8 November 2024

Nilai pendidikan kesetiaan dan kejujuran Ramadan

Featured

Ones that count

By: Nahrizul Adib Kadri These days, with endless decision-makings and...

Improving our trust

By Zarina Zakaria Malaysia has recently intensified its efforts to...

Membimbangkan

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia,...

Relooking at our wash

By Dr Arindam Chakraborty In Malaysia, the garment market is...

Kerana dia pembela sunnah

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che...

Share

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh

Kita sudah berada di penghujung Ramadan tahun ini yang meninggalkan kepada kita seribu kenangan pahit dan manis sepanjang tempoh tersebut. Sudah pasti soalan yang akan menerjah masuk ke minda kita apakah kebaikan dan iktibar yang kita perolehi pada Ramadan kali ini? Kita juga meyakini bahawa Ramadan ini akan membina ketakwaan di dalam diri seorang Muslim tersebut.

Antara sifat yang mudah untuk kita lihat wujud di dalam diri seorang muslim ketika berpuasa sama ada belia mahupun dewasa ialah kejujuran dan kesetiaan mereka kepada puasa. Boleh dikatakan, orang Islam di Malaysia juga di seluruh dunia memiliki kesedaran yang begitu tinggi di dalam berpuasa sekurang-kurangnya dengan maksud menahan lapar dan dahaga. Ramai di kalangan mereka yang sanggup untuk berehat dan tidur sepanjang hari bagi mengekalkan puasa mereka sedangkan peluang terbentang luas di hadapan mereka untuk menipu atau ‘ponteng puasa’. Secara tidak lansung, puasa mendidik kita bahawa Allah SWT sentiasa melihat setiap tindak-tanduk hambanya. Alangkah indahnya sekiranya keyakinan seperti ini meresap ke dalam setiap inci hidup seorang muslim itu.

two person holding hands near orange background
Teruskan bersifat jujur dalam setiap tingkah laku kita, termasuklah dalam perhubungan – Gambar hiasan dari Unsplash

Rasulullah SAW model terunggul di dalam kejujuran

Islam mendidik umatnya agar berlaku jujur dan setia. Al-Quran berulang kali menekankan kepentingan sifat kesetiaan sebagaimana di dalam ayat 40 Surah al-Baqarah: Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

Selain itu Allah juga berfirman dengan memerintahkan agar manusia itu sentiasa berpegang dengan janjinya atau melaksanakan kesetiaan di dalam berjanji, dalam Surah al-Nahl ayat 91: Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji.

Rasulullah SAW juga bersabda di dalam menggalakkan kesetiaan ketika berjanji, daripada hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Somit: Jamin kepadaku enam perkara akan aku jamin kepadamu syurga – Berkata benar apabila kamu berkata-kata, penuhilah janjimu ketika berjanji, tunaikan amanah apabila kamu diberi kepercayaan, peliharalah kehormatanmu, tundukkanlah pandanganmu dan tahan tanganmu dari kejahatan.

Kesetiaan Nabi Muhammad SAW yang paling agung ialah kepatuhan baginda di dalam menyampaikan segala ajaran Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya;

Kesetiaan Nabi Muhammad SAW sebagai hamba yang sentiasa bersyukur juga terserlah apabila baginda ditanya oleh seorang sahabat yang melihat kesan yang berlaku pada kaki Nabi ekoran terlalu lama bersolat malam, baginda menjawab: Salahlah untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?

flat lay photography of turned-on silver iPad beside Apple Pencil
Memenuhi apa yang dijanji, termasuklah kepada diri sendiri, adalah sifat terpuji – Gambar hiasan dari Unsplash

Fadilat sifat setia

Sifat kesetiaan yang diperolehi oleh seorang muslim itu ketika berpuasa hendaklah disuburkan di dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk mereka khususnya yang berkaitan dengan iman dan ibadah. Ia sudah pasti mendatangkan kelebihan yang bermanfaat kepada kita sama ada berbentuk duniawi mahupun ukhrawi.

Beristiqamah di dalam menunaikan segala amanah dan kepercayaan adalah satu tugas yang berat. Walaubagaimanapun, ia pasti membuahkan hasil yang lumayan seperti Allah akan mempermudahkan baginya untuk melakukan kebaikan dan perkara makruf, digolongkan dalam golongan yang terpuji sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran, dianugerahkan dengan kebahagiaan yang hakiki serta dijanjikan balasan syurga oleh Allah SWT.

Benarlah firman Allah SWT yang menyifatkan sifat-sifat orang beriman yang dikurniakan kejayaan, antaranya menyebut pada ayat 8 Surah al-Mukminun: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

Mudah-mudahan puasa kali ini akan memberikan keberkatan dan kebaikan kepada kita semua.

Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh

Penulis merupakan Ketua, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di shahid82@um.edu.my