8 February 2023

Nor Sharina Nordin

Featured

Kisah minggu ketigabelas

Sehari sebelum warga kampus mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pasukan kami sempat menjengah Fakulti Kejuruteraan untuk merakamkan suasana kampus.

Memperkasakan ta’aruf, tafahum dan tasamuh dalam Masyarakat MADANI di Malaysia

Masyarakat majmuk terbentuk di Malaysia melalui sejarah yang panjang. Ia merupakan ciri keunikan tempatan kerana kejayaan menghasilkan miniatur Asia yang mempunyai komposisi pelbagai bangsa utama Asia seperti Melayu, Cina dan India. Takdir sejarah ini perlu diterima dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Let’s craft an ideal 21st century city out of KL

Kuala Lumpur, the capital of Malaysia, has a rich history dating back to the late 1800s. It began as a small tin-mining settlement in the 1850s and was granted city status in 1972. During the late 19th and early 20th centuries, Kuala Lumpur developed rapidly as a centre of tin mining and trade, leading to increased immigration and economic growth.

Normalisasi sembang lucah: Mengemis perhatian murahan

Walau bagaimanapun, banyak unsur gurauan atau lawak jenaka dewasa ini yang berbaur lucah atau mempunyai maksud tersirat dilihat semakin berleluasa dan parah.

Ibu bapa pendamping tumbesaran anak-anak zaman digital

Teknologi telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, terdapat juga kesan negatif ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja.

Share

“Kita perlu ada minat dan sentiasa bersabar dalam kerja-kerja memelihara buku, jika kita ingin dapatkan hasil yang sempurna,” kata Nor Sharina Nordin, penyelia di Unit Pemeliharaan dan Pemuliharaan, Perpustakaan Universiti Malaya ketika ditanya mengenai tugas pasukannya yang unik baru-baru ini.

Menurut Nor Sharina yang sudah berkhidmat selama 14 tahun di UM ini, Unit khusus ini telah ditubuhkan sejak 1960an lagi. “Tujuannya adalah untuk memelihara dan memulihara semua bahan bercetak di perpustakaan. Kamilah yang bertanggungjawab menjilid buku-buku yang diperlukan, memperbaiki jilid buku, dan menggantikan kulit buku yang rosak,” katanya sambil tersenyum.

Nor Sharina dan 6 orang Pembantu Pemuliharaan yang lain memperbaiki hampir 5,000 buah buku setiap tahun. “Benar, walaupun kini pengguna lebih menggemari bahan berbentuk digital; namun saya percaya buku berbentuk fizikal masih relevan, dan turut mempunyai nilai sentimental kepada ramai orang.

Setiap buku yang diperbaiki dan diganti kulitnya mampu digunakan selama 5 tahun, bergantung kepada permintaan dan cara penggunaan buku tersebut,” katanya sambil menunjukkan buku-buku yang tersusun untuk diperbaiki di hadapannya.

Selain pengalaman semasa bekerja, kemahiran staf unit ini diperolehi daripada siri kursus dan latihan yang diberikan oleh pihak Arkib Negara Malaysia. “Saya amat teruja apabila diberi peluang mempelajari proses pengawetan manuskrip lama, terutamanya yang diperolehi dari awal kurun ke-19,” terang wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Selain manuskrip lama, Unit ini juga bertanggungjawab untuk menjahit dan membukukan dokumen-dokumen penting seperti warta kerajaan dan akta, yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan pengguna.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai skop tugas pasukan Pembantu Pemuliharaan yang sangat menarik ini, hubungi Nor Sharina di ayu_sharina@um.edu.my untuk temujanji.

Sebaik-baiknya bersama sepinggan roti canai garing dan secawan teh tarik, ya?

📸 Photos by Mohd. Haizal Ismail / CCO