15 June 2024

UM santuni anak-anak orang asli di Sungai Siput

Featured

Kurang bersyukurkah mereka?

Tugas kita sebagai manusia hanyalah terus berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa perlu terlalu memikirkan hasil akhirnya. Apabila kita terlalu memikirkan hasil akhir sesuatu perkara berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu.

The kind blood

It's easy to promise ourselves that we will give when we have more – more money, more time, more energy. But in reality, if giving is not part of our habit, it becomes increasingly difficult to do, no matter how much we have. By making giving a personal habit, we ensure that generosity becomes a natural part of our life.

Berganding bahu capai kampus neutral karbon menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka.

Our body’s mirror

Your mouth is a fine mirror to your body’s health. It has been reported that, about 90% of all systemic diseases have oral manifestations such as mouth ulcers, blisters, polyps, swollen gums, and other gum issues.

Addressing economic challenges of an ageing Malaysian population

The implementation of various strategies, including pension system reform, private savings promotion, healthcare system strengthening, enhanced elderly care services, social inclusion promotion, and development of an integrated ageing policy, can assist Malaysia in effectively managing the economic and social consequences of an ageing population while maintaining a high standard of living for its senior citizens.

Share

Sekumpulan 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari pelbagai jurusan telah meluangkan masa bersama anak-anak orang asli di Kampung Keeb dan Kampung Dawoi, Sungai Siput, Perak.

Program yang dinamai ‘Community Serve Indigenous’ atau CSI ini merupakan program fizikal pertama anjuran Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) pasca pandemik COVID-19. “CSI antara lainnya bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa UM untuk berinteraksi dan menghulur bantuan kepada komuniti minoriti dan terpinggir, selain menambahbaik inisiatif pemupukan kesedaran kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan anak-anak perkampungan ini,” kata Megat Shazril Aiman Megat Shahriman, salah seorang sukarelawan program.

Seramai 300 orang penduduk dari kedua-dua kampung telah menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang, termasuklah gotong-royong, sukan, memasak, dan acara kesenian. Aktiviti membaca dan mewarna bersama kanak-kanak, yang merupakan aktiviti utama program ini, telah dilaksanakan di Rumah Baca Kampung Keeb dan Kampung Dawoi.

Menurut Megat Shazril Aiman lagi, majoriti penduduk di situ adalah daripada suku Temiar dan Semai. “Program yang dianjurkan secara usahasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) ini memfokuskan kepada penyuburan tabiat membaca, kerana kami dapati kebanyakan daripada mereka masih tidak menyedari kepentingan menimba ilmu, malah ada yang masih tidak tahu menulis atau mengira,” katanya lagi.

Hasil pemerhatian awal sebelum pelaksanaan program mendapati penduduk di sini menggemari sukan futsal dan sepak takraw di kalangan remaja, dan aktiviti melukis di kalangan kanak-kanak. Maka, aktiviti-aktiviti ini telah dijadikan pengisian utama bagi pembinaan silaturrahim di antara penduduk dan sukarelawan.

“Program CSI ini pada asalnya dirangka untuk mengetengahkan kesedaran mahasiswa mengenai permasalahan hidup masyarakat orang asli. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, mereka diberi peluang untuk menyelami dan mempelajari budaya kehidupan masyarakat orang asli. Dengan melakukan aktiviti yang digemari penduduk, objektif ini akan mudah terlaksana,” kata Engku Hanan Nasuha Engku Ismail, seorang lagi sukarelawan CSI.

“Paling manis ialah apabila kanak-kanak yang pada mulanya kelihatan tersipu malu menerima kehadiran kami, kemudiannya bertukar mesra dan peramah selepas bersama-sama melakukan aktiviti. Kalau kanak-kanak menggemari aktiviti melukis, golongan remaja pula sangat handal bermain futsal dan sepak takraw. Golongan ibu pula sangat peramah berkongsi mengenai kisah kehidupan dan tip memasak kepada kami semasa sesi gotong-royong menyediakan juadah makanan,” kata Engku Hanan Nasuha lagi.

Menariknya, tempat penginapan para sukarelawan disediakan di rumah tetamu yang dibina khusus daripada buluh dan kayu bertam. Para sukarelawan turut dibawa ke lokasi menarik di persekitaran kampung, termasuklah Lata Penyel di Kampung Pendeq, yang mempunyai air terjun setinggi 50 meter dan berair jernih.

Sebagai menghargai kehadiran para sukarelawan, penduduk kampung telah mempersembahkan tarian sewang. “Persembahan istimewa ini sebenarnya hanya dilakukan sempena kehadiran tetamu-tetamu penting, perkahwinan, kematian, atau upacara rawatan tradisional. Kami difahamkan ia menggunakan bahasa tradisional Jahai, dan kami turut diajak menari bersama, di samping mempelajari cara mainan alat muzik sewang,” kata Megat Shazril Aiman.

“Harapan saya adalah, selain dari pencapaian objektif yang telah digariskan, para mahasiswa juga menyedari yang kita turut mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama merealisasi sasaran pembangunan lestari global (SDG) yang dianjurkan oleh PBB, terutamanya menyediakan pendidikan berkualiti,” katanya mengakhiri perbualan.

Maklumat lanjut mengenai program CSI ini boleh didapati melalui Megat Shazril Aiman Megat Shahriman di megataiman75@gmail.com