15 April 2024

Keperluan mendidik dalam mengurangi jurang penjagaan asma

Featured

Malaysia yang bagaimana akan kita tinggalkan kepada mereka?

Barangkali timbul persoalan pada benak sesetengah insan, cukup Muslimkah kita ini apabila mampu menunjukkan kemarahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan agama sendiri?

Is it not a trial for us too?

Yet, our brothers and sisters in Palestine, the esteemed land of the prophets and the Night of Ascension of Prophet Muhammad to the heavens, as described in the Quran: “Glory be to the One Who took His servant Muhammad by night from the Sacred Mosque to the Farthest Mosque whose surroundings We have blessed, so that We may show him some of Our signs” (Surah al-Isra, 17: 1), deserve our solidarity.

15 tip berhari raya penuh adab dan etika

Tarikh 1 Syawal disambut setiap tahun dengan penuh meriah demi meraikan kemenangan umat Islam seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan meraikan kemenangan dalam melawan musuh nombor satu – hawa nafsu. Jihad melawan nafsu ini dibantu dengan senjata-senjata ibadat yang hebat, terutamanya puasa – dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama kurang lebih 30 hari.

Berilah kepada mereka yang benar-benar berhak

Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain.

Jadikan Ramadan refleksi perpaduan masyarakat majmuk Madinah

Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh umat Islam saban tahun lantaran begitu banyak keistimewaan dan kemuliaan yang dijanjikan bersamanya. Namun, tidak semua dari kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan seterusnya. Barangkali tahun ini adalah peluang terakhir untuk kita nikmati keindahan bulan Ramadan. Justeru, sebagai umat Islam kita mestilah memanfaatkan sebaik mungkin bulan Ramadan dengan memperbanyakkan dan menggandakan amalan kebaikan.

Share

Oleh: Dr. Siti Nurkamilla Ramdzan

Asma ialah sejenis penyakit kronik yang menyebabkan saluran paru-paru sempit dan gejala-gejala asma ialah batuk, sesak nafas, ketat dada dan juga nafas berdehit (wheezing). Asma merupakan penyakit respiratori kronik yang kerap dihidapi oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Lebih kurang 300 juta penduduk dunia dan 1.4 juta penduduk Malaysia menghidap asma. Penyakit asma tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal jika diuruskan dengan baik dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan yang normal tanpa kekangan. Namun begitu, lebih daripada separuh penghidap asma di Malaysia tidak mempunyai kawalan asma yang baik.

Terdapat banyak tanggapan yang salah di dalam kalangan masyarakat kita yang menyebabkan asma tidak diurus dengan baik. Ramai orang tidak mengetahui bahawa penghidap asma digalakkan bersenam kerana ia boleh menguatkan paru-paru dan memperbaiki kawalan asma. Semua jenis senaman sesuai untuk pengidap asma. Senaman seperti berenang, berlari, berbasikal dan bermain bola amat sesuai kerana ia melibatkan letusan tenaga yang singkat dan menyebabkan sistem pernafasan lebih kuat. Sekiranya penghidap asma mendapat gejala-gejala asma ketika bersenam, ia menunjukkan kawalan asmanya tidak baik dan perlu mendapatkan rawatan yang betul untuk memperbaiki kawalan asmanya.

silhouette of people playing basketball during sunset
Penghidap asma masih boleh bersukan, dengan ilmu penjagaan asma yang betul (Gambar ihsan Unsplash)

Satu lagi tanggapan yang sering didapati di kalangan masyarakat kita ialah ubat pencegah asma boleh menyebabkan kebergantungan terhadap ubat tersebut. Tanggapan ini menyebabkan pengidap asma mengelak daripada menggunakan ubat pencegah asma. Namun, tanggapan ini bercanggah dengan fakta sains yang menunjukkan ubat pencegah asma seperti ubat sebutan (inhaler) kortikosteroid tidak menyebabkan kebergantungan. Malahan, keberkesanan ubat pencegah asma telah terbukti, dan penggunaannya boleh mengurangkan risiko kematian dan keperluan perubatan kecemasan disebabkan oleh serangan asma.

Tahap kesedaran masyarakat terhadap penyakit asma adalah cetek dan masih terdapat stigma terhadap penyakit asma. Kesedaran yang cetek menyebabkan masyarakat melihat penghidap asma lemah dan tidak diberikan peluang untuk mencuba dalam pelbagai bidang. Ini menyebabkan ramai penghidap asma malu untuk menggunakan ubat asma di khalayak ramai. Penghidap asma juga berisiko untuk mendapat simptom atau serangan asma secara tiba-tiba dan perlunya bantuan kecemasan asma. Penggunaan ubat sedutan salbutamol yang digunakan melalui corong boleh melegakan simptom asma dan menyelamatkan nyawa ketika serangan asma sementara mendapatkan bantuan perubatan. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui tentang bantuan kecemasan asma. Oleh itu, terdapat keperluan untuk meningkatkan kesedaran asma di Malaysia.

Kanak-kanak merupakan kumpulan yang paling terjejas kerana kesedaran yang cetek dan stigma terhadap asma. Satu dalam sebelas kanak-kanak di Malaysia menghidap asma and asma merupakan penyakit kronik yang paling kerap dihidapi kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghidap asma tidak dapat mengurus asma dengan sendiri dan mereka memerlukan sokongan dan bantuan orang dewasa untuk menguruskan penyakit mereka.

kids in spiderman and Captain America costumes
Asma tidak seharusnya membataskan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Gambar ihsan Unsplash)

Tanggapan yang salah tentang asma di kalangan masyarakat dan ibubapa menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat rawatan dan penjagaan asma yang sewajarnya. Malahan, mereka sering dilihat lemah dan tidak dibenarkan bersenam dan bersukan kerana dikhuatiri mendapat serangan asma apabila melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang menghidap asma mempunyai kualiti kehidupan yang rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Selain itu, tanggapan ini juga menyebabkan mereka kurang berkeyakinan dan kurang berpeluang untuk mengecapi cita-cita mereka.

Kesedaran yang cetek dan tanggapan yang salah terhadap asma boleh diperbaiki dengan pendidikan asma dan ianya sangat berbeza di negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Di kebanyakan negara-negara maju, pendidikan asma adalah meluas dan masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi tentang asma. Penghidap asma sering digalakkan bersukan dan bantuan kecemasan asma diajar di sekolah-sekolah kepada golongan guru dan murid. Penglibatan selebriti dan atlet sukan terkenal yang menghidap asma di luar negara seperti David Beckham dan Frank Lampard juga dilihat penting kerana boleh mengurangkan stigma dan memberikan kesedaran tentang asma kepada masyarakat.

Kawalan asma boleh diperbaiki dengan memperbetulkan tanggapan-tanggapan yang salah dan mengurangkan stigma di kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat keperluan untuk pendidikan asma secara meluas di sekolah-sekolah dan juga di media sosial. Bersempena dengan tema hari asma sedunia 2022 iaitu ‘merapatkan jurang penjagaan asma’, marilah kita sama-sama menambah pengetahuan dan kesedaran tentang asma. Semoga penambahan ilmu dan kesedaran tentang asma dapat mengurangkan tanggapan yang salah dan merapatkan jurang penjagaan asma di Malaysia.

Dr. Siti Nurkamilla Ramdzan

Penulis merupakan pensyarah kanan di di Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di sitinurkamilla@um.edu.my