15 February 2025

Penguasaan 3M: Bagaimana ibu bapa membantu?

Featured

Beyond these walls

By Dr Noralina Omar It was raining that afternoon. The...

Bila dia ‘halal’

Oleh: Prof. Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin Vape atau...

Menyantuni mereka di pinggir ibu kota

Pada 29 Disember 2024, Seramai 40 orang pelajar dari...

For our future

By: Lee Wai Guan, Dr. Mohd Istajib Mokhtar Imagine a...

Say it better

By Nahrizul Adib Kadri Not going into the arguments for...

Share

Oleh: Dr. Mohd. Nazri Abdul Rahman

Persekolahan kembali dibuka, pastinya ibu bapa menarik nafas lega apabila anak-anak Kembali ke sekolah khususnya bagi anak-anak kecil yang masih belum dapat menguasai kemahiran 3M. Penguasaan 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan kanak-kanak merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian sebelum anak-anak ini mengkah masuk ke Tahun Satu. Ini bagi memastikan kanak-kanak ini dapat mengikut pembelajaran dengan lebih mudah dan tidak berlaku keciciran pembelajaran.

Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Mac 2020, sebahagian besar kanak-kanak tercicir pembelajaran khususnya penguasaan kemahiran 3M. Maka, pembukaan sekolah bagi penggal 3 Sesi 2021/2022 adalah alternatif terbaik dalam usaha menangani isu keciciran pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Pihak sekolah dan guru berupaya mengumpul data dan pengesanan keciciran pembelajaran khususnya keciciran 3M dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Seterusnya, guru mempunyai ruang dan peluang untuk merancang program intervensi 3M kepada kanak-kanak ini sebelum bermulanya persekolahan penggal pertama sesi 2022/2023.

boy's writing on book

Sungguh pun kini tiada program LINUS di sekolah, namun menerusi pentaksiran bilik darjah, rekod perkembangan prestasi murid-murid direkod dan diterjemahkan dalam bentuk program intervensi dan pengayaan yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid-murid. Selain itu, dengan maklumat pengesanan keciciran pembelajaran kanak-kanak ini, pihak sekolah serta guru dapat merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menguruskan sumber pembelajaran serta bimbingan individu kepada setiap kanak-kanak mengikut tahap penguasaannya. Ini peranan yang dapat guru serta pihak sekolah mainkan semasa bermulanya pengoperasian sekolah bagi penggal 3 sesi 2021/2022.

Persekitaran pembelajaran hari ini, langkah terbaik untuk menangani impak COVID-19 kepada keciciran pembelajaran dan penguasaan 3M kanak-kanak tidak hanya terhad kepada guru-guru dan pihak sekolah. Sebaliknya, menerusi pemaufakatan dan kerjasama pihak sekolah-guru dan ibu bapa adalah paling utama dalam memastikan program intervensi dan intensif yang dirancang dapat membei impak yang bersar. Persoalannya, bagimana ibu bapa dapat membantu pihak sekolah-guru memahirkan anak-anak dengan kemahiran 3M sebelum mereka menjejaki sekolah rendah untuk Tahun Satu bagi sesi 2022/2021. Berikut adalah peranan yang dapat ibu bapa lakukan bagi membantu anak-anak menguasai 3M sebelum memasuki Tahun Satu:

Bimbingan Prabaca

Dalam memastikan anak-anak dapat menguasai asas prabaca, proses bimbingan prabacaan sewajarnya bermula daripada rumah. Asas pendidikan anak-anak bermula daripada rumah. Ibu bapa berperanan untuk membimbing, memberi sokongan serta bantuan kepada anak-anak untuk menguasai kemahiran 3M. Pembelajaran di prasekolah / sekolah perlu disambut atau disokong dengan pembelajaran di rumah oleh ibu bapa.

Teladan

Dalam usaha meningkatkan minat dan semangat untuk anak-anak terus belajar dan menguasi kemahiran 3M, Ibu bapa menjadi suri teladan yang terbaik untuk anak-anak. Maka, jadikan amalan membaca bersama-sama anak-anak. Luangkan masa untuk bersama anak-anak membaca buku dan bercerita. Ini secara tidak langsung menjadi ikutan kepada anak-anak untuk terus berminat menguasai kamahiran membaca.

Bacaan Kuat

Bacaan kuat bersama anak-anak merupakan teknik terbaik yang dapat dijalankan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak menguasai kemahiran 3M. Sebahagian besar guru-guru menggunakan Teknik ini di sekolah untuk prabacaan bagi memastikan sebutan anak-anak adalah tepat. Maka, kesinambungan pembelajaran perlu diteruskan oleh ibu bapa dirumah. Sesi bacaan secara kuat Bersama anak-anak dapat membantu anak-anak lebih yakin dan seterusnya memahami apa yang dibaca.

Sumber Bacaan

Kerjasama guru untuk membekalkan dan berkongsi bahan-bahan bacaan seperti kad bacaan, lembaran kerja dan buku yang bersesuaian dapat membantu ibu bapa meneruskan pembelajaran di rumah. Ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses pengsuasan kemahiran 3M dalam kalangan kanak-kanak. Inisiatif guru untuk sama-sama memberi panduan serta bimbingan kepada ibu bapa untuk mengaplikasikan beberapa Teknik mengajar prabacaan adalah mustahak dalam memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak di rumah.

girl reading book

Tidak dinafikan, guru adalah orang yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak khursusnya kemahiran 3M. Ini kerana guru mempunyai kemahiran pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid dan asas psikologi pembelajaran yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk menguasai kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kanak-kanak, memerlukan sokongan ibu bapa dirumah untuk meneruskan pembelajaran di rumah. Oleh yang demikian, dalam mengecilkan impak COVID-19 terhadap keciciran pembelajaran kanak-kanak, perkongsian pintar guru-guru bersama ibu bapa amat penting.

Pembukaan sekolah bagi penggal 3 semester 2021/2022 adalah alternatif terbaik untuk guru dan ibu bapa membantu anak-anak yang keciciran pembelajaran. Pemuafakatan ibu bapa dan sekolah perlu digerakkan khususnya kepada anak-anak yang mengalamai masalah penguasaan 3M. Ini bagi memastikan kanak-kanak ini tidak terus ketinggalan dalam pembelajaran apabila sesi persekolahan 2022/2023 dibuka kelak.


Penulis merupakan Ketua, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan boleh dihubungi di mohdnazri_ar@um.edu.my

Penulisan ini telah diterbitkan Berita Harian (Ed.)