam hari ini, saya dibantu oleh Azman,” kata Khairol memulakan perbualan kami pagi itu.

“Kalau nak kira, banyak lagi kerja lain saya buat di UM ni, di bawah Bahagian Sivil JPPHB. Tapi tugas yang satu inilah yang paling menyeronokkan. Setiap tahun memang saya dan rakan-rakan tertunggu-tunggu tarikh 31 Disember ini.

Tugas menukar nombor ini beri kepuasan kepada saya sebab kita dapat lihat secara terus keseronokan yang kita beri kepada orang lain apabila bertugas dengan baik. Setiap tahun, apabila saya sampai di sini, kawasan ini sudah pun dipenuhi dengan pelajar yang ingin bergambar kenangan.

Kegembiraan di wajah mereka apabila menjadi orang terawal bergambar dengan tahun baru yang saya tukar itu sangat-sangat memberi kepuasan,” kata ayah kepada dua orang puteri ini sambil tersenyum.

Sambil menggosok cermin mata hitamnya, dia menambah: “Sempena tahun baru yang tak berapa lama lagi ni, saya nak berpesanlah kepada semua warga UM supaya sentiasa cari keseronokan dalam bekerja. Inilah caranya untuk kita terus bersemangat beri perkhidmatan yang terbaik, tanpa mengira gred atau jawatan kita.”

Sedang kami meneruskan perbualan, tiba-tiba terdengar suara dari belakang kami dengan nada keresahan:

“Eh, dah tukar ke bang? Saya dan kawan-kawan belum bergambar lagi dengan tahun 2022 lah,” tanya gadis Cina berbaju kebaya itu, seraya jarinya menunjuk ke arah nombor ‘3’ yang dipegang oleh Azman.

Persis Shah Rukh Khan, Khairol yang sudah pun memakai kaca mata hitamnya pun berdiri dan dengan tenang berkata: “Jangan risau dik. Abang belum tukar lagi. Hari ni abang cuma nak tanda lokasi skru untuk melekatkan nombor ‘3’ ini sahaja; supaya senang kerja abang pada malam 31 Disember nanti. Tak sampai seminit dah siap!”

“Fuh, nasib baik. Sempatlah lagi kami bergambar. Hmm boleh saya bergambar dengan abang? Bukan selalu dapat bergambar dengan hero UM macam abang,” kata gadis itu, tersenyum manis.

“Eh, mestilah boleh!” jawab Khairol seraya meninggalkan kami.

……

Selamat tahun baharu 2023 dari kami semua di Universiti Malaya.

📸 Gambar oleh. Mohd. Haizal Ismail untuk CCC (2022). Art Direction oleh Latimin Keman.